3 senaman kempiskan perut buncit yang proven

Senaman kempiskan perut buncit memang disukai ramai. Namun belum tentu berhasil sekiranya berlaku sebab-sebab berikut.

Antara sebabnya tidak konsisten dan tidak mengetahui teknik yang betul.

Dalam artikel ini saya suka untuk berkongsikan tiga senaman yang biasa saya tahu.

Maaf bukan biasa saya buat. Saya biasa joging dan amal halia hitam sebagai tenaga serta stamina tambahan.

Senaman kempiskan perut buncit

Mudahan selepas artikel ini dikongsikan saya dan juga pembaca kekal istiqamah untuk mengamalkannya hingga akhir hayat.

Saya doakan pembaca sentiasa bermotivasi untuk menjadikan perut masing-masing rata atau lebih baik menjadi sixpack.

Sebelum itu, tahu tak apa kelebihan jika perut sixpack ?

Yang pasti macam aktor Korea, bintang sukan dan model seluar dalam.

Peminat mungkin jadi ramai dan kegilaan ramai wanita.

Hahaha…saya bergurau.

Tujuan utama mengecilkan perut yang sudah buncit ialah kesihatan optimum. Orang sihat jadi lebih hensem, bergaya dan ada pesona tersendiri.

Lebih-lebih lagi kalau sudah banyak duit sebagaimana ejen Volten International. Mereka low profile tetapi poket berisi.

Senaman kempiskan perut buncit

Senaman kempiskan perut buncit
Orang sixpack lebih power

1.Jumping jack

Satu senaman yang paling saya suka sebab senang. Sekali tengok macam budak-budak.

Main lompat-lompat dan tepuk tangan. Sesiapapun boleh melakukan dengan hati gembira.

WAJIB BACA :   Kenangan bayar zakat fitrah yang sukar dilupakan

Kalau nak lebih feel, mainkan muzik. Memang layan. Bahkan jumping jack ini boleh kita lakukan di mana-mana.

Dalam bilik tidur, dapur atau pejabat. Ruang yang besar tidak diperlukan untuk senaman tersebut.

Tapi sebelum itu, apa kaitan jumping jack untuk mengempiskan perut buncit.

Senaman Jumping jack menurut portal Insider.com menyatakan ia adalah workout seluruh badan.

Bagus untuk pengaliran darah, jantung, mengurangkan kolestrol dan membakar lemak.

Buatlah dalam repetisi yang tinggi seperti 300 kali atau lebih. Ulangi sehingga terasa peluh memercik.

Kalau anda lelaki akan keluar peluh jantan, maka itulah namanya lelaki power.

Ingat power, ingat hanafi tau…di media sosial saya buat branding dengan nama Hanafi Power.

https://www.facebook.com/100032827426108/videos/279982027057440/

Video cara buat jumping jack

2.Push up

Push up adalah senaman kalistenik yang mengangkat beban badan dengan anggota badan sendiri. Tidak perlu kepada alat senaman kempiskan perut.

Manfaat push up akan tertumpu pada bahagian dada dan trisep.

Bahagian dada akan kelihatan macho dan gagah untuk para lelaki. Kalau bahasa orang kampungnya, dada bidang yang seksi.

Bukan itu sahaja, push up memberi kesan tidak langsung kepada bahagian abdomen.

Push up memberi tekanan kepada perut untuk lebih rata dan akhirnya sixpack. Laporan tersebut ada di dalam laporan Atemi Sport

WAJIB BACA :   Cara Mudah Dapat Duit Online...semua orang boleh buat

Menurut Medical News Today push up menjadikan pengamalnya semakin sihat kerana peningkatan otot utama dan kesihatan kasdiovascular. Malah secara tidak langsung boleh diakui sebagai senaman kempiskan perut buncit yang proven.

Pakar kesihatan juga berpesan agar tidak melakukan push up setiap hari kerana boleh mendatang risiko kecederaan.

Buatlah berpada-pada kerana setiap perkara yang dilakukan secara ekstrem akan memberi kesan buruk.

Berikut tentang cara dan teknik yang betul untuk buat push up agar dapat hasil yang diingini.

https://www.youtube.com/watch?v=IODxDxX7oi4

3.Plank

Plank merupakan senaman yang mudah dan amat digemari oleh kaum wanita. Ia sama seperti Jumping Jack kerana mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Fungsi utama plank untuk menguatkan otot perut dan ia terbukti berdasarkan laporan dalam portal Sharp.

Tidak keterlaluan untuk mendakwa senaman plank akan menjadikan perut yang buncit akan kempis dan berkesudahan dengan sixpack.

Sejujurnya hanya lelaki sahaja yang ideal untuk dapat bentuk perut sedemikian berbanding perempuan. Orang perempuan paling cun jika dapat perut yang rata dan ada alur di tengah.

Wah….dahsyat juga perhatian saya dalam bab ini.

Perlu saya ingatkan juga bahawa bahagian paling cepat membesar adalah perut dan paling lambat mengecil juga perut.

Dengar cerita, bahagian jasad yang paling cepat hancur apabila sudah mati juga perut.

WAJIB BACA :   Fikiran Kosong Dek Layan Perasaan

Hebat sungguh ciptaan Allah kepada makhluk yang bernama manusia.

Berbalik semula kita topik senaman plank ini.

Saya pernah dan biasa buat senaman plank. Sangat mudah tetapi agak mencabar ketika mana masa lebih dari seminit.

Berita baiknya. Plank boleh dilakukan di mana-mana tanpa memerlukan tempat yang luas. Ia sama seperti senaman Jumping Jack.

Tempoh permulaan buat senaman plank bermula 5 detik untuk lima set. Jika sudah biasa tambah durasi setakat mana yang mampu. Kunci utama sentiasa konsisten dan teknik yang betul.

Menurut portal Maskulin terdapat 10 peratus lemak terkumpul di bahagian perut.

Lemak ini sangat berbahaya iaitu lemak vesiral boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Dengan melakukan senaman plank, bahagian otot abdomen lebih kencang, proses metabolisme bertambah baik dan keseimbangan hormon dalam badan.

Atas sebab demikian, jangan ada alasan untuk mengabaikan senaman plank sebagai senaman kempiskan perut buncit yang terbaik.

Video berikut menunjukkan cara senaman plank yang betul:

Penutup

Dengan perkongsian tadi saya berharap saya sendiri gigih untuk buat senaman kempiskan perut perut. Hakikatnya perut saya tidaklah buncit sangat sebagaimana mereka yang seusia saya sekarang.

Cuma impian dan harapan saya agar perut jadi sixpack sebagaimana pelakon Korea.

Ia bertepatan dan padan dengan gaya hidup saya sebagai seorang usahawan digital yang kini giat memperomosikan 3 cara menjana pendapatan dari rumah yang extra best.

Senaman kempiskan perut buncit
Jemput sertai Volten International. bersama kami : https://bit.ly/3kvFTce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge