Tablet murah terbaik bawah RM500 jadi buruan golongan marhaen. Ya, golongan yang terbesar dalam masyarakat kita hari ini.
Siapa golongan marhaen ?
Mereka ialah orang yang hidup dalam keadaan belum mewah, sederhana dan yang juga masih bawah garis kemiskinan.
Golongan ini amat digalakkan untuk membina masa depan melalui platform bisnes commerce
Kita pergi ke topik perbincangan asal.
Sabtu lepas saya berpeluang mengisi masa hujung minggu dengan misi mencari tablet murah terbaik di kedai sekitar Bandaraya Kuching.
Saya menyelusuri dari mall ke mall. Turun dan naik premis yang menjual gajet elekronik.
Sayang, tidak terjumpa. Yang ada model lama dan jenama yang memang tidak berkenan langsung di hati.
Percarian saya untuk mendapatkan tablet di kedai konvensional tidak mendatangkan hasil.
Sekali lagi saya beralih ke kedai maya seperti Shoppe dan Lazada.
Kedai-kedai yang konvensional yang menjual gajet seperti hilang taring. Ia bagaikan tidak maya dan menunggu masa untuk beralih ke dunia maya.
Saya pun ambil keputusan untuk membeli dalam talian.
Kelemahannya ambil masa dan risiko juga mendapat indah khabar dari rupa.
Jom lihat model tablet yang berkenan pada citarasa dan jiwa saya.
Tablet murah terbaik
Model tersebut ialah Telcast. Jenama ini memang belum popular sebagaimana Ipad. Samsung. Lenovo, Huawei dan lain-lain.
Memandangkan saya belum kisah sangat pasal jenama dan dalam proses menguji jenama ini, mengapa tidak memilih Telcast dalam pemilihan gajet kali ini.
Saya beli di Lazada dengan harga RM474.00 sewaktu harga promosi 8.8 tempoh hari.
Sebelum memilih model Teclast P20HD, ada juga tertarik untuk mendapatkan Lenovo Tab M10 HD (2nd Gen)
Sayangnya model ini cuma menyediakan 2GB RAM dan kapasiti 64 GB manakala Processor: MediaTek Helio P22T (8xARM Cortex-A53, up to 2.3GHz) , IMG PowerVR GE8320
Lebih baik dari Telcast yang dijana oleh Unisoc Octa Core CPU. Prosesor ini kurang popular berbanding dengan MediaTek Helio.
Saya sekali lagi tidak kisah kerana membeli tab tersebut bukan untuk main game tetapi untuk buat kerja-kerja hakiki dan bisnes netcommerce
Semoga pemilihan kali ini tepat dan in shaa Allah selepas berjaya dalam bisnes netcommrce nanti boleh upgrade ke gajet yang lebih power, terkini dan berprestij.
- Kemaskini 21/3/22
Memang elok ada alat elektronik untuk satu kerja khas.
ya betul…semoga ia memberi manfaat yang berterusan
wah.. murah! kmk br beli samsung a7 lite last 2 week.. mahal sikit dpd tok.. x berani nk beli dr shopee tkt kena curi..hihi
wah…tahniah kak mim.
memang rasa takut juga tapi model yang saya nak beli tersebut tiada di kedai konvensional
Ikut hadis ramai masuk surga golongan marheen. Untung golongan marheen ni tak byk harta kena audit di padang masyar nanti.
Hairul recently posted…Cara Jimat Topup Handphone & Bisnes Lumayan Waktu PKP
kalau kaya sedap juga bro.
segala keperluan lebih daripada mencukupi.
untuk mendapat hisab yang cepat…buat amalan yang telah Nabi Muhammas saw sarankan..in shaa Allah
berani eh en hanafi bli brg elektronik online. sy bli brg lbh rm100 pn rs seram sejuk hehehe… hrp2 gajetnya berfungsi dgn baik dan dpt melancarkan tugasan👍
ikutkan memang takut tapi terpaksa percaya kerana tiada pilihan
model yang saya nak beli tiada dijual secara offline
lagipun seller untuk Teclast di Lazada memang official..itu sahaja jaminannnya