Perjalanan kejayaan ke Kolej Matrikulasi Sarawak

Kolej Matrikulasi Sarawak berada di kawasan perindustrian Sejingkat. Kolej ini mula dibuka pada tahun 2013 sebagai kursus persediaan para pelajar untuk memasuki universiti.

Pada 14 Ogos 2021, saya berkesempatan untuk menghantar anak sulung ke Kolej Matrikulasi Sarawak. Dalam SPM 2020 yang lepas, anak saya iaitu Haiqal Hazwan berjaya mencatat keputusan 8A. Ada kisahnya telah saya tulis : Ahli Siber Sukses jadi pelajar cemerlang SPM 2020

Alhamdulillah, keputusannya agak memberangsangkan walaupun dunia pendidikan negara teruk dilanda pandemik Covid-19 pada tahun 2020. Sekolah tidak dibuka dan pembelajaran menggunakan cara dalam talian.

Kejayaan tersebut melayakkan dia untuk ke kolej yang berprestij malah menjadi idaman ramai pelajar untuk mencipta kecemerlangan dalam pendidikan.

WAJIB BACA :   Pengalaman jadi halimunan di sebuah restoran

Ini cerita kami pada hari tersebut….

Seawal jam 10 pagi kami sudah bertolak dari rumah untuk menuju ke Sejingkat. Perjalanan kami lancar.

Tidak sampai pun sejam, kami sudah berada di kawasan Kolej Matrikulasi Sarawak. Keadaan amat lengang. Ramai pelajar belum datang. Para ibu bapa atau penjaga yang lain juga tidak lelihatan.

Kolej Matrikulasi Sarawak

Kami berdua lega setelah menemui guru penyelia mereka.

Saya tidak berkesempatan untuk naik ke asrama kerana peraturan tidak membenarkan orang luar masuk ke kawasan tersebut.

Setelah mengangkut beberapa barang berupa makanan, beg dan sebagainya, saya meninggalkan anak saya dengan rasa terharu dan sedikit sedih.

Sebelum ini dia membesar di asrama sejak berumur 12 tahun lagi. Kini masih juga berada di asrama setelah berusia 18 tahun.

WAJIB BACA :   Cuti 5 Hari Sudah Berakhir

Malah habis semester di Kolej Matrikulasi Sarawak juga nanti, anak saya akan ke universiti dan terus berjauhan dengan keluarga.

In shaa Allah kita doakan kebaikan, kemudahan dan kejayaan buat  Haiqal Hazwan.

Moga dia menjadi insan yang bermanfaat untuk Malaysia suatu hari nanti.

Sebagai bapa, saya hanya membantu dan mendorong kejayaan dia. Selebihnya terletak kepada usaha, fokus dan komitmen untuk mencapai cita-cita dia sendiri.

Perkara ini bukan mudah dan tidak juga mustahil.

Saya pernah melihat sendiri bagaimana orang yang berjaya bekerja.

Mereka ada keghairahan, taasub dan buat kerja all out atau sehabis baik dalam bidang yang diceburi.

Saya percaya tidak semua sanggup berbuat demikian. Harga kejayaan menuntut disiplin tahap tertinggi terutama melibatkan masa. wang dan tenaga.

WAJIB BACA :   Apa Yang Awek Nak Daripada Seorang Lelaki ?

Jika saya boleh transfom diri sebegitu maka cerita Bersama Ishak Hasimi di Summer Mall pasti lebih gempak lagi.

Itu sahaja dan  jumpa lagi.

Nak kami bantu anda capai kejayaan ?

-> https://wasap.my/60134841910

-> https://wasap.my/60134841910

-> https://wasap.my/60134841910

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge