Gaya hidup sihat jadi tuntutan wajib. Tak ikut maknanya tidak mensyukuri nikmat sihat yang kita dapat. Bukan maksud saya mengecam mereka yang suka mengabaikan gaya hidup sihat.
Tidak sama sekali. Apa yang bakal yang saya kongsikan ini untuk peringatan kepada diri sendiri. Manalah tahu boleh menjadi manfaat kepada orang lain juga.
Ada apa dengan gaya hidup sihat ?
Oh..tidak susah untuk faham. Cara memahaminya teruskan bacaan hingga ke noktah terakhir penulisan ini.
Table of Contents
Gaya Hidup Sihat
1.Jaga pemakanan
Orang yang mengutamakan gaya hidup sihat amat mengambil berat bab pemakanan. Makanan yang perlu dijauhi atau dikurangi tentulah terlalu manis, terlalu masin, terlalu berminyak dan terlalu berlemak.
Secara khususnya tidak mengambil makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula.
Selain itu mengelakkan makanan yang diperbuat dari tepung. Makanan ini tinggi karbohidrat yang boleh menimbunkan lemak dalam badan.
Bukan itu sahaja kurangi tabiat untuk makan makanan segera. Walaupun restoran segera selalu berkempen menyajikan makanan yang sedap dan lazat tidak terkata.
Rata-rata makanan segera ini tinggi lemak, kalori dan berminyak Minumannya pula terlalu tinggi kandungan gula.
2.Konsisten bersenam
Senaman boleh dilakukan secara bersendirian di rumah atau secara berjemaah dengan kawan-kawan. Terpulang dengan kesesuaian dan keperluan masing-masing.
Ada yang suka bersenam dengan berjogging atau berjalan kaki. Aktiviti ini cukup menyihatkan kerana boleh membakar kalori dengan banyak. Selain itu boleh mengeluarkan peluh.
Mereka yang ingin bentuk badan yang menarik boleh mencuba dengan latihan intensif di gymnasium. Cuma perlu konsisten kerana perut sixpack bagi lelaki atau tubuh langsing bagi wanita ada pengerasnya.
Sudah tentunya tentang kos, masa dan komitmen. Namun dalam bab kesihatan tidak boleh berkompromi kerana jika sakit baru tahu sihat itu terlalu tinggi nilainya.
3.Tidur mencukupi
Pernah dengar tak pendapat, “cubalah tidur seperti bayi dan bangunlah tidur seperti juara”. Tidur mencukupi adalah bukti kualiti tidur seseorang. Ada yang boleh tidur empat jam sahaja.
Rata-rata orang yang mengamalkan gaya hidup sihat tidur tujuh atau lapan jam sehari. Mereka tidur awal dan bangun awal.
Sebaiknya tidur sebelum jam 11 malam. Tidur selepas pukul 12 malam boleh memberi kesan kepada hormon badan kita sendiri.
Kesimpulan
Gaya hidup sihat adalah syarat wajib untuk mendapat tahap kesihatan optimum. Mengabaikan gaya hidup sihat seperti mengundang penyakit untuk segera bertandang.
Percayalah pembaca belum terlambat dan jika belum ada gaya hidup sihat boleh bermula sekarang.
Semoga bermanfaat dan selamat menjalani gaya hidup sihat.
Jangan lupa share, subsribe dan komen artikel ini.
Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik. Aamiin…
aamiin dan itu memang menjadi harapan ramai orang bro
Betul tu bro
Zumal recently posted…LAPAN LAPAN
kann…semoga ia memberi manfaat
mama setuju.. mmg mula dgn 3 perkara ni dulu insya allah..
ya betul..
cuba sahaja dengan perkara asas tersebut
Tak ambik gula dan memang banyak perubahan saya rasa dalam 3 bulan ni. Dapat berat ideal nanti baru saya start ambik gula dan karbo sikit-sikit.
Sebelum ni main bedal je
wow..berita menarik sungguh ini..
semoga konsisten menjaga badan dan kesihatan
bab nak jaga makan dan bersenam tu memang susah,sebab tu berat badan saya makin bertambah
kawal pemakanan bro..
pelan-pelan tak pe
yang lain-lain dah ok, cuma tang tidur tu macam tak cukup je lagi.
JMR recently posted…Jom! Nikmati Pulau Pinang. Tak Pernah Bosan Berkunjung Ke Sana!
bila terlalu hardwork ..memang akan rasa kurang tidur
itu adalah perkara biasa bro
Info sihat yang sangat bagus Mr Hanafi. 🙂
recently posted…SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
terima kasih bro…
moga ianya bermanfaant untuk mereka yang cuba menjaga kesihatan
InsyaAllah. Aamin. 🙂
Galaksi Viral recently posted…JAMAL ABDILLAH : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
alhmadulullah…
dan juga, perut sixpax dan pinggang ramping itu perlukan kesakitan juga untuk memperolehinya..haa gitchuuu
memang tidak dinafikan..
banyak perkara perlu dikorbankan termasuk wang ringgit
makanan yang sedap-sedap perlu diketepikan juga
baru kejap td sy baca kat IG. bunyinya mcm ni lbh krg: Anda tentu terperanjat bila anda lakukan perkara ini secara berterusan dalam masa 30 hari.
1. jaga pemakanan
2. bersenam 3 kali seminggu
3. minum air at least 2 liter
4. tidur paling krg 8 jam sehari
5. membaca paling krg 30 minit
6. elak makanan bergula
7. meditasi 10 minit sehari (tp dlm islam meditasi = solat)
so hampir sm kn dgn entry di atas?
ya hampir sama kerana tujuanya sama..untuk jaga kesihatan tahap optimum