Projek Tujuh Hari Bermula

Projek Tujuh Hari Bermula

Ini projek peribadi.Projek perubahan diri untuk menjadi orang yang berjaya pada tahun 2020 nanti.In shaa Allah.

Ada tujuh cabaran yang telah saya gariskan untuk dilalui dalam masa seminggu.Antaranya saya mengemaskini blog setiap hari.

Sejujurnya cabaran mengemaskini blog setiap hari bukannlah cabaran besar .Yang menjadi cabaran sebenar pada enam lagi perkara lain..Perkara tersebut wajib saya lakukan dalam tempoh.Cuma saya segan nak senaraikan satu persatu di sini.

Rasa berdebar.

Rasa teruja.

Rasa gembira.

Suka dan gelisah silih berganti.

Namun saya sedaya upaya fokus kepada cabaran.Bukan kepada kesulitan.Bukan kepada kepayahan.

Apa yang bermain dalam fikiran saya sekarang ini ialah merasakan saya  berjaya melaluinya dengan tenang dan rasa gembira.

Untuk makluman, projek peribadi ini bermula hari ini yakni 24 September 2019.Saya cuba menyediakan diri untuk cabaran 90 hari yang bermula pada 1 Oktober 2019 nanti.

Doakan saya dan saya doakan pembaca untuk sama-sama berjaya.Percayalah apabila kita berdoa untuk orang lain maka manfaat itu sebenarnya kepada diri sendiri.

Jumpa lagi dan jika sudi boleh follow saya di FB atau Telegram Channel.

4 thoughts on “Projek Tujuh Hari Bermula”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: