Andainya masa dapat diundur kembali…

Pernah tak kalian terfikir andainya masa dapat diundur kembali, apa yang kalian mahu lakukan jika perkara tersebut berlaku…

Walaupun mustahil dan andainya cuma berimaginasi dengan cara begini memang layan juga kan.

Ironinya seperti manusia yang sudah mati. Mana mungkin boleh hidup lagi melainkan berada di alam lain.

Baiklah kalau ditanya dengan saya, sudah tentu saya mahu 5 perkara seperti di bawah :

1.Kewangan

Wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang. Hehehe

Jika saya berpeluang untuk jadi muda semula, maka wang adalah keutamaan untuk dijadikan aset.

Wang disimpan dan dilabur dengan berhemah. Biar wang bekerja untuk tuannya dan mengalirkan sumber wang dengan lebih banyak serta tanpa putus.

WAJIB BACA :   15 Petanda Ajaib Untuk Lelaki Segera Ke Alam Perkahwinan

Matlamat murni untuk pastikan saya boleh bersara awal dan menikmati hidup bebas kewangan seawal mungkin.

2.Kesihatan

Masa muda sinonim dengan tubuh badan yang cergas, sihat dan bertenaga.

Ketika muda, saya mahu makanan yang berkhasiat dan mengamalkan gaya hidup aktif. Ketika itu kesihatan optimum jadi keutamaan.

Sihat dalam keadaan serba-serbi. Usaha untuk sihat diteruskan hingga ke akhir hayat.

3.Ilmu

Ilmu pelita hidup yang mencerahkan akal dan menerangi iman. Masa muda, masa terbaik untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin.

Jadi orang pakar dalam sesuatu bidang. Fokus dan konsisten mendalami ilmu bermula usia muda.

Masa muda untuk praktikan ilmu yang boleh menjana kekayaan, kebahagian dan ketenangan.

4.Kekayaan

Kaya di usia muda lebih baik berbanding kaya pada usia tua. Pada usia muda, lebih panjang masa menikmati hidup berbanding usia tua yang sudah mengira detik kematian.

WAJIB BACA :   Mari bercerita tentang impian

Kalau dapat diundur masa, saya mahu jadi orang kaya pada seawal usia 25 tahun. Kaya pada usia 65 tahun seperti sudah berada di penghujung garisan.

5.Iman

Iman adalah mutiara paling berharga dan merupakan nikmat rezeki paling tinggi untuk insan yang terpilih.

Ketika usia muda, mantapkan iman dengan beribadah sebaik mungkin.

Masa terbaik sudah tentu pada orang muda. Walaupun mati tidak pernah pilih usia muda atau tua. Mati tetap mati sama ada bersedia atau tidak.

Andainya boleh kembali ke zaman usia muda, mestilah perkara iman jadi keutamaan.

Masa muda lebih bertenaga untuk menunaikan umrah, haji dan dakwah.

Kesimpulan

Pada orang muda, rebutlah kesempatan ini sebelum melewati masa tua.

WAJIB BACA :   Cara Buat Fanpage Yang Superstar

Pada orang tua, bersyukurlah dapat merasai zaman muda.

Menyesal dahulu pendapatan dan menyesal kemudian tidak berguna lagi.

Seyogia, menyesal selepas kematian merupakan penyesalan yang tiada kesudahan. Selagi ada masa dan peluang berbuatlah kebaikan untuk diri sendiri dan sebarkan manfaat untuk orang lain.

Apa pendapat kalian tentang mengundur masa yang sudah tentu mustahil untuk berlaku ?

12 thoughts on “Andainya masa dapat diundur kembali…”

  1. kalau nak nyatakan benda yg dah lps mmg panjang senarainya. kdg sedih jg bla kenangkan knape akal kita ms tu ‘tak panjang’.

    kalau tanya sy, benda yg paling sy nk kalau ms boleh diundur semula adalah, sy belajar pandai2. susah mcm mn pun maths dan sains, sy mesti kuasai smpi pandai (sy penah bercita2 nak jd doktor dulu)😬😁

    Reply
  2. biarkan saja yang sudah berlalu jadikan yang pahit sebagai pengajaran yang manis sebagai kenangan untuk dikenang,terus hadapi masa depan dengan tenang

    Reply
  3. saya paling terkesan. ilmu. kalau boleh undur masa, saya nak timba ilmu banyak2. tapi apakan daya disebabkan faktor2 yang menghalang dan ketentuan yg telah ditakdirkan. saya redha dan bersyukur. tapi sekarang pun belum lambat untuk mencari ilmu. ilmu kan luas. cuma faktor kewangan dan masa sedikit mencabar untuk terus sambung belajar.
    rin recently posted…Unexpected shoppingMy Profile

    Reply
  4. Andai masa dapat diundur semula, saya nak balik awal dari ofis dan menghabiskan masa dengan anak2 yang masih kecil. Banyak masa saya terlepas momen indah dengan anak2 sebab saya terlalu mementingkan kerja, kadang2 kerja dibawa balik ke rumah dan anak2 menangis di tepi minta perhatian. Tu la penyesalan terbesar dalam hidup saya.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge