Cara mempromosikan produk secara online ada dua. Mahu yang berbayar atau yang percuma.
Saya pasti ramai yang mahu kaedah percuma namun cara ini ada kelemahan tersendiri.
Begitu juga cara yang berbayar. Kaedah ini ada kelebihan yang sukar dinafikan.
Sebelum saya terus ke perbincangan topik utama, izinkan saya bercerita terlebih dahulu.
Boleh dan bisakan …hehehe
Sewaktu keluar dari pejabat, saya terserempak dengan rakan sekerja.
Lantas saya bertanya dengan seorang lagi rakan sekerja yang sudah terkena stroke beberapa bulan yang lepas.
“Bagaimana dengan keadaan Abang J? ( nama panggilan mesra)”
“Sekarang dia semakin baik namun belum dapat berjalan sebagai mana orang yang sihat”, ujar rakan sekerja. .
“Kesian sungguh, nasib baik dia ada anak yang boleh tolong uruskan. Kalaulah sebatang kara, saya tidak dapat bayangkan bagaimana mahu mengurus diri sendiri” , balas saya dengan rasa prihatin.
Saya tinggalkan cerita tersebut di situ dulu.
Saya pula teringat kisah sedih yang saya baca dalam novel kanak-kanak berjudul ‘ Kampung Halaman Datuk’ hasil tulisan Ai Wei.
Buku ini terjemahan dari bahasa Cina ke bahasa Melayu.
Pada zaman dahulu, ada tiga beranak jadi pengemis di suatu tempat. Hidup mereka amat melarat.
Untuk dijadikan cerita, isteri pengemis tadi jatuh sakit. Tidak lama selepas itu, meninggal dunia.
Melihat ibu pengemis sudah meninggal, si anak pengemis sangat sedih sehingga jatuh pengsan.
Suami pengemis tidak mampu berbuat apa-apa lagi selain meminta bantuan ehsan makanan dari orang sekeliling.
Cerita saya tamatkan di sini…kesudahan cerita tersebut boleh dibaca dalam novel ‘Kampung Halaman Datuk’
Sekarang saya kembali ke topik sebenar artikel ini.
Table of Contents
Cara mempromosikan produk secara online
1.Kaedah percuma
Kaedah percuma ini memang mudah kerana menggunakan media sosial.
Boleh sahaja di Facebook, Whatsapp, Tiktok dan Instgram. Jangan biarkan media sosial bersawang tanpa digunakan untuk tujuan promosi.
Buat iklan secara softselling dengan berkongsi manfaat, testimoni dan sebagainya.
Cara terbaik jangan seperti menjual tetapi berkongsi bercerita, perasaan dan pengalaman dengan produk yang kita ingin jual serta inilah cara mempromosikan produk secara online yang tiada kos.
Pendek kata, pelajari teknik storytelling agar penceritaan lebih hidup dan menyampai mesej dengan berkesan.
Dalam Volten International, cara begini amat disarankan untuk ejen menjalankan perniagaan mereka.
Buat Live, post video, poster, gambar dan informasi didapati berkesan untuk menarik perhatian prospek kepada produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan.
Dalam masa yang sama ia boleh meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan.
Semua kaedah online ini secara percuma sahaja.
Selain daripada itu blog juga medium online yang efektif untuk promosi online.
Dalam blog tulislah konten yang bermanfaat untuk pembaca. Kita tidak tahu ada dikalangan pembaca atau pencari maklumat bakal penjadi pelanggan.
Lagi bagus dan lagi berkualiti konten yang dikongsikan lagi tnggi peluang untuk dapat jualan di blog.
Biasanya menggunakan ayat jualan yang memukau, meyakinkan dan ada unsur permainan emosi.
Pelanggan membeli produk bukan kerana fakta semata-mata tetapi pengaruh emosi yang mendalam kesannya.
2.Kaedah berbayar
Kita mengeluarkan kos tambahan atau kos pemasaran yang tinggi untuk kaedah ini.
Jika tidak kena caranya, hasil pulangan akan menghampakan.
Cuma kelebihan kaedah berbayar ini cepat dapat result dan in shaa Allah untung juga boleh berlipat kali ganda.
FB Ads dan Google Ads antara yang popular sekarang ini.
Sasaran pasaran lebih tepat dan kita menggunakan database mereka untuk tujuan pengiklanan.
Cuma ada harga yang dibayar dan mahal juga. Atas nama bisnes, kos sudah termasuk pemasaran.
Saya juga percaya ramai yang sanggup melabur wang untuk kos pemasaran secara online.
Cuma jangan terburu-buru jika belum cukup ilmu. Sayangi wang anda supaya tidak terbakar begitu sahaja.
Penutup
Cara mempromosikan produk secara online yang saya kongsikan tadi asas sahaja.
Ada kelas dan bengkel dianjurkan untuk tujuan tersebut.
Dalam Volten International, ilmu begini didedahkan secara percuma sahaja walaupun harganya boleh cecah ribuan ringgit,
Pesan saya, biar belajar sedikit tetapi diamalkan pasti akan membuahkan hasil.
Ia lebih baik daripada belajar banyak tetapi langsung tidak praktikkan ilmu tersebut.
Berita baiknya pembaca boleh menambahkan pengetahuan dengan terus membaca artikel cara buat bisnes online yang simple lagi best.
Semoga bermanfaat.
Promosi produk ada yang percuma dan berbayar. Masing2 ada kekurangan dan kelebihan ya.
Terima kasih sharex bermanfaat
kalau berbayar lebuh baik tengok keadaan juga dan yang gratis juga baik jika tahu cara yang betul