Sudah beberapa kali saya bertanya kepada diri sendiri. Satu soalan yang hanya mudah di mulut tetapi berat di hati.
Bagaimana nak ubah hidup lebih baik ?
Saya percaya bukan saya seorang yang ada soalan demikian. Ada ramai lagi. Jumlah mereka tidak terkira.
Saya terus tanya-tanya. Bahkan terus bermonolog kepada diri sendiri.
“Saya nak ubah hidup. Saya nak berjaya mencapai impian dan cita-cita.”
Impian membahagiakan orang tersayang. Cita-cita untuk mengembirakan orang tercinta.
Siapa orang tersayang ?
Siapa orang tercinta ?
Biarlah rahsia. Hehehehe.
Soalan terus menerpa dalam fikiran. Bertubi-tubi. Tiada berhenti tanpa selang waktu.
Bagaimana saya boleh ubah hidup lebih baik ?
Sampailah pada satu masa saya terjumpa buku ini.
“ Rahsia Lonjakan Income Sehingga 300 Peratus “
Ilmu adalah satu jalan untuk ubah hidup kita. Ilmu untuk menambah dan mengganda pendapatan kita.
Siapa yang tak nak mempunyai pendapatan yang jauh melebihi dari mencukupi.
Kelebihannya sangat banyak dan berbaloi-baloi.
Lebih pendapatan maka lebih banyak peluang untuk bersedekah. Lebih ramai pula yang mendapat manfaat.
Inilah cara untuk menikmati kehidupan. Berbakti dan berbudi kepada ramai orang.
Mungkin dalam bentuk wang ringgit, harta benda dan ilmu.
Semuanya serba mungkin. Semuanya pasti berlaku. Soalnya cepat atau lambat. Yang pasti memang ada.
Tidak di dunia akan ada di akhirat nanti. In shaa Allah
Tunggu dulu. Nak dapat benda ini semua perlu ilmu.
Antaranya buku ini. Ya, buku “Rahsia Lonjakan Income Sehingga 300 Peratus” belum puas saya baca.
Saya masih menghadam perlahan-lahan.
Ada tiga lagi buku yang patut kita baca untuk mendalami teknik untuk ubah hidup lebih baik.
1.Mudahnya Mengurus Masa
2.Jurnal Inspirasi Syukur
3.Percaya Sebelum Berjaya
Buku “Percaya Sebelum Berjaya“ baru sahaja saya tempah. Masih dalam perjalanan.
Saya pegang kata-kata Warrent Buffet, orang terkaya di dunia.
“The more you learn, the more you earn.”
Setuju tak ?
Saya setuju kerana mengambil contoh bos saya sendiri.
Beliau antara orang yang sangat mementing budaya ilmu dengan membaca buku. Hasilnya beliau orang berjaya, tersohor dan pakar dalam pelbagai cabang ilmu.
Namun begitu tidak semua sanggup membaca buku. Pilihan lain tetap ada.
Pergilah seminar untuk menambah ilmu. Layanlah Youtube yang ada content ilmu dan sebagainya.
Pokok pangkalnya sanggup melabur masa dan wang untuk menambah ilmu dalam diri sendiri.
Matlamatnya jelas untuk ubah hidup lebih baik.
Tiada pilihan selain sanggup berubah. Kalau tidak sekarang bila lagi.
Esok.
Lusa.
Atau sekarang ini ?
Pilihan dalam tangan sendiri dan saya sarankan pembaca untuk dapat buku yang saya baca di pautan bawah ini :
saya suka tambah ilmu dengan membaca blog tuan…
Sunah Sakura recently posted…Minum Petang di Miyakori Coffee Eco Palladium
hahahha..
oh terima kasih…
rasanya blog saya banyak lompang dan sini
sekarang nak buat duit senang je.. Tinggal rajin dengan malas je..
nak buat senang ..
cuma nak dapat tu belum pasti la…
depend dengan rezeki juga
salam..
lama tak singgah sini..
banyak buku berinformasi yang baik untuk jadikan sumber bacaan ni…
tahniah bro
wsalam bro..
lagi banyak baca bro lago bagus