Perut buncit dikatakan seksi untuk lelaki dan perempuan pula ada yang bersetuju. Namun kebenarannya, perut buncit adalah satu panorama kurang elok untuk mereka yang mementingkan gaya hidup sihat.
Saya cukup tertarik dengan satu artikel yang ditulis Tuan Mohd Firdaus dalam blog absolutewellness Beliau berkongsikan cara berkesan untuk hilangkan perut buncit.
Saya cukup yakin dengan pendapat Tuan Mohd Firdaus kerana beliau merupakan Professional Fitness Trainer yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang tersebut.
Jom kita kaji satu persatu bagaimana untuk mengucapkan selamat tinggal kepada perut buncit. Kita pelajari berdasarkan pendapat beliau.
Untuk makluman, saya tulis semula dengan ringkas dan menggunakan gaya bahasa sendiri. Manalah tahu, tahun 2021 nanti sebagai permulaan untuk kita menjalani kehidupan yang sihat dan aktif. Yang kesudahannya perut kita sudah rata dan menjadi Sixpack. Hehehe
Table of Contents
10 tips power hilangkan perut buncit
1.Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit
Kerap makan atau selalu makan sehingga 5 atau 6 kali sehari. Kuantiti makanan jangan banyak. Memadai sedikit dan boleh melegakan rasa lapar.
2.Hadkan pengambilan karbohidrat
Kalau dah makan nasi, jangan pula bedal roti. Kedua-dua bahan ini mempunyai kandungan gula yang tinggi. Gula sumber tenaga. Jika tenaga berlebihan dan tidak digunakan sepenuhnya maka jadi lemak dalam badan terutamanya bahagian perut.
3.Masa makan yang konsisten
Atur masa makan dengan tetap. Sarapan pagi sebelum pukul 9 pagi. Makan tengah hari pula pada sebelum 2 petang manakala makan malam sebaiknya sebelum maghrib. Paling lewat pun sebelum pukul 9 malam.
4.Kurangkan makan yang masin
Pengambilan garam yang tinggi menyebab air bertakung dalam badan. Ia sekali gus menaikkan lemak kita termasuk bahagian perut. Kurangkan makan makanan seperti jeruk atau ikan masin ataupun yang sewaktu dengannya
5.Hadkan pengambilan lemak dalam makanan
Lemak yang bahaya ialah lemak tepu dan lemak trans. Mungkin dari makanan yang diperbuat dari majerin, santan dan kreamer. Jika tidak dapat elak, kurangkan pun sudah memadai.
6.Perbanyakkan makan makanan tinggi serat
Oat contoh yang baik. Sayuran dan buah juga sumber serat yang bagus. Selain itu serat yang tinggi melancarkan sistem pelawasan. Perut mudah kempis jika sistem pencernaan berfungsi dengan baik.
7.Jangan ambil jus buahan terlalu banyak
Jus buahan yang terlampau banyak memang tidak sihat untuk badan. Pengambilan fructose yang tinggi dari jus buah boleh menyebabkan kegemukan termasuk perut jadi ke depan.
8.Elakkan stress sedaya upaya
Tidur tidak cukup akan datangkan stress. Hormon kortisol banyak merembes dalam badan. Kesannya perut jadi buncit dengan mudah. Cuba salurkan stress dengan cara yang betul seperti kahwin. Hehehe
9.Makan banyak ikan
Tidak ada alasan untuk tidak makan ikan. Sudah ramai yang maklumi, ikan memang sedap. Yang kurang sedapnya, harga yang agak tinggi terutama ikan yang berkualiti dan segar.
10.Paksa diri untuk bersenam
Bersenam perlu dipaksa. Bila sudah terbiasa, bersenam akan jadi tabiat. Ada dua senaman yang bagus untuk kurangkan perut buncit. Antaranya kardio dan latihan beban. Kardio misalnya seperti jogging atau berjalan kaki. Latihan beban biasanya di gim dan boleh juga di rumah.
Penutup
Berdasarkan 10 tips power untuk hilangkan perut buncit ini, tentunya ada sinar harapan di hujung terowong untuk kita semua yang berperut buncit.
Diakui perut buncit adalah isu melangkaui gender tanpa mengira lelaki atau wanita. Janji ada makan dan ada perut, maka semua kita ada potensi untuk buncit.
Ironinya peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada perut buncit akan jadi kenyataan jika konsisten, bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa untuk mencuba tips yang dikongsikan di atas.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua.
p/s : Jika pembaca ingin sentiasa mengikuti penulisan blog saya secara terkini, pantas dan ke depan jomlah bergabung di grup Whatsapp mrhanafi dot com
ramai rasanya nk atasi perut buncit ni..tq for sharing tips
ramai terutama golongan wanita..hehehe