Rutin pagi yang menjadikan kita seorang pemenang [siri 2]

Orang yang hebat adalah orang yang rutin bangun awal pagi.Mereka mudah untuk bangkit memulakan hari yang penuh bermakna.Sayangnya tidak semua orang boleh bangun pagi dengan mudah.Ada yang liat, sukar dan ingkar.

Proses untuk kembali ke dunia nyata mengambil masa yang cukup lama.Letaklah berapa banyak loceng atau alarm.Ianya tidak akan berkesan jika tabiat sukar bangun tidur belum dapat diubah.

Bagaimanapun saya tidak membincangkan amalan mudah bangun pagi kerana sebelum ini saya sudah menulisnya seperti di bawah:

Alhamdulillah saya masih dikategorikan sederhana.Tidak juga mudah dan tidak juga susah.Cuma saya suka tidur awal dan suka pula bangun lewat.

WAJIB BACA :   Berjaya bayar zakat fitrah 2021

Jangan salah faham.Saya tidak menuruti nafsu tidur sedemikian.

Baiklah.

Dalam siri 1, saya sudah berkongsi rutin orang hebat di dunia hasil kajian Tim Ferris dalam buku “Tool of Titan”

Sesiapa yang belum sempat baca boleh singgah sebentar di bawah.Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti perkongsian yang berikutnya.

Jom kita mulakan.

Amalan meditasi merupakan rutin orang-orang hebat di dunia.

Menurut Tim, meditasi akan membolehkan seseorang mencapai tahap mindfulness atau  minda kesedaran tinggi.Tempoh meditasi biasanya dalam 10 minit ke 20 minit.Ada yang boleh buat lebih lama.

Dalam kajiannya terdapat 80 peratus tokoh hebat dunia melakukan meditasi sebagai rutin pagi mereka.

WAJIB BACA :   Cara Hack Admin Grup Whatsapp

Apa itu meditasi ?

Wikipedia menyatakan meditasi adalah perbuatan bertafakur.Perlu diingat meditasi berasal dari ajaran Buddha.

Cara meditasi boleh dirujuk dalam Youtube ini.

Sekiranya rasa was-was untuk melakukan meditasi saya sarankan tinggalkan sahaja.Saya tidak berani berbahas tentang hukum hakam agama dalam mempraktik meditasi.Ia diluar kepakaran dan pengerahuan.Boleh rujuk pihak yang lebih arif.

Untuk lebih selamat guna sahaja kaedah dalam ajaran Islam.Tentu sahaja solat sunat tahajud, hajat atau taubat.

Selesai solat terus susuli dengan amalan berzikir, berselawat dan beristighfar ataupun bertaddarus Al quran.Lakukan dengan khusyuk kerana tujuan meditasi juga sama.

Kedua-duanya amalan inii untuk membina mindfulness atau proses kesedaran tahap tertinggi dalam minda.Namun solat jauh lebih baik kerana boleh mendapat manfaat dunia dan akhirat.

WAJIB BACA :   5 jenis nafkah isteri yang wajib disediakan suami [ edisi kemas kini ]

Ok ke tak ok ?

Setakat ini dulu penjelasan saya tentang rutin orang hebat ketika bangun pagi.Mereka jadi pemenang kerana rutin tersebut,

Jika ingin mengapai kejayaan mengapa tidak mencuba sebagai rutin harian waktu pagi kita.Cuba dulu baharu tahu.

Selebihnya saya akan lanjutkan lagi dalam siri ketiga nanti.In shaa Allah.

13 Ramadah 1441H

p/s: Jemput baca artikel lain dalam blog ini melalui link di bawah:

Comments 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge