Bersama Ishak Hasimi di Summer Mall

Summer Mall menjadi saksi pertemuan saya dengan Ishak Hasimi. Ya meluangkan masa bersama sahabat lama memang mengujakan. Maklum sahaja lama tidak berjumpa.

Saya dengan Bro Ishak Hasimi berjumpa untuk bersembang dan bertanya khabar masing-masing. Dulu beliau aktif sebagai Blogger, Youtuber dan kini Tiktoker pulak.

Hasrat dan niat saya pada mulanya untuk belanja beliau makan. Namun ditolak dengan alasannya masih kenyang.

Apa-apapun saya akur dan beliau cuma ambil minuman ringan.

Perkenalan saya dengan Ishak sejak tahun 2016 lagi. Saya ada tulis pertemuan kami dalam artikel ini : Dua Blogger Sarawak Mencipta Sejarah

Tahun 2016
Tahun 2021

Cukup lama juga perkenalan kami dan alhamdulillah, ada catatan untuk cerita kami berdua dalam blog.

Pertemuan pada 13 Oktober 2021 ini saya sudah maklumkan seminggu sebelumnya. Biasalah saya berada di Kuching dan beliau di Kota Samarahan.

Summer Mall jadi pilihan kerana tempat yang mudah untuk dikunjungi.

Sementelahan itu juga Summer Mall masih lengang dan sunyi.

Sekurang-kurangnya kedatangan kami boleh menambahkan jumlah pengunjung di situ pada hari tersebut.

Tidak banyak cerita kami bualkan. Masa begitu suntuk kerana saya ada keperluan lain untuk bawa anak bujang shopping.

Ya shopping di Summer Mall untuk persiapan dia memasuki kolej Matrikulasi Demak pada 14 Oktober 2021.

Itu sahaja catatan saya pada kali ini.

Jangan lupa untuk teruskan bacaan ke artikel Bisnes mudah: Semua orang mampu buat

Artikel berkaitan

6 thoughts on “Bersama Ishak Hasimi di Summer Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge