7 kereta bajet untuk pasangan baharu nikah

Dengan keadaan semasa yang mencabar sekarang ini sudah tentu pasangan baharu nikah tercari-cari kereta bajet untuk dibeli.Kereta bajet bermaksud kereta mampu milik.Harga murah dan sesuai dengan kemampuan kewangan golongan B40 dan M40.

Siapa golongan B40 dan M40 ini ?

Menurut portal comparehero.my golongan B40 diklafikasikan mempunyai pendapatan bulanan isi rumah bawah RM4 ribu sebulan manakala golongan M40 pula ada pendapatan isi rumah bawah RM10 sebulan.

Pendapatan isi rumah atas RM10 ribu sebulan sudah berada di kelas T20.Namun angka ini bisa berubah dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2020 berkemungkinan golongan M40 akan jatuh anak tangga menjadi golongan B40 pula akibat kemelesetan ekonomi sekarang ini.

Ekonomi dijangka merundum akibat virus Covid-19 melanda dunia sejak Disember 2019 lagi.Kesannya terpukul teruk kepada golongan B40.

Kita tinggalkan cerita kasta masyarakat moden di situ.Elok saya teruskan semula ke topik yang betul-betul baik punya.

Dulu memilki kereta satu pilihan.Sekarang menjadi keperluan kepada mereka yang baharu nikah.

Tak kisah la nikah online atau nikah cara biasa.Yang penting akad nikahnya sah.Perkahwinan pula berkat yang membawa kepada sakinah ma waddah wa rahmah ( macam ustaz la pulak )

Selepas kahwin boleh sahaja menggunakan motosikal atau pengangkutan awam.Tidak salah dan tiada hukuman jika tidak patuh aturan ini.

Namun pergerakan agak terbatas dan kurang praktikal apabila sudah berkeluarga.

Dijangkakan pasangan bernikah akan memiliki anak selepas 9 bulan kemudian.Ada kereta  bajet pasti memudahkan urusan pergi ke klinik atau semasa bawa isteri hendak bersalin di hospital.

Siapa yang sudah berkahwin tau la keadaan tersebut ?

Persoalan ini akan bermain dalam kepala mereka yang belum ada kereta sebelum bernikah.

Lainlah jika sebelum bernikah sudah ada kereta, rumah dan kewangan yang mantap.Namun tidak ramai yang demikian.

Yang ramainya hidup dalam keadaan sangat sederhana.Hanya selepas bernikah baharulah kehidupan mereka mula berubah menjadi jauh lebih baik.

Dalam mengupas isu kereta bajet ini, elok saya serahkan kepada Youtuber hensem kita ini, tuan Nazz Abdullah.

Pengetahuan beliau bukan bishe-bishe tau dalam pemotoran.Ini termasuk soal sewa-beli kenderaan di institusi perbankan.

p/s: Apa lagi jom layan channel tuan Nazz Abdullah tentang 7 kereta bajet untuk pasangan baharu nikah :

5 Ramadan 1441H

2 thoughts on “7 kereta bajet untuk pasangan baharu nikah”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: