30 penyebab kegagalan menurut Napoleon Hill

Penyebab kegagalan perkara sangat penting.Perlu dikaji agar dapat diatasi.Kegagalan adalah musuh utama kejayaan.Selagi belum berjaya maka selagi itu kita perlu mencuba dan terus berusaha untuk berjaya.

Begitulah seterusnya.

Sempena musim PKP ini, elok rasanya saya berkongsi ilmu yang saya baca dari buku motivasi lejen.Buku tulisan Napoleon Hill  ini bertajuk “Think & Grow Rich”.Hebatnya buku ini sudah menjadi bacaan jutaan pembaca seluruh dunia.

Napoleon Hill telah mengkaji kejayaan selama 25 tahun.Hasil kajiannya menemui 31 penyebab kegagalan kepada hidup manusia. (satu lagi saya tinggalkan)

Seperti yang saya kata tadi, gagal adalah musuh kejayaan.Tewaskan musuh ini, in shaa Allah kejayaan bakal berada dalam tangan.

Macam senario sekarang ini.Kita berdepan dengan wabak Covid-19.Jangan gagal untuk patuh PKP dan sebagainya.

Patuh akan berjaya.Ingkar akan gagal.

Kita kembali kepada topik utama.

Berikut adalah 30 penyebab kegagalan yang saya terjemah berdasarkan kefahaman orang dalam proses berjaya.Sayalah orangnya tu.Lebih baik mengaku dari berkata yang bukan kebenaran

Jika kurang tepat mohon maaf.Yang penting doakan saya terus berjaya agar boleh menghasilan penulisan yang lebih segar dan bertenaga.

Inilah dia hasil penelitiannya:

Penyebab kegagalan

 

1.Salahkan asal keturunan 

Saya akui ada yang menyalah asal usulnya.

”Kalaulah saya lahir dari keluarga yang kaya raya, tentu sekarang saya sudah hidup senang.”

Sedarlah, kita tidak dapat memilih untuk lahir dari rahim ibu orang kaya.Namun kita boleh memilih untuk berjaya atau sebaliknya setelah kita boleh berfikir sendiri.

2.Kurang jelas hala tuju dalam hidup

Napoloen Hill telah menemui setiap 100 orang dan mendapati 98 orang memiliki hala tuju yang kabur.
Tiada cita-cita dan harapan yang jelas dalam hidup mereka.Boleh dikatakan sekadar untuk hidup dan membiak seperti biasa.

Tak hairan ramai yang gagal berbanding berjaya.

3.Matlamat biasa-biasa sahaja

Kajian Napoleon Hill mendapati begitu ramai mereka yang ada impian biasa-biasa.Malah ada di antara mereka meletakkan impian di bawah paras biasa.

Matlamat mereka sangat sederhana sehingga usaha untuk meningkatkan kemajuan berada tahap statik.Matlamat kecil.Motivasi rendah dan daya usaha minima.

WAJIB BACA :   Mengapa Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC ?

4.Kekurangan ilmu dalam diri

Masa sekolah saya dulu, selalu dimomokkan dengan mantera ‘ ilmu pelita hidup’.

Rupanya betullah.

Pendidikan formal dari sekolah hingga ke universiti.Ada pendidikan formal lebih mudah untuk mendapat kerja. Ini kerana ada kelayakan berdasarkan teori konvensional.

Pendidikan tidak formal pula dipelajari dari “universiti jalanan”.Tidak diiktiraf namun punyai nilai yang tinggi dalam survival kehidupan.

Persoalannya, ramai yang kurang ilmu baik secara formal maupun tidak formal.Kesannya gagal dalam hidup.Gagal dalam pekerjaan atau perniagaan.
Ironinya terus gagal dan tidak mahu bangkit.Tidak mahu juga mengambil pelajaran dari kejatuhan tersebut.

Kata Napoleon Hill, pekerja tidak dibayar berdasarkan apa yang mereka tahu.Sebaliknya mereka dibayar berdasarkan apa yang mereka boleh buat dengan pekerjaan tersebut.

5.Kurang disiplin diri

Bahagian yang paling sukar dan mencabar untuk semua orang adalah disiplin.Ramai yang gagal dalam hidup kerana disiplin diri yang lemah.

Keupayaan mengawal diri sangat penting.Jika tidak mampu mengawal diri sendiri bagaimana mampu mengawal orang lain sekiranya menjadi seorang ketua.

Contoh semasa PKP ini.

Ada yang sengaja ingkar kerana desakan perasaan bosan.Perasaan bosan itu tidak mampu dikawal bukti diri kurang disiplin.

6.Kemerosotan kesihatan yang serius

Kemerosotan kesihatan disebabkan sikap yang tidak bertanggungjawab kepada diri sendiri.Amalan makan berlebihan menyebabkan obesiti dan penyakit kronik yang lain.

Ditambah lagi tidak ada rutin harian untuk senaman.Tiada senaman bagaimana boleh pastikan badan sentiasa cergas.

Kesilapan cara berfikir juga menyebabkan emosi mudah terganggu.Inilah menjadi intipati kepada kemerosotan kesihatan.

Memang sukar untuk menjadi orang berjaya jika kesihatan terjejas.

7.Kenangan pahit zaman kanak-kanak

Kenangan pahit sewaktu zaman kanak-kanak ini memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan potensi seorang individu.Ada yang trauma sehingga dewasa.

Kesan trauma ini menjadikan mereka kurang menyerlah dalam hidup.Memori lama mengusik jiwa kata orang sekarang.Selagi tidak move on dengan memori ini selagi itulah fikiran jadi senak dan semak untuk mencipta kejayaan.

Kesukaran melupakan kepahitan zaman silam menghambat kejayaan masa kini dan masa yang akan datang.Jika  nak gagal teruskan.

8.Suka bertangguh setiap masa

Bertangguh merupakan  sikap  kesukaan ramai.Mereka cuma menanti masa sesuai sahaja untuk bertindak.Sedangkan tiada masa yang paling sesuai untuk bertindak kalau bukan sekarang.

Dengan suka bertangguh maka tidak hairan ramai yang gagal capai impian mereka.Secara mudahnya, suka bertangguh dan suka gagal.Bertangguh juga memberi tekanan dan bebanan yang dahsyat.

9.Tidak konsisten dalam tindakan

Jangankan orang lain, saya juga tidak konsisten dalam tindakan.Saya boleh buat selama tiga hari tetapi belum tentu berpanjangan seminggu atau sebulan.

Betul la kata Napolean Hill, ada yang sangat bagus masa permulaan tetapi sangat teruk untuk ke garis penamat.

Kesannya tentulah gagal.Walaupun perkara yang hendak dilakukan mudah dan senang.
Lihat betapa kuatnya pengaruh tidak istiqamah dalam kehidupan kita.

WAJIB BACA :   Feri Triso buka cerita sedih tahun 2021

10.Personaliti diri yang negatif

Personaliti negatif merangkumi pakej yang luas.Termasuk luar dan dalam.Yang luar boleh nampak.Yang dalam dapat dirasai yakni melibatkan soal hati.

Bak kata Napoleon Hill, personaliti negatif akan menjauhkan orang dari kita.Sedangkan untuk berjaya, kita perlu sokongan dan dukungan ramai orang.

Sama dengan pesanan sifu motivasi saya dahulu, jika nak kaya kuasailah seni perhubungan sesama manusia.

Pengasas ilmu Magnet Rezeki, Pak Nasrullah kata “ punca kelancaran rezeki dengan sentiasa memulia dan membahagikan orang lain.

Secara jelasnya personaliti amat berpengaruhi untuk gagal atau berjaya.Personaliti negatif undang kegagalan demi kegagalan

 11.Kurang keinginan seksual

Menurut Napoleon Hill, keinginan seksual adalah tenaga untuk melakukan sesuatu tindakan.Betul atau tidak itu pendapat beliau dalam buku tersebut.

Sayangkan kurang keinginan mengakibatnya kurang semangat untuk melakukan perkara yang boleh mencipta kejayaan.

12.Mengejar sesuatu yang sia-sia

Pernah tak mendengar peribahasa Melayu, yang “dikendung berciciran dan yang dikejar tidak dapat”.Sama juga seperti peribahasa mendengar “guruh di langit air ditempayan dicurahkan”.

Inilah sikap ramai orang.Ramai juga yang gagal kerana mengejar sesuatu yang lain tetapi tidak kesampaian.Seperti “something for nothing”

13.Tidak mampu membuat keputusan dengan baik

Silap buat keputusan memberi kesan yang mudarat.Bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi melibatkan juga kepada orang lain.Inilah cara berfikir dan kurang pengalaman dalam hidup ini.

14.Ketakutan yang tidak bertempat

Perasaan takut adalah normal.Takut kepada gagal.Takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.Ada yang takut kepada perkara yang tidak masuk akal.Perasaan begini penghambat kepada kejayaan.

15.Silap memilih pasangan hidup

Tidak sangka juga Napoleon Hill telah menemui perkara tersebut dalam kajian beliau.Pemilihan pasangan hidup yang salah membawa kepada kemusnahan hidup seseorang.

Bahasa mudahnya suami atau isteri yang tidak sehaluan merencat matlamat.Suami merancang pergi umrah tetapi isteri merancang untuk melancong.Pertelingkahan berlaku.Umrah tidak dapat, melancong pula entah ke mana.

16.Terlalu berhati-hati

Orang yang terlalu berhati-hati ini selalu kena tinggal.Orang lain sudah membuat keputusan sebaliknya dia masih rasa serba salah.

Akibatnya tidak dapat bergerak ke depan.Sedangkan dalam hidup ini sentiasa ada pilihan.Silap buat yang pertama akan ada lagi pilihan yang kedua.

17.Kesilapan memilih rakan niaga

Kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh para usahawan.Biarpun pada mulanya nampak baik tetapi bila sudah nampak duit, ketamakan akan menguasai diri.Ketika ini apa-apa boleh berlaku.

Mungkin kesilapan bermula dengan rakan niaga kita sendiri.Mungkin juga berpunca dari diri kita sendiri.

Ada-ada sahaja perkara yang tidak sehaluan.Berselisih pendapat.Lama-lama keadaan semakin parah dan membarah.

Seorang akan gagal dan seorang lagi akan berjaya.Ada yang lebih sedih jika kedua-duanya gagal mencapai apa yang diingini.

18.Sangat prejudis kepada orang lain

Dalam buku “Think & Grow Rich” sikap prejudis ini dibaratkan tahayul.Yang nampak hanya kejahatan dan keburukan.Ini menyebabkan sukar untuk berjaya dan bergerak ke hadapan.

WAJIB BACA :   Wow….ini memang betul-betul punya ! Kuasa tindakan beri impak luar biasa

19.Kesilapan memilih pekerjaan

Orang yang tidak suka dengan kerjaya yang diceburinya tidak boleh pergi jauh.Mereka tidak akan melaksanakan kerja tersebut sepenuh hati.

Dalam bidang jualan, orang yang tidak suka menjual mengalami kesukaran untuk menjual.Kerjaya sebagai penjual menjadi beban kepada dirinya.

Kesudahannya gagal sebagai jurujual.Itu contoh yang mudah faham.

20.Kurang fokus kepada usaha

Memang tidak dinafikan.Ramai yang mahu berjaya tetapi kurang fokus kepada usaha.Akibatnya gagal.Ya, gagal mencapai apa yang mereka mahukan.

Punca adalah usaha.Kurang fokus kepada usaha tetapi impian panas membara.

21.Tidak bijak berbelanja

tiada duit

Sikap dominan bagi kebanyakan orang. Mereka berbelanja tanpa memikir “langit itu tinggi atau rendah” Akhirnya akan mengundang padah.Masalah kewangan yang melanda akan menghimpit jiwa.

Ada juga kes terlalu berjimat cermat sehingga corak kehidupannya terganggu.Wang yang disimpan pula tidak diurus dengan baik menyebabkan tidak beranak pinak dengan sempurna.

22.Tidak bersemangat

Menurut Napoleon Hill orang yang tidak bersemangat kelihatan tidak menyakinkan.Mereka tergolong dalam kumpulan manusia yang biasa-biasa sahaja.

23.Sikap tidak bertolenrasi

Sikap tidak bertoleransi  yang dimaksudkan adalah berhenti belajar.Mereka menganggap diri sudah cukup lengkap.Sedangkan dalam realiti hidup orang berjaya terus belajar dan memperbaiki diri.Orang gagal pula berhenti belajar dan up grade diri..

24.Tabiat ketagihan

Tabiat ketagihan adalah perbuatan yang melampau.Sama maksud dengan obses.Ketagihan untuk pemakanan, minuman keras, judi dan sebagainya.Kesan buruk akan menjadikan kegagalan dalam hidup ini.

25.Tidak boleh bekerjasama dengan orang lain

Seperti yang saya kata sebelum ini untuk berjaya perlukan dukungan dan sokongan dari ramai orang.Dalam kes ini, ada orang yang berlagak hero.

“One man stand”.

Logiknya mana boleh berjaya dengan usaha seorang diri.Tidak boleh bekerjasama dengan orang lain sama seperti menempah tiket kegagalan.

Ya.Gagal untuk diri sendiri juga.

26.Pemilikan kuasa untuk diri sendiri

Agak sukar untuk saya memahami point ini.Bahasa yang digunakan oleh Napoleon Hill tinggi laras bahasanya.

Saya hanya fahami bahawa perasaan tamak boleh kuasai diri terutama melibatkan kuasa.Dalam point ini juga dinyatakan kaya sepantas kilat lebih bahaya dari kemiskinan itu sendiri.

Orang begini boleh dikatakan gagal sebelum mencpai apa-apa impian mereka.

27.Sengnaja tidak jujur

Tidak jujur antara sikap yang dikecam dan boleh memberi kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.Malah sikap ini mempercepatkan kegagalan walaupun ia bukan diminta.

Kesannya amat dahsyat.Tidak jujur menjejaskan reputasi dan krebiliti yang dipandang tinggi sebelumnya.

28.Ego lagi sombong

Dua sikap ini yakni ego dan sombong adalah kecelakaan kepada kejayaan.Ramai orang yang akan menjauhkan diri waima orang jenis sombong itu sendiri.

Saya juga tidak dapat bayangkan bagaimana satu kumpulan orang yang sama sombong dan ego berkumpul sama.Nasib baik ada PKP, boleh penjarakan sosial untuk orang ego lagi sombong begini.

29.Suka meneka berbanding mengkaji

Napoleon Hill kata ramai manusia suka meneka-neka berbanding mengkaji sesuatu perkara.Buat keputusan berdasarkan sangkaan.Sikap malas untuk mengkaji menempa kegagalan bila membuat keputusan.

30.Kekurangan modal kewangan

Perkara asas dalam bisnes adalah modal berbentuk wang.Tanpa wang yang cukup bisnes tidak akan bergerak ke mana-mana.

Sungguh melucukan ada yang kata, bisnes tanpa modal.Tanpa duit amat sukar untuk meletakan bisnes pada landasan yang wajar.Sebab itu juga ramai yang terus lingkup jika kekangan modal tidak dapat diatasi dengan bijak.

Kesimpulan

Penyebab kegagalan antara artikel yang sukar dan mencabar saya tulis.Hampir lima hari untuk saya menyudahnya.Saya seolah-olah menghayati apa yang tertulis.Jadi logiknya macam nak gagalkan sahaja penulisan ini.

Walau apapun selamat mengelakkan diri  daripada terus gagal dalam hidup ini.

p/s: Teruskan bacaan pula untuk mengetahui cara buat duit secara online di  Ejen Viral.

Comments 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge