Ebit Lew merupakan Ustaz yang popular di Malaysia .Fanpage di Facebook beliau sudah mencecah dua juta pengikut.Bahkan channel Youtube Ustaz Ebit Lew sudah ada 643k subscribers.Video Youtube terkini beliau tentang sabar.
Sabar itu indah.Sabar itu separuh dari iman.Hari-hari saya sebut sabar rasa nak tackle cik Sabariah pulak.(siapa dia saya pun tak tahu hehehe)
Malah sahabat keliling pinggang saya ini selalu doa agar saya terus bersabar menjadi single.Eh lain macam je doa mereka untuk saya.
Hahahaha…saya gurau.!
Perkara sebenarnya semoga saya cepat-cepat bertemu jodoh dan mengucapkan selamat tinggal dunia single.

Aamiin.
Aseyman…dah ada calon ke tu ..hahahaha
Dalam hati sabar jelah…
Saya akur menyebut lafaz sabar tidak semudah kita mengalaminya sendiri.Berat mata memandang berat lagi mata masa mengantuk.
Saya akui, saya juga manusia sama seperti orang lain.Mereka makan nasi.Saya juga makan nasi tetapi beras organik yang rendah kalori.
Saya tidak sabar untuk jadi orang kaya.Boleh hidup selesa.Ada segalanya dan ada kemampuan untuk beli spender baharu.Sekarang musim PKP, kedai jual pakaian belum dibuka lagi.
Mungkin ada yang terlepas pandang kenapa perlu menjadi orang kaya.
Ini sebabnya.Perkara asas untuk jadi kaya supaya ada kemudahan untuk beramal dan bersedekah macam Ustaz Ebit Liew.
Beliau menjadi insan yang sangat merendah diri, pemurah hati dan sanggup menyantuni sesiapa sahaja.Tanpa kira siapa mereka.
Saya tidaklah sehebat beliau.Saya cuma insan biasa yang sudah kepingin untuk makan laksa Johor.
Jujur saya boleh bersabar dengan keadaan diri sendiri.

Tetapi….
Saya tidak tahan sabar melihat orang lain susah dan memerlukan bantuan.Mereka kelaparan, kehausan dan jauh sekali merasa selesa sebagaimana kita sekarang ini.
Sayangnya saya belum berkemampuan untuk membantu mereka melainkan dengan hanya berdoa.
“ Ya Allah kayakan mereka dengan harta benda yang berkat, wang ringgit melimpah ruah, kesihatan yang terbaik dan kaya amal ibadah yang berterusan hingga ke Jannah”
Aamiin.
Dulu pernah saya menangis lihat orang menyelongkar tong sampah.Mereka mencari barang yang boleh dijual sebagai sumber duit demi sesuap nasi.Hidup mereka susah.Hidup mereka sukar.Namun tetap diteruskan juga.
Air mata saya menitis bagaikan hujan di pagi hari.Namun saya coverline.Saya kata ada habuk masuk mata.
Bagaimanakah golongan ini meneruskan kelangsungan hidup mereka sekarang ini ?Lebih-lebih lagi semasa PKP dan musim Covid-19.
Realitinya manusia seluruh dunia sudah tidak sabar untuk menjalani kehidupan seperti dulu.Tak mahu lagi dengan new normal life
Sabar ya.Duduk rumah relax-relax baca blog ini.
Tak lari gunung dikejar.Cuma yang lari orang berhutang apabila ternampak pemiutang.

Sebut tentang hutang saya teringat satu video dalam Tiktok.Ada seorang amoi cun cuba meminjam wang kawan dia.Bila ditanya bila hendak bayar, amoi cun kata tak nak bayar sebab dia nak kawan dia ingat sampai bila-bila.
Saya tersenyum dan ketawa kecil.Orang hensem mana boleh ketawa terbahak-bahak.Hilang seri dan aura pesona diri.
Mukadimah sudah habis.
Perkongsian pada kali ini tentang video terbaharu Ustaz Ebit Lew.Saya faham ramai peminat beliau.Ramai yang baking’beliau ketika isunya tular baru-baru ini.
Cuma saya je tidak ramai peminat.Tak pe.Yang penting saya minat awak dan awak juga minat saya .Cukup syarat kita boleh buat Fun Club.Kelab untuk ketawa berirama dan gelak sakan tak ingat dunia.hehehehe
Ok cukup.
Kita hayati mesej yang cuba disampaikan Ustaz Ebit Lew melalui video sabar seperti di bawah ini.Saya sebak menonton video tersebut sampai air mata bergelinangan tanpa sedar.Hingus pula berlelehan tanpa segan.(just kidding gais)
Jom layan.
7 Ramadan 1441H
memang mengalir macam air hujan lebat yang deras bila tengok video tu dan dengar kata2 ustaz ebit..Allahu…semoga Allah beri balasan yang terbaik buat hamba-hambaNya yang memudahkan urusan orang lain…
sunah sakura recently posted…Resepi Popia Kentang Mudah dan Sedap!
bagus..
boleh cuci mata supaya lebih bersih lagi
UJIAN ALLAH KPD KITA BERBEZA-BEZA SABAR N REDA INSYAA ALLAH
semoga kita terus tabah..hadapi ujian begini
ye, tak semua orang suka dengan apa yg kita buat. pilihannya abaikan aje la yg tak suka tu. bukan mudah nak puaskan hati semua pihak. yang penting kita pegang pada niat.
memang betul..bukan mudah untuk puaskan hati semua orang