Feri Triso bukan asing bagi penduduk Sarawak. Ia adalah alternatif untuk laluan jalan pesisiran berbanding jalan Pan Borneo yang kini masih belum siap sepenuhnya.
Berita kereta pacuan empat roda yang terjunam di feri Triso amat menyayat hati. Sembilan mangsa terkorban akibat kereta pacuan empat roda terjunam di sungai berdekatan feri tersebut pada 1 Januari 2021. Mereka dalam perjalanan dari Sibu menuju ke Kuching.
Menurut laporan portal tempatan, kereta tersebut hilang kawalan lalu menjunam ke dalam sungai. Kesemua mangsa yang terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita tidak sedarkan diri ketika diselamatkan oleh orang awam. Semua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.
Turut dilaporkan bayi berusia empat bulan turut terkorban dalam tragedi di Feri Triso tersebut. Mangsa merupakan korban paling muda dalam tragedi di feri Triso.
Boleh bayangkan bagaimana perasaan mereka ?
Boleh gambarkan betapa cemasnya mereka hadapi detik maut tersebut ?
Sudah tertentu kita tidak mampu bayangkan keadaan mereka pada masa tersebut
Dengan jeritan, tangisan atau apa sahaja dalam beberapa minit terakhir. Sayang sekali kerana tiada siapa yang terselamat untuk menjadi saksi sebenar kejadian.
Malang tidak berbau. Kemalangan juga tidak bertempat. Baik di jalan raya atau dalam sungai.
Pengajaran buat kita semua tidak lain dan tidak bukan ialah berhati-hati. Sikap berhati-hati dalam semua perkara boleh jadi penyelamat terakhir untuk kejadian tidak diingini.
Semoga keluarga mangsa di tragedi feri Triso tabah, sabar dan reda untuk hadapi tragedi tersebut.
Al-Fatinah untuk mangsa beragama Islam.
Sarawak terlalu besar. Sungainya panjang. Untuk membuat jambatan di setiap kampung yang ada di tebing sungai seperti mustahil. Mahu tidak mahu, kena guna feri.
Tidak ada apa yang boleh dibuat kecuali berhati-hati dan menjaga ketat prosuder keselamatan.
Salam takziah untuk semua keluarga mangsa.
ahmadyani recently posted…RM107,599.40 Je Ke Jualan Awak Tahun Lepas Di Shopee? Ingatkan Sampai Sejuta!
betul tu tuan..
banyak sungai dan kawasan tanah juga berpaya.
apa-apapun inilah ujian kepada keluarga yang terbabit.
Al Fatihah