Tidur lena adalah keperluan badan untuk berehat setelah bekerja sehari suntuk. Ada yang terlebih tidur dan ada juga kurang tidur. Sebaik-baiknya tidur mencukupi. Anggaran dalam enam jam sehingga lapan jam sehari.
Berapa jam anda tidur terpulang dengan sistem badan masing-masing. Mungkin cukup lima jam. Mungkin boleh dalam enam jam hingga lapan jam. Semuanya terpulang kepada diri sendiri.
Dalam artikel ini saya cuba berkongsi dua petua untuk dapat tidur dengan lena. Jika tidak tidur dengan lena berkemungkinan besar kita akan rasa letih, mengantuk, mood terganggu dan banyak lagi kesan negatif.
Amat penting untuk tidur lena supaya senang untuk bangkit semula pada keesokannya.
Ada dua perkongsian hebat dari dua mentor yang saya kenali. Mereka ini berjaya dan kejayaan mereka boleh dijadikan sumber inspirasi buat semua.
Tuan Zaiwin Kassim
Beliau ialah pengasas di Koperasi Belia Inovatif Sarawak – KOBIS
Secara peribadi saya pernah berjumpa dengan beliau. Seorang yang sangat ceria, humble, hensem dan yang pasti sukses dalam bidangnya.
Tuan Zaiwin Kassim pernah berkongsi cara untuk dapat tidur lena dalam slot live Facebook.
Beliau berpesan sebelum tidur cuba ingat balik tiga kejayaan yang telah kita capai pada hari tersebut. Setelah itu nikmati rasa bersyukur atas kejayaan tersebut sebelum menutup mata untuk tidur.
Dengan berbuat demikian hati dan perasaan kita akan gembira dan puas. Kesannya tidur lebih lena. Boleh cuba amal dan rasai sendiri betapa lenanya kita tidur.
Tuan Afnan Rosli
Saya juga amat mengkagumi figura motivator yang menjadi siulan ramai sekarang ini. Beliau kini menjadi Trainer untuk kelas Online Metamorphosis.
Satu ilmu yang berimpak tinggi yang menjadi asbab ramai follower dan anak muridnya berjaya mendapat keajaiban dalam hidup mereka.
Tuan Afnan Rosli berpesan agar sebelum tidur memberi kemaafan kepada semua orang. Jangan biarkan rasa dendam dan tidak puas hati di bawa ke dalam tidur. Kita hendak tidur dengan hati yang lapang dan tenang.
Menurut beliau jika tidur dengan perasaan negatif akan menarik perkara negatif masuk ke dalam hidup kita sendiri. Sebaik mungkin kita hendak tidur dalam perasaan gembira dan bahagia. Kesannya boleh tidur dalam lena.
Bagi memastikan pembaca yakin apa yang saya kongsikan ini saya sertakan catatan Tuan Afnan dari channel Telegram beliau pada 19 Februari 2019.
TIDUR TANPA DENDAM.
Tidur dengan hati yang tenang, Maafkan semua orang. Sentiasa letak emosi kita di level Happiness, Joy & Bliss.
Kita maafkan orang bukan sebab diri mereka, tapi sebab diri kita. We deserved to be happy, to feels happy.
Menyimpan dendam hanya akan musnah kan diri kita dari dalam. Bila kita tidur dalam keadaan damai, peaceful dan hati yang lapang. Subconscious Mind kita mula program diri kita untuk bahagia.
Tapi kalau kita tidur dalam keadaan marah, dendam, keciwa, sedih. Subconscious Mind kita akan menarik lebih banyak perkara-perkara begitu masuk dalam hidup kita.
Jadi, Maafkan semua orang. Forgive & Forget. Lapang kan hati, dan fikiran.
Yang lain semua kita serahkan pada Allah. Dia tahu yang terbaik. Selamat malam semua.
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist
Penutup
Sebelum kita pergi ke peringkat seterusnya, saya berpendapat amat wajar untuk mencipta kejayaan untuk tidur dengan lena.Tidur dengan lena membolehkan kita berjaya untuk bangun pagi.
Terpulanglah sama ada untuk tujuan solat tahajud, subuh berjemaah dan aktiviti meditasi.
Tidur lena adalah nikmat yang tidak boleh dibeli dengan duit. Bagilah duit sebanyak mana yang kita ada belum tentu dapat tidur dengan lena jika tidak kena dengan caranya.
Jomlah bina kejayaan dengan tidur lena sebelum kita cipta kejayaan lain. Tidur lena adalah pemangkin kepada rasa bahagia, gembira dan tenang.
p/s: Jika setuju jom share agar orang yang kita sayang turut sama tidur lena.
- Kemas kini 9/1/23
Tidur tapi tak lena. ibarat satu nikmat telah ditarik
JMR recently posted…Dapat Duit Tunai Bila Shopping Di Shopback?
ya tuan..
sungguh sayang rasanya kalau jadi begitu
setuju sangat. sebab kita tak tahu sama ada kita mungkin akan meninggal dunia dalam tidur then tak sempat nak minta maaf pada semua org… jd berlapang dada dan maafkan semua org seolah2 itu nafas terakhir kita di dunia ini
anies recently posted…Larian Durian 2019
komen yang menyentak..
kemungkinan memang ada kalau itu tudur yang terakhir..
yaa….maafkan semua orang sebelum tidur..insya’Allah esok pagi bangun dengan hati yang tenang dan damai
alhamdulillah..
memang itu cara terbaik
Alhamdulillah, saya juga amalkan 2 tips tersebut :
1. Syukur dengan perkara-perkara yang best hari ini
2. Maafkan semua orang
Saya amalkan selepas membaca bacaan-bacaan sebelum tidur 😀
terima kasih tuan..
perkongsian yang menarik
Saya lebih suka petua yang pertama. Fikirkan tiga kejayaan yang kita pernah dapat sebelum tidur. Fikirkannya dan mensyukuri nikmat tersebut tahu-tahu je dah tertidur.
Bebas recently posted…Viral Nur Asilah yang hilang
alhamdulillah…
bagus bagus..
lagi ramai yang berjaya lagi indah hidup ini.
Perkongsian yg baik dari insan2 berjaya yg patut kita contohi. Terima kasih atas perkongsian ini tuan.. semoga kita semua sentiasa tidur lena dan terus bertenaga utk terus maju jaya.
hahahaha..
tidur adalah nikmat.
nikmat tidur adalah tidur dengan lena
sangat bermakna artikel ni.. yg penting clearkan hati dulu kan
sepatutnya begitu..
hati yang lapang dan tenang akan memastikan tidur lena
Betul sangat. Tidur Lena membuat tubuh kita sehat. Membuat perasaan tenang, bahagia, dan gembira.
Gerai Toyota recently posted…GERAI TOYOTA SURABAYA – AUTO 2000
itulah ..
tidur yang lena juga menyihatkan badan
Patut la tidur Zumal tak pernah lena
cuba ubah sedikit demi sedikit bro