Kuasa Tindakan Beri Impak Luarbiasa

Kuasa Tindakan Beri Impak Luarbiasa…Tidak dinafikan ramai yang mempunyai impian dan rancangan yang hebat.Sayangnya sedikit sahaja yang boleh mencapai dan melaksana apa yang dirancang.Punca kepada segala punca kerana tiada tindakan.Ingat semua.Dengan tindakan sedikit pun segalanya bisa menjadi luarbiasa dan mengkagumkan.

kuasa tindakan

Mrhanafi nak jelaskan apa itu TINDAKAN dalam artikel ini.Maksud yang berlawanan ialah bertangguh.Kesan bertangguh jika dijadikan tabiat memang merugikan diri sendiri,keluarga dan masyarakat.Perkara ini tidak perlu penerangan lanjut.Mrhanafi akur ramai gemar bertangguh sesuatu perkara.Bukan orang lain.Mrhanafi pun macam tu.

Dalam Cabaran Segmen Sukses ini mrhanafi telah memaksa diri untuk berubah tabiat menjadi Fast Action,Fast Result.Mrhanafi nak buat tindakan yang pantas dalam masa yang tepat.Orang yang cepat bertindak boleh meraih kejayaan pada masa yang sesuai.Tidak semestinya dengan kejayaan besar.Bermula dengan kejayaan kecil sangat baik sebagai langkah pertama.

Persoalannya kini bagaimana nak kaitkan kuasa tindakan dalam Hukum Tarikan.Bagi mrhanafi itu gampang atau mudah sebenarnya.Ilmu yang ada dalam Hukum Tarikan sangat luas dan kuasa tindakan adalah cabang yang berkait rapat.

Kuasa tindakan boleh dipupuk dan dibentuk serta merta.Dah nama Action maka kalau jumpa sahaja perkara yang nak dibuat.Jangan bertangguh lagi.Buat terus supaya fikiran kita tidak sesak untuk memikir hal tersebut lagi.Sebab fikiran kita nak fokus kepada benda yang lebih besar dan hebat.Misalnya nak dapat duit tambahan melalui bisnes sampingan seperti dalam pautan PELUANG ADA DI SINI

Memandangkan hari ini agak lewat mrhanafi kemaskini entri jadi elok juga mrhanafi ceritakan apa yang berlaku dari pagi sampai ke jam ini.Jam 11 : 10 pm.

Mrhanafi terus ambik keputusan bawa anak sulung bergunting rambut.Itupun anak mrhanafi bertangguh dari semalam,Hari ini dia tiada alasan untuk bertangguh lagi.Mrhanafi tetapkan pendirian untuk menjadi tauke yang berhikmah.Tidak boleh berbuat sesuka dan anak mrhanafi akur sahaja keputusan ayahnya.Kuasa tindakan perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak.

{Sekilas pandang}

Nampaknya sehari tidak cukup untuk menghayati kuasa tindakan.Mrhanafi berharap terus konsisten dan ada kekuatan untuk istiqamah dalam cabaran Segmen Sukses Ketiga ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.

(Visited 71 times, 1 visits today)

Leave a Comment

CommentLuv badge