Apa itu mindfulness ? Menurut pemahaman awam, mindfulness merujuk kepada tahap kekhusyukan, fokus dan sedar dengan apa yang dibuat ketika itu.
Minda kita ini sangat aktif.
Minda boleh terbang melayang-layang ke zaman silam.
Minda boleh menembus keadaan masa depan dalam sekelip mata.
Sudah pasti minda boleh berada pada keadaan sekarang atau mindfulness.
Apa itu mindfulness
Mindfulness ialah the basic human ability to be fully present, aware of where we are and what we’re doing, and not overly reactive or overwhelmed by what’s going on around us.
Bagaimana untuk menguji mindfulness ?
Bagi orang Islam mudah saja.
Perhati dan rasakan ketika mengerjakan solat.
Kalau kalian dapat fokus dan khusyuk solat dari awal sehingga akhir maka kalian berada dalam mindfulness yang terbaik.
Jika sebaliknya, maka belum berjaya untuk berada pada tahap mindfulness.
Setakat ini adakah keadaan mindfulness itu mudah atau sukar.
Sejujurnya memang sukar.
Namun jangan khuatir kerana artikel ini akan menyajikan cara untuk kita berada mindfulness tahap terbaik.
Paling tidak pun akan berada pada 50 peratus lebih baik daripada sebelumnya.
Jom kita teruskan pengembaraan yang menarik ini.
1.Kaedah meditasi
Meditasi sangat sinonim dengan ajaran agama Buddha.
Para sami melakukan meditasi dalam urusan spiritual mereka.
Namun bagi mereka yang kurang selesa dan was-was dengan meditasi boleh abaikan kaedah ini.
Sudah tentu ada kaedah lain untuk mendapat mindfulness selain meditasi.
2.Kaedah berjalan kaki
Berjalan kaki merupakan riadah yang sangat bagus untuk kesihatan fizikal dan mental.
Semasa berjalan kaki, minda separa sedar akan berfungsi dengan lebih baik.
Minda sedar pula diaktifkan dengan sebaiknya.
Semasa berjalan kaki, cuba lihat sekeliling, rasakan keadaan persekitaran dan fokus dengan pergerakan kaki.
Perhatikan tumbuhan hijau atau langit yang membiru.
3. Kaedah Youtube
Mengapa Youtube ?
Sebab ilmu dan informasi berkaitan mindfulness mudah difahami dengan menonton video.
Mrhanafi sudah sertakan beberapa video yang berkaitan untuk rujukan kita bersama.
Kesimpulan
Mrhanafi berharap agar artikel ini boleh menjawab apa itu mindfulness dan apakah kebaikan serta manfaat mempunyai minda mindfulness ?
Sudah tentu untuk dapat khusyuk solat dan kesan dari solat yang sedemikian memberi rasa tenang yang luar biasa.
Dengan ketenangan begini menjadikan kehidupan kita lebih baik dan lebih bermakna dari hari ke sehari.
Pendek kata, dunia dapat dan akhirat juga dapat.
Jom kita semua belajar menjadi orang yang mindfulness yang paling sempurna, hebat dan luar biasa.
Kalau bukan sekarang bila lagi ?
Apa macam…deal ?
Oooo… uncle pernah dengar mind emptiness je….
TQ share
sekaranglha masa untuk kita praktik uncle
Tq atas perkongsiannya.
In shaa Allah cuba untuk dijadikan amalan lepas ni.
ya…sama-sama kita belajar
terima kasih untuk perkongsian min. Kadang kita solat tapi otak fikir mcm2 payah jugak tu kan
Itu sebab perlu latih minda agar berada dalam keadaan mindfulness
ooo ya ke? dgn tonton Youtube je boleh?
tapi yelah…. ada org khusyuk bila tgk youtube/tv sampai panggil pun tak dengar hehehhe
menonton Youtube juga cara melatuh mnindfulness hehehe
Masa bekerja dulu saya sgt susah nak be mindful / in the present. Terlalu byk masalah kerja / deadline etc. Yg menyebabkan otak saya tak boleh fokus pada present moment. Bila solat pun kena paksa minda utk fokus dgn mengingati terjemahan bacaan dalam solat sbb jika tak, mesti akan terbayang kerja yang bersusun2 perlu disiapkan.
harap sekarang sudah okay…minda perlu juga dilatih untuk duduk diam dan jangan merayau-rayau