Hari pertama tahun baharu ramai bercuti. Premis perniagaan juga banyak yang tidak beroperasi.
Saya macam biasa. Soal kerja tetap diteruskan. Cuma sebelah pagi saya ‘off duty’.
Jadi kesempatan tersebut saya menjalan operasi memburu impian.
Impian pertama untuk beli buku.
Cari buku motivasi. Boleh juga nak ‘kasi up’ motivasi dan inspirasi pada awal tahun begini.
Sayang kali seribu sayang. Kedai buku tersebut sudah tutup.
Penutupan kedai buku memang agak mendukakan bagi mereka yang cintakan buku.
Trend perniagaan sekarang ini sudah beralih. Semua perkara boleh dibeli dan didapati secara dalam talian sahaja.
Saya akur sambil menggelengkan kepala dengan perasaan hampa.
Misi memburu impian pertama kurang berjaya.
Saya kesuntukan masa.
Habis solat Jumaat, saya bergegas pula ke pusat membeli-belah.
Hasrat dan impian untuk beli baju baru.
Sampai di pusat membeli-belah begitu ramai orang datang meluang masa bersama orang-orang tersayang.
Ada yang berpasangan. Ada yang bawa satu keluarga besar.
Dalam ramai-ramai begitu, ada seorang sahaja jalan sorang-sorang. Siapa lagi kalau bukan saya. hehehe.
Saya masuk ke gedung membeli-belah yang terkenal di bandar raya ini.
Melilau mata saya nak pilih baju yang menarik dan cantik.
Sekali lagi saya belum berjaya. Baju yang berkenan tidak ditemui.
Jika ada sekalipun harga pula tidak berkenan.
Akhirnya saya keluar dari pusat membeli dengan tangan kosong.
Kira-kira satu jam lagi saya perlu masuk kerja.
Saya ambil keputusan untuk balik sahaja tempat kediaman.
Nampaknya impian saya yang tak kesampaian untuk hari pertama tahun baharu 2021.
Misi tetap diteruskan untuk hari yang seterusnya.
🥳 Selamat Tahun Baru Mr Hanafi!
Sjk bbrp thn kebelakangan ni, byk kedai buku tutup. Bila covid menyerang, segala bentuk perniagaan turut terjejas, bukan hanya kedai buku, mgkn kedai pakaian jg.
Terpaksa beli online ja, Mr Hanafi…..😅
Zurainny Ismail recently posted…Kelly Sweet Treats
selamat tahun baharu juga ..
inilah yang saya perhatikan..mahu atau tidak terpaksa juga mengikuti kehendak semasa.
Saya tidak boleh beli buku melalui online. Kena cari kedai juga. Kena bau buku-buku yang ada di kedai tu, baru ‘tenang’ sikit. Memang banyak kedai buku ditutup. Mujur kedai kegemaran saya di Kompleks Pertama KL tidak tutup dan 3 kedai buku di Jalan TAR KL masih beroperasi. Alhamdulillah.
ahmadyani recently posted…Cerita Tahun Baru Dan Bagaimana Dunia Menyambutnya
kita sama tuan.
beli di kedai buku lebih feel dan mengasyikkan.
mahu atau tidak mahu terpaksa juga cari kedai buku yang masih beroperasi
salam tahun baru =)
ya bro …salam tahun baharu juga.
moga tahun ini lebih bahagia, tenang dan ceria
selamat tahun baru 2021 bang., ;p
selamnat tahun baharu juga tuan yang hensem hehehe
saya lebih memilih beli buku di kedai dari beli online tapi betul jugak sekarang ramai yang memilih menjual atas talian dari jual di kedai.
takpe nanti boleh beli baju baru lagi ye min
itulah beli online kelemahannya menunggu …tapi jimat tempat parking dan masa.
baju akan saya beli bila masa yang sesuai nanti.
1hb mmg peluang orang bercuti .. selepas tidur lewat buat count down tahun baru.. hihihi
sama la kita bro..
hampir-hampir terlajak subuh.
nasib baik sempat
its ok mr h.. boleh beli nx time. jgn sedey2
ya…boleh beli lain kali.
tidak semestinya pada hari tersebut sahaja.