Rutin pagi yang menjadikan kita seorang pemenang [siri 3]

Untuk menjadi seorang pemenang dalam apa jua lapangan yang kita ceburi ada ramuannya.Sudah tentu ramuan tersebut ada pada rutin pagi seseorang.

Saya sudah kongsikan dua artikel ringkas berkenaan rutin pagi sebelum ini.Boleh baca dulu bagi yang belum baca.Selepas itu boleh melanjutkan bacaan ke artikel siri 3 yang saya kongsikan ini,

Abaikan muka belum hensem tetapi fokus kepada apa saya pegang

Menurut Tim Ferris dalam buku “ Tools of Titans” menyebut senaman ringan adalah kelaziman orang berjaya dan terkenal di dunia.

Sebaik sahaja bangun pagi, mereka bersenam kurang dari satu minit.Ini sudah memadai. Senaman yang dibuat tatkala bangun tidur ini tidak berat.

WAJIB BACA :   Berapa harga jam Casio original ?

Ringan-ringan atau sekadar geli-geli.

Ada banyak senaman ringkas boleh dilakukan.

Saya suka kepada push up 20 kali.Senaman itu mudah dipraktikkan.Hasilnya tidak mengecewakan.

Pembaca boleh juga sekadar mengeliat untuk regangan otot.Paling tidak pun pusing kepala, tangan atau kaki.

Jika ada pasangan yang sah, buat latihan angkat isteri.Pastikan isteri tidak begitu berat untuk diangkat pada awal pagi.

Silap hari bulan benda lain yang terangkat…hahaha

Terpulang kepada anda untuk buat yang mana satu senaman ringan tersebut.Pilih yang mudah dan menyenangkan agar menjadi satu rutin pagi yang menyeronokkan hati.

Baiklah itu sahaja.

Saya akan sambung semula untuk siri ke empat dalam perkongsian yang seterusnya.

WAJIB BACA :   3 rahsia untuk pikat wanita tanpa berbicara

Sementara itu boleh layan artikel yang ini pula.

14 Ramaadan 1441H

https://mrhanafi.com/bisnes-makanan-penghantaran/

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge