Zikir harian ini antara paling mudah dan paling senang untuk dihafal. Saya yakin pembaca ramai yang sudah berjaya menghafal dan suka mengamalkan dalam kehidupan.
Subhanallah Wa Bihamdihi (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya)
Cuma ramai yang tak mampu untuk beramal kerana tidak tahu apa fadilat disebalik zikir harian tersebut. Mungkin kesibukan masa dengan urusan dunia yang tidak pernah kunjung habis.
Saya tak kata orang lain. Saya sendiri la tu. Mengaku sendiri salah lebih baik daripada mengata orang lain yang salah.
Namun begitu, zikir tidak semesti atas sejadah atau semasa dalam masjid semata-mata. Zikir boleh dilakukan dimana-mana sahaja.
Zikir harian yang mudah hafal
Semasa dalam tandas berzikir tidak dilarangf. Jika ingin juga berzikir boleh sahaja dalam hati.
Saya petik dengan ayat al Quran berikut :
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “…dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Israa’, ayat 44)
Saya juga merujuk zikir harian yang paling mudah ini bersandarkan empat hadis berikut. Sudah semestinya saya menyakini akan kebenaran hadis tersebut.
1)Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa mengucapkan subhanallah wa bihamdihi seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut.” (HR Muslim dan Tirmidzi)
2) Ibnu Umar ra meriwayatkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw berkata kepada para sahabatnya, “Ucapkanlah subhanallah wa bihamdihi sebanyak seratus kali. Barangsiapa mengucapkannya satu kali maka tertulis baginya sepuluh kebaikan, barangsiapa mengucapkannya sepuluh kali maka tertulis baginya seratus kebaikan, barangsiapa mengucapkannya seratus kali maka tertulis baginya seribu kebaikan, barangsiapa menambahnya maka Allah pun akan menambahnya, dan barangsiapa memohon ampun, niscaya Allah akan mengampuninya.”
3)Diriwayatkan dari Abi Dzar. Rasulullah pernah ditanya, “Perkataan apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Yang dipilih oleh Allah bagi para malaikat dan hamba-hamba-Nya, yaitu subhanallah wa bihamdihi (Mahasuci Allah dengan segala puji bagi-Nya).” (HR Muslim).
4)Dalam musnad Imam Ahmad diceritakan bahwa ketika menjelang kewafatan Rasulullah saw, Beliau memanggil puterinya dan berkata, “Aku perintahkan engkau agar selalu mengucapkan subhanallah wa bihamdihi, kerana kalimat tersebut merupakan doa seluruh makhluk dan dengan kalimat itulah semua makhluk mendapat limpahan rezeki.”
Sudah jelas daripada hadis itu bahawa zikir tersebut boleh menghapuskan dosa dan boleh melancarkan rezeki.
Mungkin kita tidak sedar selama ini kerana masih tebal dengan dosa maka menjadi perisai .
Sifat rezeki yang luas dan melimpah ruah telah kita halang menggunakan perisai tersebut.
Rezeki tidak sampai. Yang ada cuma sedikit sahaja dan seolah-olah tidak mencukupi. Kita pun bekerja siang dan malam dengan gigih sekali. Ibadah seperti solat berjemaah dan awal waktu serta di masjid kita ketepikan.
Lagipun kita sudah faham bekerja juga ibadah.
Akhirnya kita dikurung dan dilapisi dosa-dosa yang semakin hari semakin tebal.Solat pula ala kadar dan tahap konsentrasi yang tidak sepatutnya. Hidup kita semakin kacau dan huru hara. Inilah realiti dunia hari ini.
Sebab itulah kita perlu fokus untuk mengurangkan dosa seminimum yang boleh.Kurangnya dosa ini sangat hebat dan luarbiasa kesannya. Sudah tentu melibatkan soal rezeki.
Rezeki akan bertambah luas. Malah lebih nampak keberkatannya. Doa akan terangkat dan makhbul. Hati lebih tenang dan lapang.
Zikir harian ini boleh kita amal sedaya upaya. Usahakan paling minimana 100 kali sehari. Jika nak buat lebih lagi baik.Ia terpulang kepada kemampuan dan kerelaan masing-masing.
Untuk lebih percaya dan yakin dengan apa yang saya kongsikan ini, saya sertakan juga video oleh Ustaz Wadi Annuar
- kemas kini 19/8/22
Alangkah indahnya andai mulut ini dibasahi dengan zikir, tapi manusia sentiasa nampak indahnya dunia sampai lupa bekalan untuk akhirat sana.
ya..
bro sangat indah.
lebih indah lagi bila dapat kesan positif
Terima kasih bro
Sama-sama Zumal
Leka ngan dunia…zikir yg mudah pun susah nk buat….insaflah….
Introducer current acc recently posted…New Approval of maybank business current account of EDAYU EMPIRE from kelantan.
TQ sebab kongsi zikir ini, biasa baca cuma kadang kita terlupa…
cukupkan 100 sehari sangat memadai..
lagipun ia sangat pendek juga dan masa mungkin dalam 5 minit sudah habis
insya allah mama akan amalkan. mmg byk fadilatnya
itulah yang sebaiknya..
mudah dan senang sahaja tu
Kna start semula ni…jom zikir…insyaAllah…
Loan business enterprise 2019 recently posted…PINJAMAN PERIBADI STANDARD CHARTED BANK HINGGA 250K UNTUK PERNIAGA DAN KAKITANGAN SWASTA.
alhamdulillah..
mulakan dengan perlahan-lahan agar konsisten
sikit tambahan dalam zikir di atas:
subhanallahil ‘azimi wabihamdih
kata ustaz don, kalau zikir ni dibaca lps solat subuh, semua makhluk termasuk yg x bernyawa (bangunan, dinding) mendoakan utk kita spnjg hari
wallahu ‘alam
ya memang ada..
ada dalam hadis yang lain dan saya kongsikan hanya hadis yang membicara Subahanallah wa bihamdihi sahaja
terima kasih awak..bagi cadangan hehehe
Thanks sharing. Moga menjadi amalan kita dan istiqomah juga untuk buat.
aamiin..
semoga kita ada kekuatan untuk beramal
lama tak letak jejak kat sini en hanafi sekarang blognya semakin menarik terimakasih atas perkongsian ini
jalan dan makan recently posted…cara membuat ayam betutu semua bisa bikin
ye ke Mas..
blog saya masih kekalkan theme dan layout..
apa-apapun terima kasih
Mmg wajib amalkan zikir ni tapi tu la kan kita sentiasa lalai dan leka dgn urusan duniawi tanpa memikirkan bekalan untuk di sana nanti…
tulah…
boleh praktik sedikit demi sedikt..
buat secara istiqamah akan ada kesannya
nampak mudah tapi sukar nak konsisten buat
inilah cabaran bagi semua orang..
yang susah lagilah payah nak buat
Terima kasih berkongsi. Saya pun ada cuba amal ini sebagai zikir harian, walaupun pendek, tetapi berat untuk diamal.
Naziman Azlye recently posted…Antara Bisnes Air Balang VS Bisnes Home Tuition
ramai kata begitu..
malah zikir ini amat berat timbanngannya di akhirat
btul tu…kdg kdg terlalu leka dengan urusan harian….thanks atas ingatan….
sama-sama.
moga menjadi peringkatan kepada semua orang termasuk saya sendiri..
saya lagi la bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis..
terima kasih tuan…insya’Allah akan cuba mengamalkannya tiap masa dan ketika…
boleh tetapkan masa supaya senang istiqamah
misalnya selepas solat subuh atau selepas solat isyak