Tiga Hari Berjaya Bangun Pagi

Cerita ini kecil nilainya untuk khalayak.Namun bagi saya secara peribadi cukup besar kerana tabiat bangun pagi cukup mencabar.Mungkin juga pembaca sama seperti saya.

Alhamdulillah saya berjaya bangun pagi untukĀ  tiga hari berikut:

  • Hari pertama sedar jam 2.30 pagi.
  • Hari kedua sedar jam 2.48 pagi.
  • Hari ketiga sedar jam 3.38 pagi

Selama tiga hari tersebut saya tidur sebelum jam 10 malam.In shaa Allah pada masa yang akan datang saya akan tidur sebaik sahaja selesai solat Isyak.

Yang utama juga doakan saya berjaya untukĀ Projek Tujuh Hari Bermula

Kalau ada isteri lagilah best tidur awal.Nanti pada tengah malam boleh Qiamulail bersama-sama.

WAJIB BACA :   Pengalaman ambil dos penggalak Pfizer

Dah.

Yang itu tak nak sembang kencang.

Biarkan masa akan tiba dengan sendirinya.

Mana tahu selepas ini boleh kembangkan teori Magnet Jodoh selepas berjaya mengamalkan ilmu dalam artikel Jodoh Bukan Dicari Tetapi Diminta.

Sungguhpun cerita ini bersifat peribadi, saya percaya ada pembaca ingin juga ada tabiat bangun awal pagi.

Tipnya ialah usahakan tidur sebelum pukul 12 tengah malam.Lagi awal tidur lagi baik.Niatkan dalam hati untuk bangun bagi.Minta dengan Allah dan letakkan keyakinan hanya pada Allah.

Berjaya bangun pagi bermakna berjaya mencipta kehebatan pada hari tersebut.Syukur banyak-banyak kepada Allah.

Semoga berjaya dan gembira selalu.

-mrhanafidotcom-

#successtilljannah

6 thoughts on “Tiga Hari Berjaya Bangun Pagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge