Blog Obses Buku Untuk Peminat Buku

Memiliki lebih dari satu blog merupakan perkara biasa bagi seorang blogger.Malah sebelum ini saya ada tiga blog yang ada domain berbayar.Bukan itu sahaja, saya mengemaskini blog tersebut hampir setiap hari tanpa culas.Itu nostalgia dulu-dulu.hehehe

Baru-baru ini saya telah melancarkan satu blog baharu yang memfokus niche ulasan buku.Blog ini diumpama stor maya.Pembaca boleh dijadikan blog ini sebagai rujukan sebelum membeli atau membaca buku di perpustakaan.

Namun maafkan saya kerana buku-buku yang saya tulis ulasan bukanlah semua yang terbaharu.Lainlah kalau syarikat penerbitan yang bermurah hati menyediakan buku untuk saya tulis ulasan.

Lebih syok lagi kalau ada yang bagi dana untuk saya promosi buku mereka.Ada keuntungan dalam bisnes dan dalam masa yang sama ada hebahan kepada para peminat buku di luar sana.

Ada banyak ulasan buku telah saya buat sebelum ini.Namun berteraburan di sana sini.Proses untuk mengumpul semula ulasan buku tersebut sedang giat dilakukan.

Tambahan pula saya sekarang ini padat dengan rutin kerja hakiki selain membaca dan mengumpul bahan untuk projek mega 2020.In shaa Allah.

Berikut adalah rupa blog Obses Buku:

Ada apa dengan blog Obses Buku ?

Yang pasti blog ini mengumpul pelbagai buku yang telah saya baca dan dibuat ulasan.Sejujurnya ada banyak lagi buku yang tak dibuat ulasan kerana kurang rajin.Biasalah masa rajin baharu nak tulis ulasan.

Buku-buku yang saya buat ulasan ini, ada yang saya miliki dan beli sebelum tahun 2000 lagi.Tidak kurang juga pinjam daripada perpustakaan.Pinjam dari perpustakaan atau beli buku sendiri ada beza  ‘feelingnya’

Bagaimana dapat idea untuk domain Obses Buku ?

Pada mulanya saya tidak terlintas langsung untuk mendapatkan nama Obses Buku.Cadangan  nama yang ada dalam fikiran ketika itu ialah Ulat Buku, Ulasan Buku, Kaki Buku dan Review Buku dan pelbagai lagi.Sayangnya nama nama ini sudah dimiliki orang.Sudah berpunya.

Akhirnya dapat idea juga untuk nama Obses Buku.Memandangkan nama ini belum lagi berpunya sebagaimana orangnya, saya terus setuju menggunakan domain ini sebagai nama blog yang baharu.Alhamdulillah.

Apakah maksud sebalik nama Obses Buku?

Nama ini agak berat.Pernah dulu saya menggunakan domain Kakiblog sehingga ada yang berperasangka saya blogger sepenuh masa.Sebenarnya tidak sedemikian.

Nama Obses Buku saya sinonimkan dengan kecintaan saya kepada buku.Saya memang suka membaca buku sejak kanak-kanak lagi sehingga saya menjadi tua seperti sekarang ini.

Buku adalah sebahagian dalam hidup saya.Sejujurnya membaca buku tidak pernah mengwujudkan rasa pandai.Yang ada sebaliknya.Sebab itu saya terus membaca buku.Pelikkan.

Harapan untuk blog Obses Buku ?

Dalam masa yang terdekat ini saya gunakan blog ini sebagai stor maya untuk rujukan peribadi.Malah menjadi dorongan dan motivasi kepada saya untuk membaca lebih banyak lagi buku pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama boleh dijadikan rujukan kepada peminat buku yang lain.Kita sama minat boleh la jadi Geng Baik Punya.Mana tahu al sebab jodoh.hehehehe…ayat pancing je !

Paling tidakpun saya gunakan sebagai wadah untuk menyemai budaya membaca buku dikalangan wargetnet.Saya akan kongsikan di media sosial.Manfaatnya untuk mereka juga.Orang kata membaca buku boleh menjadikan kita lebih  awet muda.

Macam saya inilah.Yelah tu !

Pesanan untuk pembaca ?

Jom la terjah blog baharu saya di Blog Obses Buku

24 thoughts on “Blog Obses Buku Untuk Peminat Buku”

  1. Tahniah ye walaupun bukan blogger sepenuh masa tapi memiliki lebih dari 1 blog. Kalau kita memang ke laut dalam la hikhik 1 blog pun tak cukup tangan

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: