3 Sebab Orang Kaya Semakin Kaya

Topik orang kaya memang menarik.Tanpa dirancang saya terjumpa live Facebook bersama Irfan Khairi .Ketika itu Irfan Khairi tengah buat live mengapa orang kaya terus kaya.Sudah pasti orang yang sangat layak untuk membicara topik tersebut tentulah Irfan Khairi sendiri.

Beliau adalah insan yang amat dikenali.Tersohor di Malaysia dan di peringkat antarabangsa terutama di Dubai.Sebelum ini pernah mengemparkan negara ini berikutan kejayaan Irfan Khairi menjadi jutawan Internet dalam usia 25 tahun.Kejayaan beliau amat mengujakan.

Kredit: Page Irfan Khairi

Saya masih ingat kerana saya juga berimpian sama seperti beliau.Seharusnya kita semua ada impian untuk kaya, bahagia dan gembira.

Rupanya saya sudah dapat apa yang saya nak.Saya kaya dengan impian, bahagia dengan kehidupan dan gembira dengan apa jua rezeki yang Allah kurniakan.

WAJIB BACA :   Rutin pagi yang menjadikan kita seorang pemenang [siri 4]

Saya pasti pembaca juga sama.Jika sama kita geng orang kaya.

Dalam live Facebooknya Irfan Khairi ada menceritakan pengalaman beliau membeli rumah dan kereta secara tunai.Hidup tanpa hutang dan menikmati kekayaan tanpa berbuat apa-apa lagi.

Bagaimanapun Irfan Khairi tidak lama menikmati kehidupan sedemikian.Sebab beliau rasa ada tanggungjawab murni untuk melihat lebih ramai berjaya dan kaya seperti beliau.

Jadi topik mengapa orang kaya terus menjadi kaya telah Irfran Khairi ceritakan dalam video berikut.Jom layan…

20 thoughts on “3 Sebab Orang Kaya Semakin Kaya”

  1. Menjadi seorang muslim yang mempunyai tingkat kekayaan sendiri banyak memberikan kelebihan jika digunakan pada jalan yang baik. Tidak salah untuk kita meminta dijadikan seorang muslim yang kaya.

    Sedangkan Nabi Sulaiman sendiri memohon doa kepada Allah swt untuk diberikan kekayaan yang tidak ada tandingannya selepas dia sehinggalah ke hari kebangkitan nanti.

    Jika kita semua umat islam mempunyai kekayaan dan mempergunakan kekayaan tersebut seperti sahabat Nabi junjungan kita iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf yang sehingga kini satu-satunya manusia yang telah meninggal dunia tapi masih mempunyai akaun bank dan duit imfaknya setiap bulan masih masuk ke dalam akaun bank tersebut.

    Pokok pangkalnya, bagaimana kita sebagai umat islam mempergunakan kekayaan yang kita miliki untuk membantu dan memajukan lagi umat islam yang lain.

    Terima kasih atas perkongsian tuan. Sangat menarik untuk dibincangkan.
    AhmadiKatu recently posted…Jadi Yang Berguna Bukan Mengguna – Kau TakburMy Profile

    Reply
    • tujuan murni jadi kaya dapat membantu ramai lagi orang yang memerlukan..

      sebab itu kaya bukan untuk disimpan semuanya tetapi digunakan untuk kebaikan.

      semoga kita semua jadi kaya.

      aamiin

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge