Hidupkan Rasa Syukur Setiap Hari…Pada hari ini dan hari yang seterusnya mrhanafi akan wujudkan rasa syukur.Benar-benar bersyukur dengan hati dan tindakan.Biar perlahan-lahan namun berrerusan.Bak kata tagline yang biasa kita dengar syukur selalu.Alhamdulillah.
Mrhanafi bersyukur kerana masih bernafas lagi.Masih panjang umur sehingga hari ini.Esok tak pasti,Sebab hidup umpama lilin.Bila-bila sahaja boleh padam.Dah padam tu boleh tak dihidupkan kembali.Kalau lilin boleh,Kalau ajal memang tak boleh la jawabnya kecuali dihidupkan dalam alam yang lain pula.
Oleh kerana masih ada kesempatan nyawa dikandung badan maka mrhanafi nak lanjutkan kesyukuran dengan menarik perkara yang baik dan positif.Mrhanafi nak kongsikan kebaikan.Mrhanafi nak sebarkan apa jua manfaat untuk semua.Mrhanafi nak sampaikan getaran positif berasaskan kesyukuran,
Mrhanafi nak bekerja sungguh-sungguh hari ini.Bersyukur kerana masih ada pekerjaan berbanding mereka yang belum ada pekerjaan,Sebab kerja mrhanafi adalah ibadah walaupun pekerjaan mrhanafi biasa-biasa sahaja,Alhamdulillah hujung bulan nanti diberi upah.
Dalam pada itu mrhanafi juga nak tulis blog dengan lebih baik.Tulis perkara yang bermanfaat sebagai tanda kesyukuran mrhanafi mempunyai blog.Ada juga orang lain yang ada blog tetapi tiada kekuatan untuk menulis.Jadi mrhanafi kena bersyukur kerana dipilih Allah untuk menjadi blogger.Alhamdullillah ada tiga blog yang ada domain berbayar.
Sebenarnya terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada mrhanafi dan pembaca semua.Nikmat sihat,nikmat tidur dan 1001 nikmat.Bila dah banyak maka wajib mrhanafi bersyukur.In shaa Allah sebagai bukti kesyukuran mrhanafi akan berusaha sedaya upaya mendekatkan diri kepda Allah SWT.
Mrhanafi kena syukur sebab terlalu banyak nikmat yang Allah SWT bagi.Syukur sangat-sangat sehingga mrhanafi rasa malu kerana tidak mengakui dengan sungguh-sungguh nikmat tersebut.
Semoga hari ini dan setiap hari mrhanafi akan menjadi insan bersyukur.Bukan insan yang lalai dan bukan orang yang tak sedar diri.
Mrhanafi akan berusaha untuk terus bersyukur dengan hati nurani,tindakan serta amalan.Tolong doakan mrhanafi la ye.In shaa Allah mrhanafi juga berdoa sesiapa yang membaca artikel ini akan menjadi manusia yang bersyukur.
Zahirkan rasa syukur akan menerbitkan rasa tenang dijiwa.Tak percaya ke.Kalau macam tu mari kita cuba hari ini.Jom bersyukur dangan apa yang kita miliki sekarang ini.
Terima kasih kerana sudi membaca dan teruskan bacaan anda di blog Hero Borneo pula.
ALhamdulillah…
Sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian Allah S.W.T… Nikmat terbesar ialah bernyawa, kesihatan dan iman masih lagi terpelihara sehingga sekarang… Syukur Alhamdulillah…
Anuar recently posted…GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
bagus tuan..hidupkan rasa kesyukuran selalu..in shaa Allah kejayaan akan menyusul kemudian
ye la tuan..
stiasa bersyukur setiap hari..tapi benda tu la jadi susah..
bz dgn urusan dunia..
kejar sahaja akhirat..nanti dunia kejar kita balik..
Subhanallah walhamdulillah… syukur atas nikmat kurniaan Illahi kepada kita semua… Allahuakbar.
Khir Khalid recently posted…Innergie LifeHub Plus: Hub Pengecas Gadget Yang Superb!
bagus tuan..teruskan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah bagi.
Ya.
kita harus sentiasa bersyukur setiap hari sebab masih hidup lagi setakat nih.
titan recently posted…Kadang-kadang, kita jadi SUPER HERO tanpa kita sedar.
syukur itu menambahkan nikmat bro.