Kejayaan dalam kehidupan ini bersandarkan kepada keupayaan untuk urus perkara ini dengan baik. Jika berjaya maka kehidupan jadi terbaik.
Apakah perkara tersebut ?
Sebelum pergi ke topiknya, mrhanafi nak pusing-pusing dulu hehehe.
Baru-baru ini mrhanafi terbaca satu artikel menarik.
Kisah seorang lelaki di US yang dibayar RM80 ribu dalam masa sejam untuk menukar mentol pada tiang setinggi 1,500 kaki.
Pekerjaannya cuma enam bulan sekali.
Adakah ini termasuk dalam kategori kejayaan dalam kehidupan.
Tepuk kepala dan tanya minda.
Mungkin ada yang stress dan gayat dengan pekerjaan begitu rupa.
Jika stress lebih baik menulis.
Percayalah menulis sebagai terapi diri yang terbukti berkesan.
Jemput baca artikel tersebut jika belum berbuat demikian.
Menulis berdasarkan pendapat sendiri umpama nota peribadi.
Apabila ditulis boleh diingati.
Apabila diingati boleh difahami.
Apabila sudah difahami maka wajar untuk dihayati agar menjadi budaya mengakar umbi dalam diri.
Wah! , terikut-ikut dengan permainan bahasa sebagai mana buku Menulis Dari Hati Biar Sampai Ke Hati hasil tulisan Tuan Pahrol, Tuan Hasrizal dan Tuan Zamri.
Kita kembali ke pangkal jalan.
Mrhanafi akan kongsikan perkara yang diurus dengan baik akan menjadikan kehidupan kita terbaik.
Jom…jom…jom saya kongsikan bersama.
Kejayaan dalam kehidupan
1.Pengurusan masa
Masa adalah nyawa.
Ramai juga yang kata, masa itu emas atau intan berlian.
Namun bagi mrhanafi masa adalah detik atau nyawa yang sangat berharga.
Apabila sudah pergi mana mungkin datang kembali.
Contoh..
Kalian sudah berumur 40 tahun dan mana mungkin boleh kembali berumur 20 tahun.
Rupa dan angka boleh didusta.
Tetapi realiti tetap juga umur 40 tahun dan sekiranya ajal ditetapkan 60 tahun maka masa untuk bernafas berbaki 20 tahun lagi.
Jika masa diurus dan dirancang dengan baik, rutin harian jadi mudah dan tersusun.
Baik masa bekerja, berehat dan beribadat.
Urus masa dengan baik maka mengurangkan urusan tertangguh lebih banyak.
Masa diakui amat berpantas berlaku.
Tidak terkejar oleh kita.
Penggunaan masa yang optimum adalah sasaran terbaik.
Ketirisan masa yang sengaja amat menyedihkan.
Inilah kegusaran dan pesanan buat mrhanafi sendiri.
Sebab itu urus masa sebaik mungkin agar kualiti hidup kita menghampiri kesempurnaan.
2.Pengurusan kewangan
Wang adalah raja atau ‘money is king’ merupakan perumpamaan yang tidak asing lagi buat semua.
Benar, wang yang banyak memudahkan kehidupan dan memberi banyak pilihan.
Tapi kesilapan mengurus wang memberi impak yang mudarat pada kini dan masa akan datang.
Wang sentiasa dekat dengan emosi.
Apabila ada wang, tentu ada godaan dan getaran emosi untuk membelanjakan wang tersebut.
Itu lumrah dan hampir semua boleh tewas dengan godaan ini.
Betul tak ?
Bukan tidak boleh berbelanja wang sendiri tetapi berbelanjalah dengan amalan pengurusan pendapatan yang inklusif
Wang bagi mrhanafi seperti pisau belati.
Jika digunakan dengan cara betul, banyak manfaat yang diperolehi.
Jika kurang betul maka merana diri sebagai ganti.
Mana tidaknya berlaku senario, perbelanjaan melebihi pendapatan.
Belum cukup bulan gaji sudah habis licin tanpa berbekas.
Krisis kewangan begini boleh ditangani dengan cara urus wang dengan bijak, celik dan cermat.
3.Pengurusan fikiran
Pernah tak kalian dengar pakar motivasi meratib kata-kata hikmah ini.
Selalulah berfikiran positif untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.
Orang berfikiran positif menarik perkara positif dalam hidup mereka.
Perkara ini bukan main-main.
Memang betul kerana mereka yang berjaya urus fikiran akan mencapai apa yang yang mereka inginkan dalam hidup ini.
Buku motivasi klasik seperti Think and Grow Rich tulisan Napoleon Hill ada bercerita tentang fikiran.
Uruskan fikiran agar terus fokus untuk mencapai matlamat.
Bukan perkara mudah tetapi bukan juga terlalu sukar.
Percayalah setiap individu ada potensi tersendiri.
Mereka ada aset yakni fikiran.
Sesiapa yang boleh dan berupaya mengurus fikiran dengan betul maka kejayaan bakal berada dalam tangan.
Misalnya ubah fikiran bisa mengubah kehidupan
Mrhanafi melihat bukti sendiri.
Lihat kepada PM10 kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya merealisasikan impiannya.
Bayangkan beliau sudah menyimpan hasrat dan berusaha sedaya untuk menjadi Perdana Menteri sejak 40 tahun yang lalu.
Tempoh ini sangat panjang dan tidak semua sanggup menunggu kejayaan tersebut.
Namun beliau kekal dan istiqamah dengan pemikiran untuk menjadi Perdana Menteri maka akhirnya tercapai juga.
Itulah hebatnya orang yang boleh mengurus pemikiran dengan terbaik.
Kesimpulan
Berusahalah untuk urus masa, wang dan pemikiran sehabis baik agar dapat kejayaan dalam kehidupan
Imbalan kejayaan sudah pasti dan kita cuma perlu menunggu masa untuk menikmati nanti.
Sekian, semoga ada manfaatnya dan jangan lupa untuk terus baca tentang wanita dan kopi
Terima kasih MrHanafi atas perkongsiannya..
Sangat2 bermanfaat.. 😉
sama-sama
moga kita bsemua dapat manfaatnya
Ada baca jugak pasang pekerja tukar mentol tu. Kerja dua kali setahun dah dapat 160K..seronokla
cuma tidak semua ada peluang untuk mendapat pekerjaan sedemikian rupa
kena ada duit & kewarasan hehehe
anamizu recently posted…Ni Untuk Abah
ramai juga yang bila ada banyak duit…sudah nak waras dalam bab berbelanja hehehe..macam saya sendiri
Setuju. Masa yang dah pergi takkan kembali. Nikmatilah masa yang ada dengan apa sahaja yang mendatangkan manfaat buat diri. Pengurusan kewangan dan fikiran juga penting. Takde duit orang boleh jadi kusut, berlebih duit juga orang akan jadi takut, susah hati.
yelah kan….sebab itu urus tiga perkara persebut dengan bijak
pernah sy baca komen yg mengatakan, pengurusan kewangan ni, org kaya je yg buat. kita yg biasa2 ni tak payahlah beria sgt hahahaha
hakikatnya pengurusan kewangan yg baik bukan kira kaya miskin. ia lebih kpd disiplin diri. begitu juga dengan pengurusan masa dan mengawal emosi.
sebab tulah orang tak kaya-kaya kerana pengurusan kewangan belum tip top lagi hehehe
orang kaya ada yang bermula dengan orang miskin dan mereka berjaya mengubah keadaan tersebut
kannn…
uya…betul tu
Kelemahan uncle adalah nombor…. errrr….
1, 2 dan 3… hehehehe
hahhaa…itu adalah perkara biasa