Peluang Kedua Mesti Ambik Punya

Peluang Kedua Mesti Ambik Punya…Secara rasminya mrhanafi terjebak lagi dalam bisnes telco.Itupun setelah sekian lama menyepi.Syarikat telco sebelum dah jadi arwah.Orang kata,yang dah pergi tu jangan dikenang lagi.Bukan rezeki dan jodoh tak lama dengan syarikat tersebut.

Orang yang sudi memperkenalkan kepada mrhanafi peluang ini ialah seorang blogger yang tak asing lagi.Beliau ialah Azuan iaitu blogger yang aktif menulis dalam blog myrujukan.com dan beberapa blog yang lain.Orangnya hensem dan mudah mesra dalam online.Secara offline belum pernah jumpa lagi.

peluang kedua.

Entah mengapa hati mrhanafi terbuka pula nak mencuba peluang kedua.Walaupun sebelum ini ada beberapa kawan yang memperkenalkan syarikat telco seperti syarikat T dan syarikat O.Mrhanafi ambik masa beberapa hari juga untuk berfikir.Sebab dah rasa serik dengan kemunculan yang mendadak syarikat B dahulu.Tiba-tiba mendadak pula gulung tikar.

WAJIB BACA :   7 kereta bajet untuk pasangan baharu nikah

Sebelum melangkah jauh mrhanafi bersetuju dengan bro Azuan untuk masuk group WSG.Dalam group ini adminnya memang aktif dan ringan tangan untuk menjawab segala persoalan yang berbangkit.Memandangkan mrhanafi dah ada pengalaman sebelum ini dengan syarikat B maka pelan pemasaran mudah difahami.Tambahan pula terlalu banyak manfaat dan faedah yang bakal dinikmati oleh pengguna syarikat telco ini nanti.

Setelah mendapat kadsim itu maka bermulalah aktiviti promosi mrhanafi.Langkah pertama mrhanafi perlu merasai pengalaman sendiri sebagai pengguna.Mrhanafi keluarkan modal berani mati sebanyak RM50.Harga sebenar ialah RM47.70 termasuk GST.Memandangkan mrhanafi sudi menjadi ahli tajaan Bro Azuan maka kos telah ditanggung oleh beliau.

Kini kadsim telah berada ditangan.Dah pun dimasukkan ke dalam telefon.Mrhanafi nak uji kekuatan signal.Sejujurnya signal di kawasan mrhanafi agak kurang memuaskan iaitu dalam lingkungan E atau 2G.Sebenarnya mrhanafi tak kisah juga kerana nak jadi kadsim ini sebagai talian kedua.Cukup untuk sms dan panggilan suara,Sekiranya nak online mrhanafi masih bergantung harap kepada talian syarikat C yang ada signal 3G (H+)

WAJIB BACA :   Kejayaan Neelofa Artis Wanita Malaysia Terbaik

Mrhanafi telah cuba menghantar sms kepada rakan sekerja menggunakan talian baru.Kos dalam 10 sen persms (jika Friends to Friends lebih rendah).Pada mrhanafi masih dalam kategori standard syarikat telco.Tak akan nak percuma dalam semua perkara.Dah nama bisnes untung kepada syarikat perlu ada.Jika tidak bungkus lagi la jawabnya.

Perkongsian mrhanafi terhadap kadsim terbaharu ini baru sahaja bermula.Mrhanafi cuma berkongsikan bahagian SMS.Hakikat sebenarnya ada banyak lagi.

p/s: Kadsim ini sudah tidak wujud lagi

[Edisi kemaskini 23/11/2019]

Comments 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge