Duit dan emosi

Saya suka topik duit dan cuba untuk menulis topik ini.

Namun artikel ini ditulis ringkas.

Berbicara tentang duit, semua orang tahu, faham dan sedar bahawa duit amat dekat dengan emosi.

Golongan pertama…

Hampir semua orang gembira dan suka bila banyak duit.

Sayangnya artikel ini tidak bercerita dengan golongan pertama.

Ada juga yang sebaliknya iaitu golongan kedua.

Golongan kedua diuji dengan kesempitan rezeki berbentuk duit

Apabila tiada duit ramai yang resah, gelisah dan emosi berkocak.

Mereka mungkin banyak komitmen, hutang dan keperluan hidup.

Dalam masa yang sama mereka sudah buntu dan hilang akal bagaimana untuk mendapatkan duit tersebut.

Ggolongan ini ada yang hilang pekerjaan.

Usahawan yang terjatuh dan tersungkur dalam perniagaan..

Atau sesiapa sahaja yang hidup dengan ujian kesempitan duit.

Apakah solusi terbaik ?

Saya sarankan agar kawal emosi.

Usahakan emosi untuk tenang, sabar dan reda.

Beribadah kepada Allah SWT.

Ia merupakan jalan untuk dapatkan ketenangan emosi, jiwa yang tenteram dan fikiran yang aman.

Dengan beribadah kepada Allah seperti solat, zikir dan selawat serta membaca al-Quran maka hati, jiwa dan fikiran akan beroleh apa yang telah saya kemukakan tadi.

Masih tak yakin. Tak percaya.

Jika demikian cubalah amalkan perlahan-lahan secara berterusan.

In shaa Allah, keajaiban dan kehebatan solusi dari langit bisa merubah segala-galanya.

Semoga ada manfaatnya.

Artikel berkaitan

16 thoughts on “Duit dan emosi

  1. Satu lagi – sedekah subuh adalah sedekah yang dilakukan pada waktu subuh iaitu selepas terbit matahari dan sebelum habisnya waktu subuh. Aminn ya robbal alamein.

  2. Sekadar berkongsi – saya pernah melalui saat kesempitan hidup. Ketika tu saya banyak mengulang baca terjemahan ayat 2-3 surah Talaq sebagai motivasi diri berkenaan tawakkal (pergantungan kepada Allah).
    Ayat quran berkenaan janji Allah inilah yang memberi saya rasa tenang menghadapi hidup pada masa tersebut.

  3. cakap pasal ni semalam sy ternampak iklan ada buku Psychology of Money versi BM. diterbitkan oleh The Patriots. buku ni 👍👍👍👍 harga promo RM45

      1. cari je kt website or shopee the patriots. x silap promo smpi hjg bln ni… yg terjemahkan ke BM ni pun bkn calang2 org nya. mmg pakar dlm kewangan. bkn translator biasa

  4. Amalkan baca surah Al-Waqiah. Saya dulu pernah alami zaman kesempitan. Tapi Allah beri lebih rezeki pada bahagian lain, sihat. Kena tukar fikiran, jangan selalu sedih-sedih. Ujian untuk kita.
    Nur recently posted…Hantar anak balik DungunMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge