Tagline baharu ‘Jurnal Usahawan Digital’ dilancarkan

Usahawan digital bukan nama baharu. Sudah dikenali dan ramai juga sudah berjaya sebagai usahawan digital.

Saya juga termasuk sebagai usahawan digital setelah terlibat dengan perniagaan netcommerce bersama Volten International.

Maklumat lanjut Volten International sudah saya tulis dalam artikel bertajuk Ada Apa Dengan Volten International.

Dalam artikel ini saya ingin memaklumkan tagline baharu blog saya iaitu “ Jurnal Usahawan Digital “

Apabila disebut jurnal sudah terbayang catatan harian atau mingguan. Yang pasti bukan bulanan kerana blog ini saya boleh kemaskini hampir setiap hari.

Sebelum itu apa maksud usahawan digital ?

Usahawan digital merujuk kepada orang yang melakukan bisnes secara dalam talian.

Menurut portal Berita Harian menyatakan penciptaan sesuatu usaha baharu dan kemudian mentransformasi perniagaan sedia ada dengan membangunkan serta menggunakan teknologi digital terkini.

Sejujurnya saya tidak malu untuk mengakui sebagai Usahawan Digital Malaysia kerana memang betul saya berada dalam platform demikian.

Usahawan Digital

Usahawan digital

Jemput sertai Volten International. bersama kami : https://bit.ly/3kvFTce

Malah saya turut berbangga dan bertuah kerana berpeluang menceburi bidang yang mencabar tetapi menarik ini.

WAJIB BACA :   Koleksi video motivasi diri 2021

Berbalik kepada topik blog ini yakni Jurnal Usahawan Digital.

Saya akan berkongsikan gaya hidup saya sebagai seorang usahawan.

Apa yang saya makan, apa yang saya buat dan apa rutin harian saya. Perkara begini wajar saya kongsikan bersama anda semua.

Malah apa yang bermain dalam fikiran pun saya kongsikan dalam blog ini nanti.

Biasalah sebagai seorang blogger yang kini berada dalam dunia keusahawanan.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa saya pilih bidang keusahawanan digital berbanding bidang lain.

Berikut adalah sebab dan kelebihan usahawan digital.

Saya tulis secara ringkas dulu. Nanti kalau ada masa saya mahu kupas juga isu ini dengan panjang lebar.

Untuk memudahkan pemahaman, saya ambil model perniagaan digital yang dimiliki oleh Volten International.

Volten ada sistem online yang canggih tetapi mesra pengguna. Contohnya gateway payment, ecash dan sebagainya.

Bayangkan komisen boleh dibayar real time, produk dihantar depan rumah dan pembelian dalam talian boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Yang paling best semuanya boleh dilakukan hanya dihujung jari tanpa keluar rumah sekalipun.

WAJIB BACA :   Dari Kota Samarahan ke UPM Bintulu

Mudah sangatkan.

Saya juga berbesar hati untuk berkongsi dengan anda beberapa orang individu yang menjadi contoh usahawan digital yang berjaya.

Mr Murthy sudah menjana pendapatan setengah juta ringgit setiap bulan. Baru-baru ini juga telah berjaya menebus RM1 juta tunai daripada syarikat secara percuma.

Tuan Romy juga telah berjaya tebus kereta percuma yang sangat fancy. Kereta pula atas nama sendiri.

Bukan itu sahaja, Tuan Mohd Faizal, Cikgu Amir dan ramai lagi telah dapat tebus cash secara selonggok. Bayangkan sahaja..

Saya faham apa yang saya kongsikan itu orang lain dan bukan saya.

Saya juga boleh berkongsi kejayaan tersebut bukan pada masa kini tetapi pada masa yang datang.

Menariknya saya suka berkongsi cerita kejayaan dari sekecil-kecilnya hingga cerita kejayaan yang besar-besar.

Nantikan cerita begini dalam jurnal digital saya ini.

Apa macam, deal..

Sebelum saya mengakhiri coretan kali ini, izinkan saya untuk berkongsi peristiwa pagi 28 September 2021.

Dah nama jurnal, saya siap bagi tarikh sekali hehehe.

WAJIB BACA :   Cara dapat duit dari bisnes netcommerce [ edisi kemas kini ]

Sewaktu turun untuk jogging saya terserempak dengan seorang kawan. Beliau begitu riang sekali. Sambil menyanyi beliau mengemop lantai dobi.

Ya, beliau bekerja separuh masa untuk menjaga dobi layan diri tersebut.

Apabila mendekati kawan saya ini, saya terus menyapa.

“ Wah, sedap suara nyanyi pagi-pagi”.

“ Alamak kantoi, “ katanya sambil tersenyum simpul.

“Pagi-pagi sudah kerja. Tahu tak pada masa depan orang bekerja cuma 4 jam seminggu.” Kata saya dengan yakin.

Saya pun bagi beberapa contoh orang bekerja dengan cara demikian dengan beliau.

Sebenarnya sebelum menemui dia saya sudah menonton Youtube berkaitan konsep New Rich yang ditulis oleh Tim Ferris.

Buku ini diulas dan dikupas oleh Youtuber Afiq Nazary.

Saya pertama kali tengok Youtube beliau dan contentnya memang awesome.

Penutup:

Rasanya cukup sekadar itu perkongsian saya untuk topik usahawan digital.

Jangan lupa bergabung dalam grup whatsapp yang saya telah sediakan.

Semoga perkongsian saya nanti memberi manfaat walaupun sedikit buat pembaca semua.

Jumpa lagi.

  • Kemas kini 5/12/22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge