Waktu pagi merupakan permulaan hari yang sangat indah.Pada waktu pagi juga bakal menentukan kita akan rasa bahagia atau huru hara sepanjang hari.
Dalam bahasa orang kampung saya…jadi pemenang.
Sebab itu orang yang sukses menggunakan waktu pagi mereka sebaik mungkin.
Jom kita mulakan…
Perkongsian kali ini saya perolehi daripada buku Tim Ferris berjudul “Tool of Titans”.
Buku ini hasil kajian dan tinjauan Tim Ferris ke atas rutin bilionaire, orang sukses dan ikon terkenal di seluruh dunia.
Orang telah sukses memiliki rutin yang hebat.Mereka menjalani rutin ini ketika mereka belum lagi mencipta kejayaan dalam kehidupan.
Ketika mereka masih berjuang dan bergelut dengan segala macam kesukaran.
Rutin pertama ialah mengemas tempat tidur sebaik sahaja bangun pagi.
Kedengaran macam lucu dan biasa-biasa sahaja.Lagipun ramai di kalangan kita memang sudah terlatih dan terdidik untuk mengemas tilam, cadar, selimut dan bantal sebaik sahaja bangun tidur.
Saya tahu sebab saya buat.Masa sekolah lagi sudah buat.Apatah lagi ketika menjadi orang bujang edisi khas seperti sekarang ini.
Bayangkan dalam keadaan yang sangat mengantuk dan mata pula antara buka dan tutup, kita paksa diri untuk mengemas tempat tidur.
Tidak sampai tiga minit kita berjaya melakukan.
Tahniah dan inilah kemenangan pertama pada hari tersebut.Atas kejayaan itu tepuk bahu untuk rasai nikmat kejayaan itu.
Rasakan penuh syukur, gembira dan bangga.Perasaan ini akan terbawa-bawa sepanjang hari jika kita boleh melakukan dengan penuh penghayatan.
Jika sudah ada rutin hebat ini, saya ucapkan selamat datang ke kelab pemenang.
” Winner Club”
Anda juara.
Anda hebat.
Anda hero yang tidak perlu didendangkan kepada orang lain.
Terus istiqamah.Jangan buang tabiat pulak.
Bagi yang belum lagi, cuba rutin ini bermula esok hari.Sebelum tidur ingat apa yang aktiviti selepas bangun nanti.
Tak lain dan tak bukan kemas sendiri tempat tidur.
Ok.
Cukup untuk siri pertama dan bersambung pula untuk siri yang kedua nanti.In shaa Allah,
Selamat berpuasa.
12 Ramadan 1441H
p/s: Jika masih ada masa lagi lanjutkan bacaan untuk artikel berikutnya :
kemas tempat tidur memang penting, ia menggambarkan siapa kita sebenarnya…
sunah sakura recently posted…Berbunga Sudah Pokok Misai Kucing Kak Ajan
benar ya..jangan jadi orang ceridak
Tebalnya buku tu! tentu banyak ilmu yang boleh dikutip darinya. Kemas tempat tidur ni memang mak saya dah ajar sejak duduk kampung zaman kanak-kanak dulu. Saya suka aktiviti tu sampai terlajak kemas habis satu rumah !
Mohd Shubhi Abdul recently posted…Panduan ringkas susun dan kemas rumah anda jadi rumah hidupringkas
wah…tuan memang hebat dan luarbiasa.
satu tabiat yang sangat bagus untuk ditauladani
tu paling utama.. kemas tempat tidur.. perkara mama selalu bebel haha
wajib bebal agar anak-anak terlatih mengemas tempat tidur..
itu kejayaan besar buat mereka pada awal pagi.