Saya suka berbelanja.Sukar pula untuk menjadi seorang yang berjimat-cermat.
Ini tidak bermakna saya suka membazir.Cuma bila berbelanja saya fikirkan nilai wang yang dibelanja.Malah dengan berbelanja saya dapat aktifkan minda sedar seperti orang kaya.
Orang kata, kalau nak kaya mesti ada perasaan dan fikiran seperti orang kaya.Tidak perlu berfikir ada atau tidak ada duit.Cukup atau lebih.Yang pasti rasakan duit itu sentiasa banyak dan tidak akan habis.
Persoalannya bagaimana untuk mendapat perasaan begini jika tidak mengalami sendiri.Cukupkah sekadar berangan dan tersenyum sendiri.
Terpulang.Masing-masing ada pendapat dan pendirian yang berbeza.
Baru-baru ini saya masuk ke kedai yang ekslusif.Order kopi yang istimewa.Sebagaimana kebiasaannya saya tidak melihat harga terlebih dahulu.
Apa lagi saya order ikut sedap mulut dan rasa seperti orang kaya.Ketika di kaunter pembayaran baru sedar harga secawan kopi tersebut dalam RM17.00.
Saya agak terkejut kerana tidak sangka kopi yang diadun cokelat dan disumbat aiskrim boleh berharga mewah.Cuma jauh dalam sudut hati mengapa tidak terfikir banyak kali sebelum nak melangkah kaki ke situ tadi.
Inilah dinamakan perasaan kaya menguasai diri.Adakah saya seorang yang pemboros atau sukar untuk berjimat.
Saya pun keliru nie.hehehehe
Jika berkualiti memang kena dengan harganya.
Jika berjenama memang kena dengan prestijnya.
Persoalannya kini, mampukah kita sentiasa berperasaan seperti orang kaya sekiranya fikiran berjimat tidak bertempat terus membelenggu fikiran setiap hari.
Jimat-jimat juga tetapi jangan pula langsung tidak berbelanja sekiranya mampu berbuat demikian.
Bisnes akan merosot jika semua tidak mahu berbelanja pada tempat yang betul.
Ekonomi dalam negara akan suram jika semua mengamalkan tabiat menyimpan semaksima mungkin dan berbelanja seminimum mungkin.
Tak perlu nak fikir banyak.
Jom berjimat dan berhemah pada tempat dan masa yang betul.
bak kata orang tua, ukur baju di badan sendiri… kalau saya tak salah sesekali berbelanja mahal untuk diri sendiri atau orang tersayang. Saya kalau nak rasa seronok bershopping banyak dan macam orang kaya, pergi ke kedai eco semua barang rm2.10, kalau ambil 10 barang baru rm21.00 jadi tak terasa sangat masa membayar. Barang pun dapat banyak hehehe… hati pun gembira
benarsumgguh tu.
yang penting berbelanja ikut keperluan dan kemampuan
saya pun tak sanggup nak minum kopi harga rm17 secawan. tapi itu lah, lain orang kan. ada orang yg sanggup. hehe. saya bukan kedekut tapi saya berjimat sesuai dengan poket dan kewangan saya. huhu
umi nazrah recently posted…My 2nd Trip Shaklee Business Leader National Conference 2020
saya faham dan agak rugi bila fikir balik..
mungkin itu sekali setahun kot..
tahun depan ulangi lagi hehehehe
financial freedom, impian setiap orang…
itu yang sebaiknya..in shaa Allah