Sekali lagi saya berpeluang untuk perbaharui hayat hosting dan domain blog di NetKL Network. Inilah ironi kurang ‘best’ blogger yang berada platform WordPress, ada kos dan harga yang perlu dibayar.
Blogger di platform WordPress berdomain dan hosting sendiri kena melabur untuk menyediakan platform kepada pembaca supaya mereka dapat maklumat, ilmu dan fakta secara percuma.
Pembayaran sama ada secara tahunan atau bulanan. Kini tidak timbul soal ekslusif atau identiti tersendiri.
Jika kurang penghasilan memang rugi. Jika kurang aktif lagilah rugi. Blogger akan menghabiskan duit pada sesuatu yang tidak perlu.
Kalau dulu lain. Blog lebih popular berbanding media sosial yang lainnya. Bukan setakat popular, blog menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Sekarang banyak platform percuma untuk menjana pendapatan. Lihat kepada Youtube, Tiktok dan Facebook.
Buat akaun percuma. Bila cukup syarat, boleh jana wang secara aktif dan pasif.
Namun saya masih optimis bahawa membayar harga untuk terus relevan di platform WordPress adalah wajar. Platform WordPress ada tool dan plugin yang mudah digunakan.
Cuma saya tidak galakkan blogger newbie atau pemula untuk guna pakai yang berbayar. Masih ada pilihan yang percuma untuk berkarya sebagai blogger.
- Menarik juga untuk dibaca : Jika Ada Benda Boleh Tulis Buat Apa Nak Cakap
Namun begitu berblogging menggunakan hosting dan domain sendiri memberi kepuasan tersendiri jika disandarkan kepada passion.
Kepuasan ini sebahagian dari hobi dan pengalaman berblogging yang tiada kata untuk menterjemahkannya. Hehehe…antara ayat padu dan ayat penyedap hati sendiri.
Jumlah bayaran untuk perbaharui domain dan hosting di NetKL Hosting ialah RM255 setahun. Pada tahun 2015 dulu saya cuma membayar RM100 sahaja setahun dan harga ini termasuk domain.
Blog di NetKL Network
Namun saya telah upgrade ke pakej yang lebih baik dan wajar mendapat harga yang lebih tinggi. Berapi dan panas juga harga ini.
Saya berpuas hati kerana respon dan servis mereka tip top. Cepat dan efisien. Blog saya juga jarang down dan masalah teknikal amat terpencil setakat ini.
Sekiranya ada yang ingin tahu perkhidmatan mereka boleh roger-roger dengan NetKL Network
Dulu zaman kegemilangan berblog waktu itu menjana melalui Nuffnang sahaja Adsense msh belum ada rasanya ibu teringin nak ada domain sendiri. Teringin nak ada DotCom sendiri. Hahahaha! Tapi sekarang rasanya biarlah ibu tetap dengan blogspot.com sahaja sebab risau takut diri ni menghilang lagi bertahun lamanya. Sayang pula. Ibu menulis santai2 saja menulis sebagai diari kenangan. Tak banyak info sangat pun blog ibu tu. Hanya kisah hidup keluarga saja. 😉 Terima kasih MrHanafi mendoakan kesihatan budak Aqil. In shaa Allah! Kami akan usaha memberi rawatan yg terbaik utknya. 😉
Salina@IbuAqil recently posted…Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis Part 2
Betul tu….sekarang dunia blog untuk jana duit semakin suram
Persaing terdekat ialah media sosial yang percuma.
semoga Aqil sembuh segera dan urusan dipermudahkan
dulu je wak guna domain name, skrg dh malas nk subscribe gitu., huhu
kalau nak santai sangat bagus guna yang percuma..Google dan bagi percuma untuk kita semua
saya juga antara blogger lama yang masih kekal aktif sampai hari ini. Sebab? Sebab menulis sudah menjadi HABIT bagi saya.
rujukan recently posted…Beli Dan Pakai Simkad Postpaid Digi
itu sudah semestinya bro…menulis adalah satu habit yang bagus selain membaca
domain sendiri lebih stabil tapi itulah, kena aktif, baru berbaloi..
semoga terus sukses!
entahlah bro…rasanya domain blogspot macam ok juga
pernah terfikir jg nk guna domain sendiri. tp tu laa part nk konsisten tuuuuuu…
rasanya bagus guna blogspot jer..
Ia percuma sahaja berbanding domain sendiri yang kena bayar setiap tahun
Tahniah.. kepada anda yg masih terus berblog tanpa jemu…👍
xaturen recently posted…Jago Kampungan
Perjalanan masih jauh lagi..
Saya terus menulis dab berblogging sebagai hobi