Pengalaman Pertama Merayakan Hari Raya Puasa Seorang Diri

Hari raya puasa menjelang tiba.Pasti banyak mengamit kenangan dan memori yang indah indah.Cuma kekadang berhari raya seorang diri bukanlah sesuatu yang enak untuk diperkatakan.Sayu,sedih dan hiba pasti terasa.

Berhari raya seorang diri bukan perkara baru bagi insan mualaf seperti admin.Pengalaman ini pernah admin rasai kira-kira 20 tahun dahulu.Ketika itu admin berumur 23 tahun.Kebetulan pula beberapa bulan selepas memeluk agama Islam.

Suasana Hari Raya puasa lebih ketara berbanding hari Raya Haji.Seusai solat sunat Aidilfitri admin balik ke rumah sewa bujang.Sempat juga berjabat tangan dan saling mengucapkan selamat hari raya kepada jemaah yang lain.

Teman-teman serumah yang lain sudah balik kampung.Ada juga yang mengajak pulang ke kampung mereka.Namun admin tolak pelawaan mereka dengan alasan lambat cuti dan admin terpaksa bekerja pada Hari Raya kedua.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Pengurusan Masa Paling Baik

Oleh kerana admin masih baru mendalami budaya Islam ketika itu tentulah agak terkejut juga.Balik dari masjid admin makan makanan semalam untuk merasmikan hari pertama raya.

Hari Raya Puasa

Tiada lauk seperti gulai ayam atau daging masak hitam ataupun ketumpat rendang.Yang ada cuma saki baki lauk semalaman.Itulah rezeki admin pada hari pertama raya sebagai seorang mualaf.

Alhamdulillah pada tahun-tahun berikutnya admin sudah ada keluarga sendiri untuk berhari raya.Memang seronok dan ‘gumbira’ dengan anugerah Allah kepada admin.Nikmat berkeluarga begitu indah sekali dan admin sangat bersyukur.

Namun selepas 20 tahun kemudian putaran hidup seolah olah bermula dari mula semula.Admin akan kembali beraya seorang diri pada tahun ini.Tiada anak-anak dan isteri disisi.Kesian juga.Apakan daya kerana itulah suratan dan ujian kehidupan bakal duda terlajak laris.

WAJIB BACA :   Cinta Lahir Untuk Balas Budi [ edisi kemas kini 2023]

In shaa Allah pada hari raya kali ini admin akan bersedia dengan ayam kari masak sendiri dan nasi pulut.Itupun jika admin ada mood untuk masak awal pagi.

Seandainya belum ada mood admin akan beli sahaja kari ayam dalam tin dan cecah dengan roti.Rasanya itu memadai memandangkan rezeki duit online belum mencurah-curah masuk.

Akhir kata selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin dari admin mrhanafi dot com.

20 thoughts on “Pengalaman Pertama Merayakan Hari Raya Puasa Seorang Diri”

  1. Pernah juga beraya seorang diri. Mujur tuan rumah dekat je…nak beraya seorang diri di rumah dia segan. Dia faham, jadi dia hantarkan makanan ke rumah.

    Reply
    • tak pe..

      saya hanya cerita benda ini dalam blog sahaja..

      di media sosial terlalu terbuka untuk semua orang tahu..

      dalam blog hanya golongan pembaca setia dan blogger sahaja yang tahu.

      Reply
  2. mama baru tau mrhanafi rupanya mualaf. bersabarlah ye.. semoga ada sinar yang lebih indah berkat kesabaran mrhanafi. mama pun tahun ni pertama kali beraya tanpa ibu dan bapa huhuu uwaa

    Reply
  3. bak kat dr. fadzilah kamsah, org yg kuat adalah org yg paling byk diuji. tgk sahaja nabi2 dan rasul terdahulu. kerana ujianlah mereka diangkat sbg nabi dan rasul. semulia2 manusia

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge