Jemerahan adalah bahasa pasar yang merujuk kepada Kota Samarahan. Entah siapa yang mula-mula memperkenalkan istilah Jemerahan.
Pastinya penduduk tempatan yang rata-rata pernah mengalami kesesakan jalan raya ke bandar raya Kuching atau ke Kota Samarahan.
Jemerahan
Saya juga pernah memandu dan mengalami kesesakan begini.
Bukan setiap hari tetapi sekali sekala ketika bertugas waktu pejabat.
Waktu pejabat yang standard ialah 9.00 pagi hingga 5.00 pagi.
Biasanya dua atau sebulan sekali.
Berikut adalah pengalaman peribadi ketika meredah kesesakan di Jemerah waktu pergi dan balik kerja.
Hari tersebuti saya turun ke pejabat jam 7.36 pagi.
Cuaca cerah dan kepanasan matahari belum lagi terasa.
Keadaan trafik lancar.
Namun kereta bersimpang siur di jalan raya.
Laluan jalan empat lorong, yakni dua sebelah menyebelah penuh dengan kereta.
Kereta terpaksa dipandu perlahan kecuali motosikal bergerak seperti biasa.
Sehebat manapun kereta sama ada paling laju, berkuasa tinggi dan berjenama gah tetap dipandu perlahan juga jika dalam kesesakan jalan raya.
Alhamdulillah saya sampai ke pejabat jam 8.53 pagi.
Perjalanan saya mengambil masa 1 jam 17 minit.
Cabaran kedua pula waktu balik kerja.
Saya keluar pejabat jam 5.08 petang.
Cuaca mulai redup.
Ada tanda-tanda mahu hujan.
Ya, memang hujan terutama di Jemerahan.
Kesesakan mulai terasa ketika melalui jalan raya berdekatan Hospital Pakar Normah.
Ia terus berlanjutan hingga ke jalan raya di Pending, Tabuan dan seterusnya jalan menuju Jemerahan.
Pada ketika itu saya sudah tersangkut di jalan raya lebih daripada sejam.
Bayangkan kereta yang berhenti di lampu isyarat tidak kenal lampu hijau, kuning atau merah.
Kenderaan bergerak terlalu perlahan kiri dan kanan atau atas dan bawah.
Tidak tahu bagaimana lagi untuk mengambarkan kesesakan yang bertali arus.
Alhamdulillah, saya selamat sampai ke rumah.
Ketika sampai di rumah jam sudah menunjukkan 7.09 petang.
Maknanya perjalanan balik mengambil masa 2 jam 1 minit.
Saya telah menghabiskan masa di jalan raya pada hari ini bersamaan 3 jam 18 minit untuk keseluruhannya.
Masa yang tidak produktif.
Masa yang berisiko dan berkemungkinan apa-apa boleh berlaku.
Itulah rutin sebahagian besar penduduk Jemerahan yang terpaksa bergerak sama ada ke Kuching atau kembali ke Kota Samarahan.
Entah bila akan selesai.
Mungkin setelah projek ART ( Transit Aliran Automasi) siap
Projek ini melibatkan laluan sepanjang 69.9KM.
Sama-sama kita menunggu.
sama di Jakarta pun padat dan macet,apalgi tol dalam kota saat berangkat dan pulang kerja..pastilah macet .jalan tol pun begitu..penuh sesak padat merayap..sebentar lancar sebentar macet ..walaupun ada mrt tetap saja banyak yg berkendara
sebab ramai orang yang keluar atau balik kerja..ini adalah realiti seluruh dunia
Ya Allah, lamanya sangkut dalam jem. Bertabah ye, Encik Hanafi.
Bagusnya, projek ART sedang dalam pembikinan ye. Semoga dapat kurangkan traffic jam.
Nur recently posted…Tudung Ikat Belakang
Terima kasih kerana memahami …
Semoga projek ART ini berjalan lancar nanti
JEMarahan?
Ooooo… faham-faham….
hahahaha…Jem di Samarahan dan disingkatkan menjadi jemerahan ..mereka memang kreatif dengan istilah pelik
ooo ada projek baru ya? bagis jg tu. mana tau bla sy dtg sn projek ni dah siap. dpt laa sy merasa naik😁
Ya akan dijangka siap 5 tahun akan datang ( jangkaan saya jer)