Inilah 6 cara nak tahu Casio original

Jam Casio memang lejen dan popular di dunia. Namun sedar atau tidak berapa ramai yang benar-benar cakna dengan ketulenan jam Casio.

Pasti ada ingin bertanya, cara nak tahu Casio original atau tidak. Jom lanjutkan bacaan hingga ke hujung artikel.

Beberapa hari yang lalu, saya ada menulis satu artikel Berapa harga jam Casio original ?

Dalam artikel tersebut, saya berkongsi pengalaman dan perasaan saya ketika memiliki jam Casio. Artikel itu juga ada menceritakan harga jam Casio original.

Saya faham di Malaysia, Casio G-Shock lebih diminati berbanding jam Casio. Realitinya pengeluar jam yang sama tetapi dibezakan oleh spesifikasi, fungsi dan nilai estetika jam itu sendiri.

WAJIB BACA :   Tujuan Nikah Yang Wajib Kena Tahu

Cara nak tahu Casio original

Menurut artikel Pakistan’s #1 Casio Watch Store menyenaraikan 6 cara nak tahu casio original.

1.Kotak atau bungkusan

Kotak jam Casio original bermutu tinggi dan kemas. Tiada kesalahan huruf atau tanda-tanda yang menjengkelkan.

Kalau ada bermakna kalian membeli jam Casio palsu yang menyamai Casio original.

2.Nombor siri

Nombor siri ini letaknya di belakang jam Casio tersebut. Boleh juga lihat di kad jaminan oleh kedai yang menjual jam ini.

Kalau bukan original mana ada kedai sanggup buat kad jaminan untuk produk mereka.

3.Buku manual

Apa-apa barang yang original mesti ada buku manual. Kalau tiada faham-faham sahaja.

Mungkin jam yang harga murah orang tidak kisah. Jam begini saya gelar jam pakai buang. Kalau rosak buang saja.

WAJIB BACA :   Bekerja lagi selepas bersara: Pilihan atau keperluan ?

4.Semak fungsi

Ketika hendak membeli jam Casio cuba sedaya upaya untuk lihat sendiri fungsinya. Ada kemungkinan fungsi cuma perhiasan maka sahlah barangan bukan original.

Jam Casio yang berfungsi sempurna menggambarkan kualiti dan ketulenan.

5. Semak harga

Harga yang terlampau murah boleh disangsikan. Harga jam Casio original memang standard antara satu kedai dengan yang lain.

Mungkin ada yang berpendapat untung dapat jam Casio murah namun keuntungan itu sebenarnya tidak setara dengan kualiti yang ditawarkan.

6.Pengedar sah

Semak pengedar sah untuk jam Casio. Hanya penjual sah diiktiraf untuk menjual barangan original.

Membeli dari pengedar yang sah mengurangkan risiko pembelian jam tiruan.

Kesimpulan

WAJIB BACA :   Rahsia kembali bangkit dari kejatuhan teruk dalam perniagaan

Dengan terbongkarnya cara nak tahu casio original ini maka risiko pembelian barang tiruan lebih rendah.

Beli jam Casio original lebih berbaloi untuk wang. Bahkan rasa puas hati itu lebih tinggi.

Jadi apa pendapat pembaca semua ?

14 thoughts on “Inilah 6 cara nak tahu Casio original”

  1. beli yg ori mmg mahal tp bila pakai sangat2 berbaloi… no. siri tu yg paling penting sama ada nak tahu tiruan ke ori….

    Reply
  2. setujuuuu. saya tak kisah beli barang original walaupun mahal, tapi saya tahu kualitasnya bagus. dan untuk menghindari barang2 palsu macam nih, saya prefer membeli dari official shop nya, daripada di tempat2 yang tak jelas.

    Casio nih saya punya, saya beli saat sedang di Tokyo, beberapa tahun lalu. sampai sekarang masih bagus dan berfungsi. 👍

    Reply
  3. In Bangladesh, the Watch Prices in bd varies widely depending on the brand, quality, and features. For budget-friendly options, locally made or lower-tier international brands, such as Casio or Titan, can range between BDT 1,000 to BDT 10,000. These watches are generally simple in design and offer basic functions like timekeeping, water resistance, and occasionally, a date display.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge