Zakat fitrah admin sudah bayar 10 hari sebelum berakhirnya bulan Ramadan.Alhamdulillah.Tempat bayaran pula di Pejabat Daerah Dalat.Ini merupakan satu sejarah kerana pertama kali membayar zakat fitrah di tempat sendiri sejak 20 tahun yang lalu.Biasanya admin bayar di Kuching atau Samarahan.
Pada mulanya admin bercadang untuk bayar zakat fitrah secara online.Rupa-rupanya belum ada perkhidmatan yang ada link dengan Tabung Baitulmal Sarawak.Tak pelah kalau begitu.
Setelah selesai bayar zakat barulah hati lega.Selagi tak bayar selagi itulah hati kurang senang.Admin ‘gerun’ kepada dua hadis berikut.
Ibnu Umar r.a meriwayatkan: Rasulullah telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Selain itu zakat fitrah adalah wajib bersandar kepada hadis ini.
Abu Hurairah r.a menyatakan: Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya – daripada kalangan kaum muslimin. (riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)
Moga bermanfaat hendaknya.
banyak kelebihan bayar zakat ni. itu janji allah
nikkhazami recently posted…Sinopsis Andainya Takdir 2 Tv3
lagipun zakat adalah wajib..
tak banyak pun
Alhamdulillah zumal pun dah bayar juga
dah bayar..hati akan lega…
sebab zakat fitrah itu wajib
bayar la pagi Raya..
lebih saspen dan afdal ..
alhamdulillah.. mesti dah lega bila dah menunaikan rukun islam
ya betul tu..
bila benda yang wajib..
memang hati akan lega
Alhamdulillah.. kadar pun sama di selangor tu. Semoga sentiasa diberkati hendaknya… aamiin.
Khir Khalid recently posted…Masjid Al-Falah USJ 9 Ketengahkan Gaya Hidup Digital SyuQR RHB
aamiin..
ya tuan.
memang tidak banyak perbezaan kadar bayaran zakat di Malaysia
sy byr online je 😉
pun boleh…
janji ia memudahkan.