Gelaran Sugar Daddy dan Sugar Baby sudah pun wujud sejak tahun 1920-an lagi walaupun tidak secara rasmi. Isu ini pernah heboh pada tahun lepas dan kini mula kecoh diperkatakan di beberapa dada akhbar.
Siapa Sugar Daddy ?
Menurut muka depan akhbar Suara Sarawak terbitan 16 Februari 2021 menyatakan Sugar Daddy ialah lelaki yang sudah berusia tetapi mempunyai dompet tebal.
Mereka menawarkan duit dan habuan kepada wanita muda yang sanggup untuk dijadikan persahabatan dan teman hingga ke ranjang.
Sugar daddy bukan lelaki sebarangan. Mereka golongan profesional, usahawan dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Purata pendapatan mereka dalam lingkungan RM150 ribu sebulan. Malah usia sugar daddy dari 35 tahun ke atas.
Siapa pulak sugar baby ?
Mereka merupakan wanita muda yang berusia 23 tahun ke atas. Laporan akhbar Suara Sarawak menyatakan ada terdapat 14,000 pelajar IPT di Malaysia terbabit dengan kegiatan sugar daddy ini.
Sugar baby ini mendapat imbuhan dari Sugar daddy sekitar RM2,500 sebulan. Rasa macam tidak berbaloi. Namun kerana faktor berikut sugar baby sanggup menghadapinya.
Pertama, hutang pinjaman pelajaran yang sukar untuk dilangsaikan.
Kedua, kos sara hidup yang sangat tinggi. Jika tiada wang maka sukar untuk menampung hidup dengan selesa.
Ketiga, kenaikan yuran tuisyen terutama kepada pelajar IPTS. Jika tidak dibayar sukar untuk meneruskan pelajaran.
Keempat, pengaruh gaya hidup yang serba moden dan terkini. Gaya hidup yang trendy memerlukan duit yang banyak.
Kelima, peluang untuk rangkaian sosial. Wanita atau sesiapa sahaja, perlukan hubungan sosial yang lebih luas dan lebih jauh.
Mengikut laporan akhbar tersebut tujuan sebenar sugar daddy mencari sugar baby untuk menjadi pendamping dan boleh memenuhi apa juga permintaan termasuk perkara yang tidak bermoral.
Ada syarat timbal balik. Si lelaki memberi wang dan si wanita tawarkan perkhidmatan.
Rata-rata sugar daddy yang sudah berkahwin dan mereka tidak menjadikan hubungan ini serius. Sebaliknya untuk suka-suka dan berfoya-foya. Adat dunia tiada sesiapa pun yang boleh menafikannya kecuali orang beriman.
Sebagai kesimpulan, sugar daddy tetap mencari sugar baby kerana tujuan sosial dan sebaliknya sugar baby mahukan wang, keseronokan tanpa pedulikan soal maruah maupun akhlak.
Ingat bahawa hubungan begini sangat ditegah dalam Islam. Jangan undang kesengsaraan akhirat demi syurga dunia yang hanya fatamorgana.
no demand no supply…
dlm hal ni, masing2 mengutamakan nafsu. si pompuan nak duit etc. si lelaki nk penuhi nafsunya…tiada bezanya dgn pelacur dan bapak ayam
inilah ragam manusia..
bila meletakkan nafsu melampaui akal
mrk hanya fikir keseronokan bersifat sementara. once dah kena aids, hiv, sifilis, etc baru nk menyesal mmg dah terlambat laa…
anies recently posted…Terima kasih daun keladi blogger kak PI
yalahkan ..mohon kita semua dijauhkan.
Sudah lama inda berkunjung datang. Rindu untuk membaca semda update dari tuan hanafi. Kadang tulisan tuan hanafi ni memberikan saya idea dan input untuk membuat penulisan. Cuma sekarang Saya sangat sibuk dengan penulisan ilmiah. Blog pun dah hampir setahun tak diupdate…doakan saya dapat update dengan penulisan yang lebih menarik dan memberi input positif kepada semua.
AhmadiKatu recently posted…Buat-buat Bodoh | Fahamilah Sendiri
hebat projek tuan ..saya kagum dan terispirasi.
saya ada ditawarkan untuk penulisan ilmiah tetapi saya tolak kerana masih selesa dengan penulisan blog yang santai dan bersahaja.
apa-apapun moga tuan terus sukses dan sihat selalu