Pemenang yang saya maksudkan dalam artikel ini dan sebelumnya ialah diri sendiri.
Mungkin ada yang berpendapat mengapa ada pemenang.Adakah kita bersaing dengan orang lain?
Jawapannya memang tidak.Tiada persaingan dengan orang lain melainkan dengan diri sendiri.
Cuma bersaing untuk mengubah keadaan sendiri dari biasa menjadi luarbiasa.
Orang berjaya ialah orang boleh mengubah diri sendiri menjadi semakin baik dari hari ke sehari.
Jangan bagi ruang kepada penyebab kegagalan sebagaimana yang telah dianalisis Napoleon Hill dalam buku ” Think and Grow Rich”
Sebetulnya artikel begini ditulis untuk mentarbiah diri sendiri.Saya tidak berniat untuk mengajar orang lain kerana diri sendiri juga masih belajar untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.
Kita tinggalkan itu dulu.
Artikel rutin pagi sudah memasuki siri keempat.Ada tiga artikel sebelum ini boleh dibaca sekiranya belum berbuat demikian:
Inilah sumber penulisan saya untuk diperkongsi bersama.
Berdasarkan tulisan Tim Ferriss bertajuk “ Tools of Titans” menyatakan rutin orang hebat di dunia pada awal pagi ialah mengambil secangkir teh atau kopi.
Kedengaran macam biasa dan kebiasaan tersebut rupanya ramai orang berjaya buat.
Tim Ferriss sendiri minum teh hijau.Ada juga yang minum secawan kopi.
Saya pula seteguk dua teguk air kosong.Selepas itu saya susuli dengan satu sudu madu.Nikmatnya lakhanat hahaha.
Nak cakap pun tak reti dah.
Lain orang lain caranya dalam menikmati suasana pagi yang cukup indah.
Bagaimana dengan pembaca semua?
Apakah rutin pagi anda dimulai dengan minuman kegemaran atau sekadar air kosong ataupun air suam sahaja ?
Terpulang.
Kita sendiri yang berhak menentukan rutin pagi kita.
Pada artikel siri terakhir nanti saya akan kongsikan pula rutin pagi tokoh hebat dunia yang paling penting.
Penting di atas segala rutin pagi yang lainnya.In shaa Allah.
Sama-sama kita tunggu ye !
Sebelum itu kita hayati pesanan seorang pesakit Covid-19 yang telah sembuh.Semoga wabak ini segera berakhir dan rakyat di Malaysia serta seluruh dunia kembali hidup seperti sedia kata.
Aamiin.
Jangan pula terfikir yang sudah ‘pergi’ bangkit kembali.Huru hara dunia nanti.
15 Ramadan 1441H
Inilah artikelnya :
https://mrhanafi.com/pengakuan-bekas-pesakit-covid-19-ini-amat-mengejutkan/
mama minum kopi tapi tak boleh byk2 nanti badan naik hihi
ye ke..
kalau nak minum kopi buat tanpa gula.
kalau ada gula memang badab boleh naik ada kandungan kalori yang tinggi
saya suka buat kopi panas pagi2..
sunah sakura recently posted…Happy Mother’s Day
ciri-ciri orang hebat..alhamdulillah