3 cabaran ‘budak baru’ nak jadi abang sado

Suka saya perkenalkan ‘budak baru’ ialah beginner atau pemula dalam dunia gym. Dunia yang menjanjikan mereka bakal jadi abang sado.

Namun fungsi gym lebih daripada itu yakni untuk fitness dan kesihatan optimum.

Oh ya, ini info yang baru saya terima.

Rabu adalah hari terakhir ( ketika artikel ini ditulis) saya pergi gym. Selepas ini gym ditutup buat sementara waktu gara-gara kes Covid-19 di Kuching agak membimbangkan. Tidak tahu bila akan dibuka semula.

Peminat dunia fitness memang terkesan dengan penutupan tersebut. Termasuk saya sebagai  budak baru dalam dunia gym.

3 sebab pergi gym yang lawak mencuit hati

Bulan ini sudah genap dua bulan saya berkecimpung dalam dunia fitness. Hasilnya memang awesome.

Penutupan operasi gym menyebabkan perancangan untuk saya jadi abang sado terpaksa ditangguh buat sementara. Sejujurnya bukan mudah untuk jadi sado. Lebih-lebih lagi kepada budak baru seperti saya ini.

Antara cabaran yang dihadapi oleh budak baru untuk jadi abang sado seperti berikut:

1.Belum mahir dengan peralatan gym

Saya bermula dengan cuba-cuba. Saya belajar dari Youtube. Nampak macam senang. Tapi bila praktikal rupanya susah juga.

WAJIB BACA :   Nasi Lemak Bajet Terbaik Sehingga Menjilat Sudu

Jangan risau. Silap dan salah adalah proses belajar. Orang di gym pun tidak kisah atau ketawakan anda. Sebab dulu pun mereka bermula dengan kesalahan demi kesalahan sebelum menjumpai teknik yang betul.

Cuma perlu berhati-hati sahaja. Elakkan kecederaan yang serius jika terlalu emosi mengendalikan peralatan di gym. Perlahan-lahan untuk biasakan peralatan tersebut.

Saya berpendapat lebih molek dapatkan khidmat jurulatih peribadi. Jimat masa dan lebih berdisiplin ketika latihan.

Cuma saya belum mampu guna khidmat mereka. Matlamat utama saya ke gym untuk perlahankan proses pembesaran perut. Inilah alasan paling kukuh. Alhamdulillah. Kesannya sudah nampak dan saya rasai berkesan.

Saja je acah-acah nak jadi abang sado hehehe. Kalau menjadi apalah salahnya..kan.

WAJIB BACA :   Alkisahnya belajar menulis ayat cinta

2.Keinginan untuk sentiasa makan

Sebelum berjinak-jinak dengan dunia gym, saya kurang makan. Selain kurang bajet, saya bukan food lover.

Saya mampu menahan nafsu atau craving berkaitan makanan. Maksudnya saya boleh alihkan keinginan untuk makan. Makan apa yang ada sudah memadai. Sedap atau tidak belakang kira.

Namun semenjak masuk gym, makan menjadi tuntutan. Perut cepat lapar. Malah makanan yang dimakan juga susah nak kenyang walaupun penuh satu pinggan.

Selain itu terpaksa kerap makan. Jika tak makan akan rasa kelaparan yang berlebihan. Makan yang betul adalah gaya hidup sihat.

Gaya hidup sihat yang terbaik

Kesan ketara tentulah bajet untuk makan bertambah. Kebetulan makanan yang dimakan perlu segar, berkualiti dan berkhasiat tinggi.

Boleh dikatakan badan jadi sado tapi dompet pulak jadi ramping hehehe.

WAJIB BACA :   Broadband M bermasalah bikin panas hati [ Edisi kemas kini]

3.Pengorbanan masa yang sangat banyak

masa silam

Pada mulanya saya fikir cukup satu jam untuk di gym. Tiga atau empat kali seminggu.

Rupanya tidak. Satu jam hanya berada di gym. Namun masa sebelum ke gym dan selepas ke gym perlu diambil kira juga.

Semasa keletihan saya perlu rehat dallam masa yang agak lama. Selain tidur lebih lama daripada kebiasaan. Dulu cukup saya tidur empat jam. Sekarang perlu enam hingga lapan jam sehari.

Kesimpulan

Rasanya cukup setakat ini cabaran budak baru masuk gym. Itu baru tiga cabaran. Ada banyak lagi sebenarya.

Cabaran boleh diatasi dengan tenang dan sabar, in shaa Allah akan menghasilkan kejayaan yang manis.Malah boleh dijadikan bukti kepada kegigihan, kesungguhan dan komitmen.

Elemen ini boleh diterjemahkan dalam urusan yang lain pula seperti proses mencari jodoh atau menarik rezeki sebagai mana artikel bawah ini.

Rezeki melimpah-ruah kerana amalan hebat ini…

p/s : Jika rasa artikel ini menarik dan bermanfaat tolong saya dengan satu button share. Terima kasih daun keladi dan lain kali sila share lagi.

17 thoughts on “3 cabaran ‘budak baru’ nak jadi abang sado”

  1. Dah ada girlfriend ke?? sebab baru2 ni saya tengok satu rancangan tv katanya orang lelaki kalau sibuk jaga badan maknanya dah ada girlfriend.

    Hahahha

    Reply
  2. Menarik pengalaman tu. Saya tak pernah lagi masuk atau daftar gym. Biasanya lebih suka senaman jogging atau jalan kaki kat taman saja. Lebih tenang cam tu. Tapi tak boleh jadi sado dengan senaman macam yg saya buat tu

    Reply
    • Joggimg pun sangat molek tuan..

      kalau tak pergi gym boleh cuba-cuba dengan push up, plank dan squat.

      senaman ini akan menghasilam otot yang padu

      Reply
  3. bagus exercise di gym, kalau ada trainer lg best….dulu pernah ada membership gym..tapi sebab selalu stayback, langsung tak terpergi..akhirnya stop terus..tak renew..

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge