Kebaikan hubungan intim wajar diketahui oleh semua pasangan suami isteri seluruh dunia. Dalam artikel ini saya akan dedahkan tiga kebaikan utama dan lima lagi bonus sampingan.
Biarpun dikatakan sampingan, ia sebenarnya tidak kurang hebatnya dalam hubungan intim.
Table of Contents
Kebaikan hubungan intim
1.Senaman bakar kalori
Hubungan intim selalu disinonimkan dengan senaman malam atau senaman atas katil.
Biasanya orang kita berkata dengan beralas dan berlapik agar terjaga privasi dan kehormatan suami isteri.
Mengikut kajian suami akan terbakar kalori 101 kcal manakala wanita 69 kali dalam tempoh 30 minit dalam ‘pertempuran’ tersebut.
2.Kurangkan level stress
Tidak dinafikan kehidupan ketika ini banyak cabaran.
Disebabkan cabaran begini, ramai pasangan suami isteri mengalami stress.
Cabaran kewangan, tekanan kerja, tidak cukup rehat dan pelbagai lagi penyumbang kepada stress.
Namun begitu, pasangan suami isteri wajar bersyukur kerana solusi untuk mengurangkan stress adalah dengan hubungan intim.
Ketika hubungan intim berlangsung hormon kortisol akan dirembeskan.
Badan dan perasaan akan lega.
Dalam masa yang sama, rasa stress akan menurun juga.
3.Perbaiki kesihatan jantung
Laporan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2020 ada menyatakan penyakit jantung adalah sebab utama.
Laporan itu menyebut terdapat 16,325 kematian atau 15.0 peratus pada 2019.
Namun solusi kepada permasalahan ini sungguh mudah.
Lelaki yang melakukan hubungan badan dua atau lebih seminggu kurang risiko sakit jantung.
Bonus 1: Tidur lebih lena
Siapa yang tidak mahu tidur lena kerana tidur adalah satu kerehatan yang terbaik untuk badan.
Ketika hubungan intim dilangsungkan, hormon prolaktin akan dirembes.
Banyak fungsi hormon ini.
Antaranya boleh mengimbangi hormon lain dalam badan.
Jadi tidak hairan pasangan yang kerap melakukan senaman malam akan menikmati tidur yang lebih lena.
Inilah kebaikan hubungan intim yang sering dilupakan.
Bonus 2: Mood gembira tercipta
Selesai hubungan badan, sudah tentu mood gembira tercipta.
Baik kepada sang suami dan sang isteri, mood ini boleh terasa sepanjang hari.
Lagi kerap lagi banyaklah mood gembira tercipta.
Bonus 3: Kurangkan risiko kanser prostat
Mengikut kajian pada tahun 2016, lelaki yang ejakulasi 20 kali sebulan akan kurang risiko kanser tersebut.
Nampaknya banyak kelebihan kepada suami.
Itupun hasil sokongan dan kerjasama dari pihak isteri.
Bonus 4: Rendahkan tekanan darah
Tekanan darah yang tinggi berisiko untuk golongan wanita atau isteri.
Namun jika kerap melakukan hubungan intim maka tekanan darah diri boleh direndahkan.
Jadi jangan fikir banyak kali untuk terus melakukan hubungan badan paling kurang tiga kali seminggu.
Bonus 5: Mengukuhkan institusi perkahwinan
Hubungan intim adalah asas dalam perkahwinan.
Jika hubungan ini dijaga dan dibaja sebaiknya, keluarga yang terbina akan bahagia.
Memang ada suara sinis menyuarakan hubungan ranjang bukan segala-galanya.
Tetapi perlu ingat ia teras dan dasar untuk keharmonian suami dan isteri.
Kesimpulan
Adakah kalian bersetuju kebaikan hubungan intim yang saya kongsi ini ada benarnya?
Kalau begitu cuba komen untuk mensahihkan informasi tersebut.
Informasi ini saya tulis berdasar saluran Youtube.
- Kemas kini 14/6/23
- Kemas kini 16/6/23
single – no comment😂
itu bukan komen ka hahahaha
😁😁😁
hahahaha
Ye, ye, saya setuju, kebaikan hubungan suami isteri di atas. Hehe… kalau ada selisih faham sebelum tu pun, boleh baik dan bawa bincang semula.
Nur recently posted…Kembali lari
Itulah satu tujuan yang terpenting juga dalam hubungan intim