Inilah ciri-ciri usahawan berjaya yang awesome….nak tahu wajib baca !

Info mengenai ciri-ciri usahawan berjaya ini saya perolehi dari satu perkongsian hebat bersama Coach Azli. Beliau merupakan leader yang sudah berjaya dalam Volten International dengan pendapatan lima angka setiap bulan.

Bukan itu sahaja beliau mempunyai rangkaian rakan niaga yang besar dan telah melahirkan ramai leader yang sudah sukses.

Begitulah sedikit sebanyak biodata usahawan berjaya yang saya boleh kongsikan sebagai mukadimah.

ciri-ciri usahawan berjaya
Antara rakan niaga Coach Azli bersama CEO Volten

Beginilah hebatnya Volten. Ilmu yang mahal, pengalaman yang berharga dan maklumat bermanfaat kami kongsikan secara bersama.

Tiada bayaran. Semuanya percuma dan segala gerak atur perniagaan sudah dipermudahkan oleh leader-leader yang terdahulu.

Pendek kata tiada alasan untuk mereka tidak berjaya sebagai usahawan dalam bisnes Volten dan ini menjadi dorongan terkuat untuk  saya war-warkan 3 cara menjana pendapatan dari rumah yang extra best.

Saya juga berharap perkongsian ini dapat mendedahkan maksud usahawan berjaya.

Ciri-ciri usahawan berjaya

ciri-ciri usahawan berjaya
Jemput sertai Volten International. bersama kami : https://bit.ly/3kvFTce

1.Daya usaha

Usahawan tidak akan lari dari perkara ini. Daya usaha merupakan pemangkin dan pengerak untuk berjaya.

WAJIB BACA :   Siapakah 3 orang paling kaya di dunia 2022

Tiada cara lain lagi selain berusaha untuk berjaya. Ini sudah semesti termasuk doa dan tawakkal. Usaha tangga kejayaan kata orang hebat yang sudah berjaya.

2. Hati cekal

Usahawan perlu hati cekal. Tidak boleh mengalah dengan apa jua yang berlaku terutama berdepan dengan situasi yang tidak diingini.

Jika tidak dapat target dan lambat berjaya bukan petanda untuk berhenti. Hati wajar cekal untuk buat lagi dan lagi. Percayalah ini merupakan ciri-ciri usahawan berjaya .

3.Rebut peluang

Peluang yang hebat jangan dilepaskan. Orang yang cepat merebut peluang akan cepat berjaya.

Peluang hebat banyak dalam Volten kerana ia merupakan bisnes netcommerce yang unggul masa kini.

Cuba cari dan gali.

4.Pencari maklumat

Untuk menjadi usahawan yang berjaya wajib jadi pencari maklumat yang tepat dan terkini.

Mereka perlu cekap dan rajin untuk mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Tidak boleh bergantung dengan satu sumber sahaja. Lagi banyak maklumat berkrebiliti terkeluar dari mulut usahawan tersebut lagi diseganilah beliau nanti.

5.Kerja berkualiti

Ingat tak lagi tagline ini, ‘mutu, gaya dan keunggulan.’

Dalam sungguh maksud tagline ini.

Sebaik-baiknya usahawan yang hendak berjaya ada mindset untuk menghasilkan kerja yang terbaik. Bukan sekadar ada sahaja.

WAJIB BACA :   Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD

Kerja yang berkualiti secara menyeluruh itu kunci untuk mencipta kejayaan yang luar biasa.

6.Pegang komitmen

Komitmen dalam bisnes dapat dilihat kepada kesungguhan melakukan sesuatu.

Perkara di luar bisnes tidak akan mengganggu proses tersebut. Komitmen tidak jauh beza dengan fokus.

Bahasa mudahnya, lagi fokus itu petanda lagi kuat komitmen seorang usahawan.

7.Lebih cekap

Kecekapan itu penting agar segala urusan bisnes lancar.

Dalam Volten, usahawan perlu cekap mengendalikan mesyuarat maya, presentation dan sebagainya.

Dengan latihan dan pendedahan berterusan setiap usahawan mampu berjaya jauh ke hadapan.

8.Perancangan bersistematik

Buat sesuatu bersandarkan perancangan yang dibuat untuk harian, minggun, bulanan dan tahunan.

Jika perkara ini sudah dilakukan, usahawan lebih mudah untuk sukses dan bergerak ke depan.

9.Sentiasa kreatif

Dalam bisnes tidak boleh lari dari berdepan dengan masalah.

Namun masalah boleh diatasi dengan cara sentiasa kreatif. Usahawan yang berjaya ialah usahawan yang sentiasa kreatif pemikirannya.

10.Keyakinan diri

Ciri-ciri usahawan berjaya
Nampak tak betapa yakin kalau sudah berjaya

Usahawan berjaya kerana percaya dan yakin dengan kemampuan diri.

Yakin kepada diri sendiri merupakan elemen yang kuat dan dahsyat. Keyakinan akan datang apabila sudah mencipta kejayaan demi kejayaan.

WAJIB BACA :   Rahsia jualan online yang menguntungkan

Berita baiknya semua orang berjaya tetapi dengan syarat boleh mengeksploitasi kelebihan yang ada pada diri sendiri.

11.Berpendirian tegas

Jangan bersikap seperti daun lalang. Tiada pendirian dan selalu berada di atas pagar. Jika mahu berjaya maka keyakinan untuk melakukannya sehingga selesai amat dituntut.

Sikap perlu tegas dan tidak goyah dengan apa-apa tawaran lain. Percayalah ini merupakan ciri ciri keperibadian seorang usahawan yang dicemburui ramai sama ada kawan atau lawan. ( pesaing)

12.Orang lain

Apa kaitannya ?

Usahawan yang yakin kepada orang lain merupakan satu bonus. Ini bermaksud yakin kepada kemampuan orang lain untuk bersama kita.

Malah ianya termasuk juga ciri-ciri keperibadian seorang usahawan yang sejati.

13.Strategi mempengaruhi

Ia lebih kepada persepsi diri sendiri untuk memberi pengaruh kepada orang lain.

Volten memang dianggap mudah untuk diusahakan dan ia memberi pengaruh mudah juga kepada minda prospek. Sebab itulah wajar ada ciri ciri usahawan berjaya teknologi terkini dalam diri masing-masing.

Penutup

Intipati ciri-ciri usahawan berjaya yang saya kongsikan di sini telah saya ubah suai daripada versi asal.

Syaratnya tidaklah terlalu jauh dari landasan utama.

Cuma perlu pengubahsuaian agar tidak tampak berbeza supaya mesej tetap sama.

Saya percaya, ada pembaca yang berminat untuk usahawan, jangan lupa untuk menghubungi saya sekiranya ada pertanyaaan lanjut.

Talian Whatsapp boleh klik di SINI atau klik sahaja kad nama digital bawah ini untuk hubungi saya.

ciri-ciri usahawan berjaya

  • kemas kini 19/8/22

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge