Pada masa kini telefon pintar murah boleh kita perolehi bawah RM200. Kalau 10 tahun dulu, jangan harap ada telefon pintar semurah itu.
Memang tiada. Kalau adapun telefon cap ayam. Bukan telefon pintar.
Saya beli telefon pintar murah pada 2 Mac 2020. Harga dalam RM159. Itupun pembelian panik gara-gara telefon saya kena sembat pencuri.
Selama empat bulan saya telah menggunakan telefon pintar murah.
Memang banyak kelemahan namun tetap berpuas hati untuk kegunaan asas seperti Whatsapp dan buat panggilan.
Telefon yang saya beli ini berjenama Lenovo pada bahagian casing. Namun diletakkan jenama Vivo Note 8 pada kotaknya. Saya tidak kisah pun hahaha.





Sistem operasinya menggunakan Android 6.0. Teknologi yang digunakan pada tahun 2016 lagi.
Prosessor pula dikuasakan oleh WTK6580 QuadCore dengan saiz skrin 5.5 inci.
Storan dalaman cuma 2GB dan RAM pula saya tidak temui infonya.
Bahkan resolusi kamera saya juga tidak tahu. Apa yang dinyatakan cuma kamera HD.



Bateri pula bersaiz 3800 mAh dengan pengecasan cepat. Yang ini saya berpuas hati pulak.
Sebagai kesimpulan, saya sarankan telefon pintar murah begini sebagai telefon kedua atau kecemasan sahaja.
Saya sertakan pautan INI yangI boleh pembaca sendiri cari telefon murah di pasaran
Semoga ada manfaatnya .
Mungkin murah tapi tuk kebetuhan mendadak seperti nelpon atau chat WA, masih bisa
ya betul mas…
masa emergency memang perlu guna hp apa sahaja
pelik juak nya kotak lain, jenama tepon lain..haha..asal boleh berhubung, ok lahhh
Sunah Sakura recently posted…Minum Petang di Miyakori Coffee Eco Palladium
dah nama telefon murah ilak..
what ai can say la hahaha
Lucu juga ya cashingnya Lenovo tapi boxnya beda merk… tak apalah buat sementara ya
ya memanag lucu..
telefon murah tu mas