Selamat datang 2021, selamat tinggal 2020

Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Saya terus menutup laptop. Ya, masa saya bertugas sudah tamat untuk tahun 2020.

Saya bergegas balik ke tempat kediaman. Ambil apa yang perlu dan terus menuju ke hatimu, eh silap.

Terus ke gim sebagai latihan terakhir tahun 2020.

Keadaan di gim tidak ramai seperti kebiasaan. Mungkin ramai sudah ambil peluang untuk berehat sementara menunggu tahun 2021.

Saya tinggalkan kisah gim.

Tiada apa yang menarik sangat ketika ini.

Menyoroti kisah blogging saya sepanjang 2020 juga kurang menyerlah. Boleh dikatakan belum ada kejayaan besar.

Kejayaan mungkin saya masih berada di dunia blogger.

Masih menulis seperti biasa. Namun tidak sekencang dan seaktif seperti tahun yang sudah-sudah.

Kini saya fokus pada tahun 2021 dan sekarang pun kita sudah berada di tahun tersebut.

Saya dan mungkin juga pembaca tentu ada impian yang ingin ditunaikan.

Jadi bersama-sama kita usahakan untuk merealisasikan impian tersebut.

Pada tahun ini ada sedikit kelainan.

Impian saya menggunakan teknik dreamboard. Ia bukan sekadar dreamboard biasa.

Sebaliknya dreamboard yang mengaplikasikan Law Of Universal Attraction.

Saya ringkaskan kepada LUA dreamboard 2021.

Dreamboard ini berasaskan cara minda bawah sedar bekerja.

Tahap keberkesanan amat bergantung kepada keyakinan kita terhadap Allah SWT.

Lagi yakin maka lagi tinggi peluang impian terwujud.

Oh ya.

Saya masih berjaga ketika ini walaupun jam sudah menunjukkan 1.45 pagi.

Tadi sempat mandi selepas jam 12 tengah malam pada tahun baharu 2021.

Ia bukan aktiviti ritual. Cuma kebiasaan saya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Dekat kampung, kami akan mandi ramai-ramai dalam sungai tepat jam 12 malam.

Ada juga rumah yang menyediakan juadah. Bukan itu sahaja siap untuk rumah terbuka lagi.

Meriah sungguh dan suasana begini sukar untuk dilupakan.

Baiklah.

Saya berhenti di sini.

Selamat tahun baharu 2021.

Moga tahun ini jauh lebih bahagia, ceria dan gembira buat kita semua.

Aamiin.

2 thoughts on “Selamat datang 2021, selamat tinggal 2020”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: