Amalan pengurusan pendapatan yang inklusif ini sangat mudah secara teorinya. Namun secara praktikal tidaklah semudah yang difikirkan.
Bagaimanapun, jika nak berjaya dan kaya dalam hidup ini….ikut saja petua orang lama-lama.
Alah tegal alah bisa.
Apalagi jom kita belajar bagaimana amalan pengurusan pendapatan yang inklusif ini.
Sebelum itu inklusif membawa maksud menyeluruh.
Mrhanafi perolehi ilmu tersebut dalam sebuah buku bertajuk ‘Nak Kaya Seribu Daya’ hasil tulisan Puan Marlia Ramli.
Menurut beliau amalan pengurusan pendapatan ini boleh dijadikan panduan yang sangat berguna termasuk mrhanafi sendiri.
Amalan pengurusan pendapatan
1.Simpanan 15 peratus
Dalam artikel Pelajari 3 tabiat orang kaya yang orang biasa tak sanggup buat mrhanafi ada sentuh tentang perkara tersebut.
Boleh baca jika belum berbuat demikian.
Sebaik saja perolehi pendapatan baik dari gaji atau perniagaan, bayar kepada diri sendiri terlebih dahulu.
Jumlah yang disarankan dalam 15 peratus.
Jika belum mampu boleh bermula dengan 10 peratus.
Menurut Puan Marlia, beliau berjaya menabung 15 peratus sejak dari upah pertama kerjaya beliau sebagai juru jual ketika itu.
Bayangkan kekuatan nekad dan tekad Puan Marlia untuk menabung dan menyimpan pendapatan.
Mrhanafi bagi contoh pengiraan mudah.
Katakan kalian ada pendapatan RM1000 sebulan.
Simpan 15 peratus bersamaan RM150.
Baki pendapatan yang ada ialah RM850.
2.Perlindungan takaful 10 peratus
Mengapa perlu takaful atau insuran hayat ?
Boleh baca Mengapa Takaful Jadi Keperluan Wajib ?
Dalam artikel tersebut mrhanafi sudah jelaskan secara terperinci kepentingan mencarum dalam takaful.
Kita ambil pengiraan mudah.
Katakan ada pendapatan RM1000.
Sebanyak RM100 boleh digunakan caruman takaful agar ketenangan fikiran boleh dicapai jika berlaku perkara yang tidak diingini.
Baki yang ada kini adalah RM750.
3.Ansuran rumah 25 peratus
Tempat tinggal atau rumah adalah keperluan asas yang mendesak.
Ada insan yang kurang mampu menyediakan keperluan asas ini .
Mereka terpaksa hidup bawah jambatan, gelandangan dan sebagainya.
Mahu atau tidak perbelanjaan untuk rumah mesti disediakan sekitar 25 peratus sehingga 35 peratus.
Bayar rumah sendiri lagi baik berbanding rumah sewa.
Kalau ada rumah pusaka yang tiada pertikaian, kira bonus hehehe.
Contoh pengiraan mudah dalam pengurusan pendapatan ini.
Sekiranya pendapatan RM1000 maka belanja untuk ansuran rumah ialah RM250.
Baki tunai dalam tangan setakat ini ialah RM500.
4. Ansuran kereta 15 peratus
Mobiliti adalah keperluan mendesak.
Wajar ada pengangkutan seperti basikal, motosikal, kereta atau jet peribadi ( hehehe).
Paling tidakpun menggunakan perkhidmatan awam.
Katakan kalian ada kereta yang termurah dan bayaran bulanan cuma RM150 sebulan.
Kini aliran tunai selepas tolak ansuran kereta dalam RM350.
Perlu juga ingat, kalian boleh dapat kereta percuma sekira tahu rahsia seperti dalam artikel Ejen berjaya dapat kereta percuma Volten International.
Bahagia sungguh kalau pandu kereta percuma tanpa perlu komitmen bulanan.
5.Makan minum 30 peratus
Ada orang kata hidup untuk makan.
Ada juga yang pertikai makan untuk hidup.
Tak usah berbalah dalam hal remeh begini.
Perkara terpenting makan dari sumber makanan yang berkhasiat, seimbang dan halal.
Sedap tapi tidak sihat tidak ada maknanya.
Sebab itu peruntukan belanja makan dan minum dalam 30 peratus sahaja.
Jika pendapatan RM1000 maka belanja untuk perkara makan dan minum cuma RM300 sahaja.
Kini wang tunai yang ada dalam tangan RM50 sahaja.
6.Lain-lain 5 peratus
Ini termasuk wang petrol, bil utiliti, telekomunikasi dan sedekah.
Kalau ada RM1000 tentulah RM50 sahaja untuk segala keperluan lain-lain.
Kini sudah genap dan lengkap pecahan pendapatan bulanan kalian.
Logik akal, mana cukup sekadar 5 peratus sahaja.
Tapi kalau pendapatan RM100,000 sebulan tentu tidak timbul persoalan tidak cukup .
Biarpun hanya lima peratus sahaja.
Kesimpulan
Analan pengurusan pendapatan ini ternyata sukar untuk kebanyakan orang.
Sukar atau mudah itulah realiti yang bakal kita hadapi masa kini.
Penyelesaian terbaik berbelanjalah dengan berhemah dan bijaklah mencari pendapatan tambahan.
Berjimat itu sakit dan perit.
Mencari pendapatan tambahan juga sukar dan mencabar.
Itulah erti kehidupan kepada golongan marhaen.
Jika tidak mahu hidup kekal sebagai golongan marhaen jomlah berubah dan kita boleh mengubahnya.
Pengurusan wang memang penting.
sangat penting sehingga tiada ruang untuk menafikan hal tersebut
calculator legend HP tu wak penah pakai dulu2 masa study., huhu payah nk mampus gunanya., ;p
tak pelah wak..hanya tinggal kenangan jer hehehe
rasanya saya dah amalkan tips yg diberikan ni. menyimpan dlm pelbagai instrumen spt TH, ASB, unit trust, emas dsb.
abam kie recently posted…Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia dan Saluran TV
wah…terbaik la Abam Kie
Moga kelal istiqamah
alhamdulillah ada yg sy ikut ada yg tak. tp skrg syukur sgt duit byr kereta dah habis. cuma tu laa byr maintenance pulak yg kn simpan sbb service setiap 3 bulan
kalau keta habis bayar…itu memang terbaik..
usahakan untuk menyimpan lebih banyak
insya allah… cuma dugaan menabung tu fuhhhh x kental mmg boleh rebah😁
sebab itu menabung dengan jumlah yang sedikit lebih baik daripada tiada langsung
tips yang berfaedah….
Thank you for sharing
sama-sama…
semoga ia bermanfaat untuk kita semua