Heboh seketika di media sosial berkenaan punca penceraian. Isunya sangat remeh dan seperti tidak masuk akal. Apa yang menarik laporan punca perceraian ini dibentang dalam parlimen baru baru ini.
Admin suka nak berkongsikan dengan pembaca semua. Moga – moga kita mampu untuk mengelak penceraian. Elok untuk dibaca bagi mereka yang sudah berumahtangga atau bakal mendirikan rumahtangga.
23 Punca Penceraian
1.Punggung isteri yang mengerutu
Macam-macam ada. Mungkin ada kebenarannya juga kerana isteri yang memiliki punggung yang mengerutu boleh disifatkan jenis pengotor. Mereka tidak menjaga kebersihan punggung sehingga menimbulkan rasa kurang selesa pada pihak suami. Lainlah kalau suami juga mempunyai punggung yang menggerutu.
2.Permintaan isteri yang terlampau
Dikatakan ada isteri yang mahu baju,seluar dan aksesori dalam 30 warna yang berlainan. Bagaimanalah sang suami hendak memenuhi permintaan yang bukan-bukan. Jika suami berpendapatan tinggi tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah jika kemampuan kewangan suami cuma suam-suam suku sahaja.
3.Isteri buat sabotaj yang melucukan
Ada isteri yang sengnaja mengotorkan kopiah gara-gara tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau. Memang logik juga. Dah ada isteri buat apa nak sembang lama-lama dengan kawan-kawan. Amatlah molek jika bersembang dengan isteri sendiri. Betul tak ?
4.Suami tidak pandai melakukan hubungan seks
Alamak nampak sangat kurang ilmu atas ranjang. Zaman sekarang susah nak terima alasan begini kerana teknik dan skill tersebut semua ada dalam Google. Antara nak belajar atau tidak sahaja lagi. Dengan suami isteri lagi mudah untuk praktikal ilmu tersebut. hehehe
5.Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai
Terpulanglah kepada pasangan masing-masing. Ada yang suka berkepit dengan isteri seperti belangkas. Golongan suami begini mudah terasa kesunyian jika ditinggalkan isteri walaupun sekejap. Mungkin ramai juga yang tidak kisah. Janji si isteri pandai menjaga diri. Persoalannya berapa ramai suami yang ada ciri-ciri sporting begini.
6.Isteri suka membasuh baju pada waktu malam
Logiknya si suami mahu belaian dan perhatian pada waktu malam. Jika isteri sibuk dengan kerja kerja rumah tentunya terbit rasa bosan kepada si suami. Yang si suami tidak membantu pun satu hal. Paling tidak pun sediakan juga pembantu rumah jika nak perhatian 100 peratus dari isteri.
7.Suami mencurigai setiap tindakan isteri
Sungguh kurang bernasib baik si isteri mendapat suami sebegini. Jelas sekali suami juga ada cemburu buta. Lama-kelamaan kehidupan suami isteri memang kurang harmoni. yang akhirnya akan membawa kepada penceraian.
8.Isteri menceritakan kehebatan hubungan seks dengan bekas suami yang terdahulu.
Inilah risiko kepada suami jika mereka memperisteri janda. Pengalaman seks yang terdahulu akan menjejaskan hubungan rumahtangga yang baharu. Walaupun bukan semua bersifat demikian namun tetap ada dalam hati mereka perasaan membuat perbandingan hubungan atas ranjang. Alamak parah juga nie…
9,Berbeza fahaman politik
Sukar untuk dinafikan hakikat tersebut. Lebih lebih lagi kepada mereka yang obses atau fanatik kepada fahaman politik. Terpulanglah kepada pasangan tersebut untuk mengatasinya. Sebab itu sebelum kahwin lebih baik tanya dan jawap secara detail berkenaan fahaman politik begini.
10.Suami tidak suka isteri makan dalam kereta
Nak cakap lawak pun boleh.Apatah lagi pelik bin ajaib.Yang pasti memang sukar untuk diterima akal dengan sikap suami yng tidak suka isteri makan dalam kereta. Logiknya memang kurang elok makan dalam kereta tetapi bukan sesuatu yang janggal bagi masyarakat kita. Lainlah kalau makan mee kolok dalam kereta. Kurang elok tu. Mungkin suami tak nak tempat duduk kereta menjadi kotor jika tertumpah makanan.
11.Gaji suami lebih rendah
Jika diikutkan hati memang suami mahu gaji lebih tinggi dari isteri. Sebab tanggungjawab suami untuk menyediakan keperluan asas kepada ahli keluarga bawah tanggungannya. Isteri yang bekerja cumalah untuk membantu suami menampung mana yang kurang. Apa yang berlaku hari ini isteri merasakan diri ada kelebihan jika mempunyai gaji yang lebih tinggi berbanding suami.Ego tinggi. Rasa hormat kian menghilang.Biarpun bukan semua.
12.Isteri lambat menyediakan makanan
Salah siapa jika isteri lambat menyediakan makanan sekiramya isteri terlalu sibuk. Mereka sibuk dengan kerjaya bagi yang bekerja. Ada anak-anak kecil yang berderet. Puncanya daripada suami sendiri jika mereka tidak menghulur bantuan. Amat menyedihkan jika tidak menyedia pembantu rumah
13.Pasangan tidur lewat dan bangun pun lewat
Pada zaman ini tentu sukar melihat pasangan suami isteri yang tidur awal. Lainlah kepada mereka yang baharu melangsungkan perkahwinan.Itu faham-faham sahajalah. Punca utama lambat tidur kerana melayan gajet dan leka dengan media sosial. Sedangkan aktiviti dalam kamar tidur jauh lebih baik dari media sosial.
14.Suami bekerja tidak tentu masa
Tidak semua yang ada kesempatan untuk bekerja mengikut waktu pejabat. Suami yang berkerja syif atau tidak menentu masa ada pro dan kontra. Pandai-pandailah pasangan suami isteri mencari masa berkualiti. Yang penting boleh berkompromi kepada perkara yang baik. Tentu kurang bijak sekiranya isteri tidak puas hati dengan budaya kerja suami sebegini.
15.Anak demam dan tidak sihat
Aduh.Anak yang kurang sihat dan demam pun boleh jadi punca perceraian.Sepatutnya pada waktu beginilah suami dan isteri berkerjasama.Selain berkompromi dalam banyak perkara, suami dan isteri harus melupakan kepentingan peribadi. Demi anak buktikan kasih sayang tanpa syarat kepada pasangan.
16.Cemburu dengan pasangan berkawan dengan bekas kekasih
Logiknya memang tidak sesuai dan wajar untuk para isteri atau para suami masih berkawan dengan bekas kekasih. Perkara yang sudah berlalu dan sudah lepas buat apa nak kenang. Biarpun alasannya sekadar berkawam.Jagalah perasaan pasangan.Mana yang lebih ? Hati pasangan atau hati bekas kekasih.
17.Pasangan terlalu cerewet
Inilah karenah dunia rumahtangga yang kurang bagus.Inilah dugaan dan cabaran kepada suami atau isteri yang mempunyai perangai terlalu cerewet. Namun point penting kepada mereka yang ada nilai kesabaran yang tinggi.Jika tidak memamg tak tahan untuk berkongsi hidup. Boleh dikatakan bukan jodoh yang sesuai untuk meteka yang sudah berkahwin.
18.Pasangan tidut berdengkur
Ada penyelesaian terbaik sebenarnya. Jumpa doktor untuk menyelesaikan masalah tidur berdengkur. Jangan jadikan perceraian satu langkah mudah. Sebab kesan perceraian ditanggung oleh banyak pihak terutamanya dengan anak-anak. Kasihani mereka yang menjadi mangsa tindakan dan keadaan ibu bapa.
19.Pasangan gemar membeli belah
Kesan buruk membeli belah tentulah duit cepat habis.Malah tidak dinafikan membeli belah merupakan aktiviti yang sangat menyeronok.Yang tak seronok poket dan dompet akan cepat nipis. Seolah-olah ada kebocoran yang besar. Jadi tidak mustahil juga pasangan yang terbabit akan bercerai apabila tidak mampu lagi menyara kehidupan pasangan yang suka membeli belah. Jika membeli barang keperluan satu kewajaran. Ini tidak. Membeli belah memenuhi kehendak.
20.Suami tangkai jering (kedekut)
Ada suami yang mempunyai tabiat pelik. Dengan isteri sangat kedekut tetapi dengan orang lain jadi pemurah. Isteri diperlakukan sesuka hati dalam bab duit dan sebagainya. Lama kelamaan isteri akan makan hati sehingga rumahtangga bergolak dan hambar sepanjang masa.
21.Tidak suka cara pasangan menjemur atau membasuh baju
Sekali imbas memang remeh. Namun jika difikirkan logiknya memang perlu juga untuk mengubah sikap. Belajar untuk menjemur baju dengan cara yang lebih baik. Cara yang lebih disukai pasangan masing-masing.
22.Berebut rancangan TV
Kedengaran memang lucu. Mana tidaknya dengan berebut rancangan TV sekalipun boleh membawa kepada penceraian. Penyelesaian terbaik untuk pasangan yang jenis sukar berkompromi beli sahaja dua set TV. Biar berbelanja lebih. Yang penting rumah tangga dapat diselamatkan.
23.Lupa pam tandas
Inilah tabiat jelek yang memang patut dibuang jauh-jauh. Jika ada pasangan yang sanggup bertolenrasi memang satu bonus besar. Sayangnya tidak ramai yang sanggup. Oleh sebab itu cuba belajar untuk lebih bertanggungjawab selepas melepas hajat masing-masing. Jangan sesekali-kali lupa dan buat-buat tidak ingat.
Kesimpulan
Admin berharap kepada pasangan suami isteri di luar sana agar menjaga ikatan perkahwinan sekuat dan seerat yang mungkin.Sekali terlerai buruk padahnya.
Kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang pasti ada. Mungkin membawa mudharat dan mungkin juga membawa kebaikan.
Sekiraanya terjumpa konflk dan pertelingkahan, carilah jalan penyelesaian. Moga-moga terjumpa kebahagiaan yang diidamkan semua pasangan yang ada di muka bumi ini.
Selamat berbahagia hingga ke Jannah.
- Kemas kini 29/12/22
selain ke 23 perceraian yang tidak masuk akal seperti diatas tersebut….yang namanya perceraian pasti semuanya tidak masuk akal….kecuali pasangan tersebut memang menginginkannya
apapaun saya berpegang kepada satu perkara…itulah suratan takdir
Kdg2 perkara yg tak disangka malah kecil boleh jadi punca besar hingga berlaku perceraian kan. Macam2 dunia ini
Khir Khalid recently posted…Jakel Raikan 200 Pemenang Pakej Umrah Peraduan Beli & Menang 2018
sebab itu setiap perkara waima perkara kecik mesti dilihat dengan serius..
cabaran dan dugaan suami isteri memamg tinggi.
Apa pun sebabnya, mereka yang bercerai yang tahu sebab dan terima kesannya. Orang yang belum kahwin atau sudah berpasangan Jangan pandai-pandai memberi sebab dan kritik mereka yang bercerai , takut nanti terkena diri sendiri.
ahmadyani recently posted…Apa Pilihan Yang Bagus Jika Ingin Memborong Dari China?
betul tuan..
jagalah perkahwinan itu sebaik yang mungkin.
biar kekal hingga ke Jannah
fuh..macam-macam hal lah
tulah..
dunia akhir zaman
apapun bila perasaan sayang dah xde macam2 la kesilapan yg nampak
ya..tepat sekali.
sekali perasaan sayang sudah hilang begitulah kejadianya
aduhai, begitu sekali ya…
perkahwinan ni kan, buat kita saling melengkapi…
takde manusia yg sempurna jadi ini lah gunanya perkahwinan….
saling tolak ansur, tp tulah manusia kn perangai mcm2 kan…
hahahaha…
masalahnya tak ramai yang berfikir seperti ini
Kalau dah tak boleh nak bertoleransi, macam-macam alasan keluar dek kerana nak mencari jalan berpisah.
Tuan Pengetua recently posted…Cara Tukar Kata Laluan Maybank2U
seboleh-bolehnya berfikir panjanglah sebelum menerima pasangan sebagai suami isteri.
cari keserasian dan padanan yang sesuai
Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing di mana itu adalah untuk saling melengkapi.
Terimalah seadanya sebab manuaia bukanlah sempurna
Aqil Adli Agro recently posted…Asam Pedas Daging Melaka di Muar Johor
kalaulah ramai yang bersikap demikian…
dumia ini aman damai jadinnya
memang selalu gitulah, atas sebab yang remeh
raihanah recently posted…Apakah Projek Reverse Aging
yalah kan…kasihan sungguh
tu dia..antara punca remeh temeh org zaman laa ni nak cerai kan
yela..msa bcinta semua indah belaka..
da sebumbung 24jm bersama baru tahu perangai sebenar..huhu
ptut sblm khwin perlu tahu, dan bersedia apa jua sikap pasangan yg bakal kita hadapi sbb sememangnya watak seseorang takkan sama msa bcinta dan bila da jdi pasangan serumah ni..
pasangan yang terbaik dan cocok ialah mereka yang tidak kisah tabiat buruk pasangannya..
Tak masuk akal … tp realitinya berlaku kan
Azni recently posted…Hilangkan dark spot dengan surya chlorophyll
hahahaha..
tulah masalahnya.
benda kecil pada kita tetapi isu besar pada orang lain
hal-hal remeh temeh tu redho jelah..demi keharmonian rumah tangga..
no. 21 tu kelakar …saya pun tak suka tengok orang jemur pakaian caca-merba, suka sistematik…nmpk cantik tersusun..hehe..
saya tak kisah tuan..yang penting kering ..
cuma pada pandangan orang lain memang menyakitkan jika menyidai pakaian secara cincai
Duh, ternyata banyak yg alasannya enggak masuk akal ya…
biasa la tu…
adat dunia.
bila dah tak suka apa saja boleh jadi alasannya
kalau diikutkan alasan remeh ni semua boleh dibawa berbincang. tapi kalau hati dah nekad nak bercerai tak perlu apa alasan pon boleh bercerai juga sebenarnya kan.
zara recently posted…Masalah Hormon Tidak Seimbang Dan Simptom Yang Patut Anda Ketahui
apapun itulah suratan dan takdir Allah.
kita sebagai manusia cuma merancang dan hanya Allah sahaja yang menentukan..
sebab perceraian adalah berkaitan dengan jodoh manusia
Nampak remeh temeh je kan alasan bercerai tu semua. Tapi hakikatnya itulah yang sedang terjadi..bila dgr sharing drp rakan peguam syarie, dunia sekarang semua mustahil utk terjadi.
tulah yang menjadi masalahnya..
minta-minta kita dijauhkan dari perkara sedemikian rupa
kalau kita berkahwin KERANA ALLAH, insya allah masalah sebegini hanyalah rencah hidup alam perkahwinan…
tiada satupun perkahwinan yang tidak dilanda masalah..
cuma besar atau kecil sahaja lagi
penceraiaan adalah soal hati..
jika hati salah seorang pasangan sudah tawar dan tiada lagi maka kepentingan anak-anak tidak akan diperduli..
yang kesian memang anak-anak yang masih kecil..
mereka perlu kasih sayang kedua belah ibu dan ayah mereka.
basuh baju malam malam? mungkin juga ini adalah famili susah yang tak mampu nak beli mesin basuh. persoalannya knp basuh tgh malam?
nikkhazami recently posted…10 Filem Terbaik 2018
sebab siang sibuk …
biasanya kerja rumah adalah kerja yang tidak pernah habis