Kisah lelaki bergaji RM1500 sebulan

Ini kisah benar tetang kisah lelaki. Memang benar-benar terjadi tiga tahun dahulu. Kisah ini diceritakan seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai XY.

Pada ketika itu hidup XY memang keras. Istilah biasa kita dengar, hidup “struggle.”

XY pernah berkahwin dan mengalami keruntuhan rumah tangga akibat jodoh tidak panjang.

XY pernah berhenti kerja makan gaji untuk buat bisnes sepenuh masa dan jadi freelance. Namun rezeki kewangan tidak berpihak kepadanya.

Hidupnya semakin sukar kerana tiada pendapatan tetap dan pendapatan yang diperolehi pula jauh daripada mencukupi.

Kehidupan XY diselimuti kesukaran, keperitan dan akhirnya tersungkur setelah menghadapi ujian kewangan yang bertali arus.

WAJIB BACA :   Amalan tarik duit dengan minda

Kisah lelaki

Kisah lelaki

XY akur dan nekad untuk kembali bekerja. Syukur akhirnya XY mendapat kerja dengan gaji RM1500 sebulan.

Mungkin kepada orang lain yang lebih ‘struggle’, gaji RM1500 sebulan masih okay dan jauh lebih baik daripada hanya dapat RM500 sebulan.

XY bekerja di sebuah organisasi tempatan. Tiada pangkat dan tiada jawatan.

Apa yang ada cumalah sekeping hati yang dibawa berlari hehehe

Sebetulnya hati XY kering, tabah dan sabar.

Berikut cara XY berbelanja gaji RM1500 yang diterimanya.

1.Orang tua di kampung = RM300
2.Nafkah anak-anak = RM600
3.Bilik sewa = RM200
4.Wang untuk diri sendiri = RM400

Bayangkan dengan wang RM400 itu XY guna untuk makan minum, kos pengangkutan dan bil telefon.

WAJIB BACA :   Kisah Rehan buat amalan jutawan Malaysia [Edisi kemas kini]

Rasanya cukup atau tidak..

Sudah tentu tidak mencukupi dan keadaan ini memaksa XY mencari pendapatan sampingan dengan menulis.

Namun pendapatan dari menulis juga amat suram dan tidak menentu.

XY tidak mati akal. Jika cara menambah pendapatan belum menjadi, XY tukar strategi.

XY terpaksa mencatu perbelanjaan wang RM400 tersebut.

XY hadkan belanja RM10 sehari untuk makan tengah hari dan malam.

Lauk asasi sudah semestinya telur dengan ulaman segar seperti timun, tomato dan lobak.

Nasib baik ketika itu harga telur sepapan gred AAA cuma RM12 sahaja.

Sarapan pula cukuplah menjamah roti kering dan minum air milo.

Program peribadi

Dengan bajet yang seketat itu, dapatlah XY lebihan RM100 sebulan.

WAJIB BACA :   Amalan Yang Boleh Tarik Rezeki [Kemas kini]

Wang ini digunakan untuk membeli barangan bukan makanan, sedekah tabung Jumaat dan belanja minum kawan-kawan sekali-sekala.

Lama juga XY hidup dalam keadaan sedemikian.

Namun hukum alam pasti berubah. Roda kehidupan terbawah sudah kembali ke atas.

XY kini menikmati hidup jauh lebih baik daripada sebelumnya.

Ada kemungkinan XY akan menjadi orang kaya yang bahagia, pemurah dan dermawan pada hari-hari yang mendatang.

Jom kita berjemaah doakan XY tercapai segala hajat, impian keemasan dan harapan setinggi gunung.

Aamiin. Ya Rabbil Aalamiin.

  • Kemas kini 27/12/24

 

14 thoughts on “Kisah lelaki bergaji RM1500 sebulan”

  1. tapi saya salut dia masih memberikan untuk orangtua, dan sedekah. mungkin itu juga yang membuka pintu rezekinya bang. 👍. tetep memberi walaupun diri sendiri sedang susah.

    Reply
  2. Hidup penuh dengan ujian untuk menguji orang2 yg sabar. Kadang2 ujian hidup memaksa kita berfikir secara kreatif untuk kelangsungan hidup. Insha Allah selagi percaya dengan rezeki Allah, Allah akan beri jalan untuk mencukupkan keperluan hidup.
    carneyz recently posted…Resipi Suhun GorengMy Profile

    Reply
  3. Allah itu maha adil. Dia takkan membiarkan umatnya terus berada dalam kesengsaraan. Dia juga tahu umatnya itu pasti akan bangkit semula. sekiranya umatnya itu terus leka dalam kesenangan, barangkali umatnya itu terus jauh daripada-Nya

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge