Kes bunuh isteri guna tudung hangat diperkatakan beberapa hari yang lepas.
Menurut fakta, lelaki tersebut menjerut leher isteri dengan tudung sehingga mati. Mayatnya pula ditinggalkan di suatu tempat.
Malah yang lebih tragis, helah untuk mencari isteri yang hilang bersama anak perempuan. Kronologi begini memberi rasa trauma kepada anak yang meningkat remaja.
Kes terbongkar setelah didapati mangsa yang meninggal dunia akibat jerutan pada leher menggunakan tudung.
Lelaki tersebut menjerut leher wanita itu kerana terlalu marah selepas bertengkar berkaitan perceraian yang mahu difailkan mangsa.
Saya melihat kes ini suatu yang sangat serius dan seriau.
Isu serius kerana sanggup mengambil nyawa orang lain kerana nafsu amarah dan dendam. Luar batas pemikiran manusia yang waras.
Isu ini seriau kerana wanita diperakukan demikian bukan orang lain yakni isteri sendiri.
Orang yang pernah sebantal dan sekatil. Pernah melalui detik-detik kebahagiaan sebagai suami dan isteri.
Saya melihat dari tiga sudut. Setiap sudut ini adalah pandangan saya sebagai manusia biasa. Bukan pakar kes atau pakar psikologi yang boleh post-mortem suatu perkara dengan mendalam.
Sudut suami :
Suami yang terbaik dan terhormat menjunjung amanah untuk menjaga maruah dan keselamatan isteri.
Suami begini sanggup mempertaruhkan nyawa dan masa serta mengorbankan kepentingan sendiri demi isteri tercinta.
Namun dalam kes yang saya utarakan ini, jauh tersasar dari matlamat tersebut. Isteri menjadi mangsa amarah dan segala konflik tidak diselesaikan secara baik.
Benda boleh bincang mengapa mahu gaduh ?
Sudut isteri :
Isteri yang terbaik dan mithali sentiasa meletakkan kepentingan suami pada tempat yang tertinggi.
Isteri wajar menjatuhkan ego sendiri kerana setinggi manapun pendapatannya bukan tiket untuk mendabik dada.
Suami wajar dilihat sebagai orang yang sangat dihormati kerana amanah yang telah Allah kurniakan kepadanya.
Bercerai suami dan isteri adalah penyelesaian terakhir setelah menemui jalan buntu dalam konflik rumah tangga.
Mungkin kerana faktor keegoan dan kesombongan masing-masing yang tidak boleh bawa bincang.
Perceraian harus disepakati kedua-belah pihak. Wajar reda dan saling melepaskan satu sama lain.
Bagi peluang dan ruang untuk mencari haluan sendiri.
Sudut anak :
Orang yang mengalami trauma emosi tentulah anak. Mereka kehilangan kasih sayang dari ibu atau bapa secara total.
Bukan mudah untuk mereka lalui kehidupan dengan sempurna sebagaimana anak-anak yang punyai keluarga yang bahagia.
Jika emosi tidak dirawat dengan segera besar kemungkinan impaknya akan dilihat kemudian hari.
Rasa dendam, rasa geram dan rasa tidak puas hati akan menghantui hidup mereka.
Bayangan hitam terus menerus menyelubungi deria rasa sehingga keindahan hidup akan hilang sirna.
Anak tiada pilihan. Mereka dihadapkan dengan kemelut orang tua yang bukannya salah mereka.
Semoga anak yang kurang bernasib baik ini dianugerahkan kecerdasan emosi dalam menangani rencah-rencah kehidupan yang sukar diduga.
Kesimpulan
Semoga arwah ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman.
Begitu juga suspek agar segera bertaubat dan menyesali perkara yang berlaku.
Jika didapati bersalah maka nyawa juga jadi galang gantinya demi kesalahan besar ini.
Untuk pembaca yang budiman, sama-sama kita bermuhasabah diri agar sentiasa tenang dalam mengharungi detik-detik pahit akhir zaman.
Bak kata kawan saya, pahit akan bertemu manis.
Untuk pencari jodoh, ingat pesanan pakcik tua ini.
Usaha mendapat pasangan hidup yang baik dan sesuai bukan dengan sandaran muka yang kacak atau paras wajah yang cantik.
Bukan juga kestabilan pendapatan dan kekayaan harta-benda.
Sebaliknya kerana keserasian watak dan pandanan akhlak yang tepat.
Paling asas faham agama.Faham apa itu takwa. Sebab hidup adalah ibadah dalam mencari reda Allah.
Semoga bermanfaat.
p/s: Jangan lupa komen, langgan dan kongsikan kepada mereka yang memerlukan.
Betul tu perkara paling asas adalah agama. Teguh iman dan takwa boleh menghalang perkara tidak elok berlaku…
begitulah ceritanya …
kalau agama bagus…maka semunyakan akan bagus
Hidup ini penuh dugaan. Semoga kita semua dipelihara daripada perkara yang tidak diingini. InsyaAllah. Aamin.
galaksiviral recently posted…PLANET UTARID : PLANET TERKECIL DI DALAM SISTEM SOLAR ?
aamiin dan semoga kita semua dijauhkan perkara yang buruk sebegini
Lelaki kalau nak kawin lain memang sanggup buat apa je. kalau bab lain isteri nak halang tak pe lagi.Tapi bab kawin jangan buat main. Sanggup bunuh membunuh.
tulah…
semoga kita dijauhkan daripada musibah begini..
seriau juga dengarnya
memang seriau betul bila tau pasal berita ni..masalahnya boleh buat helah mencari isteri tu…aduhh
Sunah Sakura recently posted…Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos Malaysia
tulah…
sampai hati pulak buat macam tu.
moga kita dijauhkan dari perkara begini
alfatihah utk arwah…
ms mula2 nmpk gmbr arwah kar socmed sy terkejut jg sbb seiras sgt dgn room mate sy dulu… rupanya bukan…
sy terfikir, apalah dosa yg dibuat arwah smpi tergamak suaminya perlakukan begitu…
gara-gara nafsu amarah ..manusia boleh hilang pertimbangan akal
Saya boleh katakan suami si mangsa ni ada masalah otak..takkanla marah sampai sanggup membunuh.
Laila recently posted…Punca Letupan Dahsyat di Beirut?
ada kemungkinan juga..
dunia sekarang macam-macam boleh berlaku
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.
aamiin dan al-Fatihah.
moga juga menjadi pengajaran buat kita senua
semoga syurga buat yg teraniaya. sedih betul baca cerita2 begini. kesian sgt dgn anak diorang tu
mohon kita semua dijauhkan ujian yang sebegini..
aamiin
tak layak dipanggi suami atau bapa..
zul muhammad recently posted…5 Sebab Kenapa Facebook Beli Whatsapp
ya betul tu bro..
apa-apapun itulah manusia yang tiada jiwa kemanusiaan sudah