Duda Terlajak Laris Bukan Pilihan Hati

ciri-ciri isteri tidak cinta suami

Duda terlajak laris macam glamer jer.Hakikatnya tidak.Ada cerita tangisan tanpa air mata.Sebab laki-laki mana boleh nangis.Air mata lelaki hanya tertumpah tatkala duduk bersimpuh atas sejadah.

Maafkan admin.Mungkin ada insan yang bergelar duda terlajak laris terasa.Tersentap.Tersentuh hati.

Gelaran duda sebaris dengan gelaran janda.Kedua-dua gelaran ini ‘confirm’ orang tak nak dalam hidup mereka.

Apakan daya.

Sebab soal jodoh yang berkekalan atau setakat itu jer adalah takdir.

Yang pasti.

Setiap pasangan yang akan atau telah berumahtangga memang mengimpikan kebahagiaan sehingga ke Jannah.Mereka berusaha dan berikhtiar.

Kadang-kadang tak menjadi.

Pada ketika itu tiada istilah lain melainkan redha dengan ketentuan Illahi.Setelah bergelar duda pasti ada perkara yang perlu difikiran semula.

1.Nafkah anak-anak [ sekiranya ada]

2.Pengganti teman hidup [sekiranya mampu]

Duda Terlajak Laris

Duda terlajak laris

Apa pula kaitan dengan duda terlajak laris.

Ya.

Mereka adalah satu golongan yang hebat dan tidak jatuh saham mereka walaupun berstatus duda.

Mereka ada segalanya.

  • Duit yang banyak
  • Harta yang melimpah
  • Rupa yang menawan
  • Iman yang terpelihara
  • Akhlak yang terpuji

Logiknya siapa yang tak nak dengan duda terlajak laris ?

Namun empunya diri tidak menginginkan keadaan sedemikian jika diberi pilihan.

Mereka mahu seperti kebanyakan orang.Hidup berteman dengan yang pertama sehingga ke akhirnya.

Takdir kadang-kadang tidak memihak kepada mereka.

Duda terlajak laris perlu move on.Lupakan kisah silam dan mula mengorak langkah mencari kehidupan baru dengan pelbagai cara.

Kesimpulan

Duda terlajak laris bukan gelaran idaman.Nama sahaja gah seperti janda bergetah.

Kehidupan tetap diteruskan kerana itu adalah perjuangan manusia biasa.

Usah ditanya mengapa jadi duda sebaliknya ambil iktibar agar keutuhan rumahtangga kekal terpelihara.

Artikel berkaitan

30 thoughts on “Duda Terlajak Laris Bukan Pilihan Hati

  1. Pernah bergelar duda 2x. Betapa sukarnya membesarkan anak2 perempuan bersendirian tp aku tabah. Alhamdulillah, kini dah bergelar suami kembali.

  2. hati mereka pernah terguris (dgn dahsyat) dan mgkn sbb itu mereka harus fikir byk kali jika ingin kembali berpasangan

  3. What ever happened .. life must go on. Thankful for having a husband to share this life. It’s good to have a zuriat for this time. May God bless us always. Have faith and always ‘berterima kasih’ pada pasangan yang masih ada.

  4. janda lebih menarik dari duda sebab janda kalau dah bergelar janda mereka akan berhias haha

    duda tetap maintain macam lelaki bujang..tiada sebarang perubahan haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge