Sudah pasti tabiat orang kaya berbeza dengan orang biasa. Perbezaan ini jelas. Ia menyebabkan orang kaya terus kaya manakala orang biasa menjadi semakin miskin.
Naubillah min zalik
Moga menjadi pengajaran dan pedoman buat kita semua.
Table of Contents
Apakah tiga tabiat orang kaya tersebut ?
Realitinya bukan hanya tiga tetapi berpuluh bahkan ada beratus lagi perbezaan jika terus diselongkar satu persatu.
Kuasai tiga tabiat ini dulu sebelum pergi lebih jauh.
Pertama: Rekod aliran kewangan
Tabiat orang kaya merekod aliran kewangan setiap hari.
Wang yang masuk dan wang yang keluar ditulis atau dicatat.
Tabiat ini menjadikan kita sentiasa sedar ke mana wang dibelanjakan.
Malah boleh elakkan ketirisan dan kebocoran yang tidak sepatutnya.
Perbelanjaan pula boleh dinilai sama ada berbentuk keperluan atau kehendak.
Keperluan pula boleh jadi mendesak atau boleh juga sekadar perlu.
Jika kalian teliti tabiat ini maka perbelanjaan jauh berhemah dan berbaloi boleh diaplikasi.
Kedua : Bayar diri sendiri
Orang kaya meletakkan keutamaan untuk membayar diri sendiri dengan menyimpan dan melabur di instrument kewangan yang selamat.
Peruntukan paling minimum 10 peratus daripada pendapatan untuk membayar diri sendiri.
Lagi besar maka lagi baik untuk mengisi tabung simpanan dalam usaha membayar diri sendiri.
Mereka ada pelbagai tabung seperti tabung kecemasan, tabung pelaburan serta tabung pesaraan.
Bayar kepada diri sendiri tidak sama dengan istilah self reward.
Istilah tersebut jauh menyimpang dalam konteks perbincangan kali ini.
Jika kita perhatikan tabiat orang biasa, mereka suka berbelanja dulu dan kemudian menyimpan.
Masalahnya sebelum ada baki untuk disimpan, wang tersebut akan habis begitu sahaja.
Lama-kelamaan dengan sikap suka berbelanja wang tidak berbaki dan simpanan pulak entah kemana.
Senario terburuk dalam status aliran kewangan seseorng ketika alami defisit pendapatan.
Jumlah pendapatan yang masuk kecil tetapi jumlah perbelanjaan yang keluar besar.
Bahasa mudahnya sentiasa pokai, kering poket dan gali lubang dan tutup lubang.
Sampai bila kehidupan kita diselubungi misteri ini ?
Untuk mengelakkannya contohi tabiat orang kaya dengan membayar diri sendiri dulu sebelum berbelanja atau membayar apa jua komitmen wajib setiap bulan.
Kalian boleh melakukan dengan nekad dan tekad yang kuat.
Jika tidak boleh, bersedialah membayar harga kehidupan pada tahap biasa-biasa sahaja.
Ketiga : Menambahkan sumber pendapatan
Orang kaya terus ligat mencari ruang dan peluang untuk menambah pendapatan mereka.
Jika sebelumnya dapat RM100K sebulan, sudah tentu mereka akan menambahkan pendapatan kepada RM150K sebulan.
Peningkatan pendapatan dari tahun ke tahun membawa mereka ke tahap kekayaan yang lebih besar dan stabil.
Sumber pendapatan orang kaya dari pelbagai tempat seperti pelaburan, emas, hartanah, bisnes netcommerce, royalti dan sebagainya.
Bagaimana pula dengan tabiat orang biasa dan orang miskin.
Sudah pasti mereka berpuas hati dan berhenti dari menambah pendapatan.
Perlu kita ingat kadar inflasi dan kos hidup yang semtiasa melambung menyukarkan golongan ini untuk meneruskan kesinambungan kehidupan yang lebih baik.
Ada banyak cara untuk menambah pendapatan.
Saranan orang kaya tentulah beralih ke bisnes netcommerce.
Cuba dulu dan lepas cuba pasti mahu..
Kesimpulan
Tabiat orang kaya yang dikongsikan di atas wajar dicontohi oleh orang biasa.
Semoga orang biasa yang istiqamah dan bersungguh-sungguh menukar tabiat bakal beroleh kehidupan orang kaya.
Percayalah, usaha tidak pernah membohongi atau mencurangi kejayaan untuk jadi orang kaya.
Sebagai inspirasi terakhir jomlah pakat ramai-ramai untuk membaca Kisah Rehan buat amalan jutawan Malaysia atau tonton sahaja video di bawah :
Yang baik boleh diikuti, yang tak baik kita tengok sahajalah dari jauh.
SR recently posted…Aiskrim Perisa Coklat Veri
biasanya yang baik banyak dan senang diikuti hehehe
bayar utk diri sendiri tu mesti ramai yg salah tafsir. jauh sebenarnya maksud self reward dengan bayar untuk diri sendiri dalam perkara ni…
kan….bagaimana pun self reward juga penting
cuma lebih penting bersyukur apa yang ada..
self reward mmg penting. siapa lg nak syg diri sendiri kalau bukan kita?
betul tu…sayangi diri sendiri dulu sebelum menyayangi diri orang lain
dari kami kecil, sejak elementary school papa selalu mengajarkan untuk mencatat Semua expenses dari uang saku yang kami terima. di akhir bulan papa bakal cek catatan kami, apa udah sesuai dengan uang yang beliau kasih, apakah ada lebihnya, atau habis. kalo sampe minus, berarti ada yg salah dalam pengelolaan 🤣. makanya saya terbiasa sampai skr mencatat apapun pengeluaran saya.
kalo tentang membelanjakan diri sendiri itu juga sama. saya prefer kumpulkan dulu uangnya, baru beli barangnya. ga enak kalo sampai berhutang hanya utk membeli sesuatu.
satu lagi untuk urusan bisnis, saya ga melihat apakah yg membeli barang saya saudara, teman, pembeli biasa atau bahkan saya sendiri yg beli.
tiap pergi ke bakery shops milik keluarga saya, saya selalu bayar apa yg saya ambil, ga mau ambil secara gratis. Krn biar bagaimanapun itu jualan. jangan mentang2 saya yg punya trus saya ga bayar. bangkrut yg ada 😄. anak saya mengambil sesuatu, itupun akan saya bayar.
Alhamdulillah….awak diberi kemahiran dan ilmu yang sangat berguna…
sebaiknya begitulah cara yang betul untuk membeli atau mendapatkan barang-barang jualan keluarga sendiri
patutlah uncle tak kaya… uncle takde tabiat tu… hehehe
tak pelah ucle…janji happy jer hehehe
Kena ada tabung simpanan utk kecemasan , keperluan diri tu semua.
itulah intipati artikel ini..
ajak kita semua ada simpanan walaupun sedikit
Ada catat perbelanjaan dan pendapatan tapi kadang-kadang tertinggal.
kalau boleh istiqamah…wang sendiri maka sendiri rekodkan hehehe
Yang baik kita follow. Ikut setara kemampuan kita pun alhamdulillah.
Follow satu atau dua pun ok jer hehehe
Terima kasih MrHanafi atas perkongsiannya 😉
Salina@IbuAqil recently posted…Cawan Yang Mengulik Kenangan
sama-sama
semoga ianya memberi banyak manfaat kepada kita semua
semoga memberi manfaat.. kan bagus kalau yg kaya bykkan amalan bersedekah utk lebih murah rezeki
ramai juga orag kaya yang kaut bersedekah
alamak..self reward tu mmg selalu buat..hehe..kena tukar ikut cara orang ado2 buat pengurusan kewangan camni..
boleh jer self reward tapi jangan keterlaluan sehingga menjejaskan peluang untuk membuat simpanan