Menjamu selera di King Laksa Sarawak

King Laksa Sarawak merujuk kepada nama restoran. Ada tiga cawangan setakat ini, Kota Samarahan, Icom Square dan Metrocity.

Alhamdulillah baru-baru ini bos belanja saya makan di restoran King Laksa Sarawak Metrocity.

Pada mulanya mahu menolak pelawaan kerana terikat dengan program diet peribadi.

Namun rasa tidak sedap hati untuk menolak rezeki.

Bos nak belanja, apa salahnya.

Saya mengalah dan bersetuju untuk menjamu selera makan laksa Sarawak.

Air pula saya pilih lemon kosong panas.

Tapi yang datang lemon kosong berais.

Ok sajalah, mungkin silap tulis kot waktu buat order.

Saya  tidak ambil air bergula kerana masih dalam pantang larang seperti yang termaktub di diet peribadi

WAJIB BACA :   Kembali angkat besi

King Laksa Sarawak

King Laksa Sarawak Metrocity

Sekarang saya cerita sedikit mengenai laksa Sarawak di restoran King Laksa Sarawak di Metrocity.

Saya akui bukan peminat makanan atau food lover.

Janji ada makanan yang halal dan berkhasiat serta sihat, boleh saya telan tanpa banyak soal.

Laksa Sarawak memang saya suka sama seperti rojak ayam, mi molok, mi kampua, roti canai dan tosai.

Tahap kesukaan saya pada tahap biasa dan belum lagi obses pada sebarang makanan.

Baiklah.

Apa yang menarik mengenai menu laksa Sarawak di restoran King Laksa Sarawak ialah hiasan.

Ada seni yang tersendiri.

Tolak dulu rasa dan aroma.

Elemen hiasan laksa Sarawak ini cemerlang pada tanggapan pertama.

WAJIB BACA :   Internet Burung Hantu Hilang Istimewa

Sekarang beralih kepada rasa pulak.

Dengan hirupan kuah yang pertama sudah terasa lemaknya.

Kurang berminyak dan saya suka sekali.

Tidak begitu pekat dan ia sudah memadai buat saya.

Saya bagi tiga bintang.

Markah penuh, mestilah lima bintang.

Bab kuah lulus walaupun belum cemerlang.

Ini petanda untuk ada harapan diulangi kali kedua.

Tentang aroma pula, laksa Sarawak bukan menyerlah dalam bauan.

Alasannya kerana menu ini bukan jenis makanan bergoreng.

Jujur aroma juga penting untuk membangkit selera para pelanggan.

Seterusnya kita beralih kepada bahan-bahan utama menu laksa Sarawak.

Pertama kali mestilah udang.

Ada tiga ekor udang kecil.

Sesuai dengan harga laksa Sarawak biasa.

WAJIB BACA :   3 cara untuk tingkatkan imej kendiri

Keduanya, ada ayam yang diracik halus.

Ketika menikmati menu ini tidak sedar ayam hancur dalam mulut.

Maksudnya ayam bertekstur lembut dan sesuai untuk dimakan oleh golongan yang berusia macam saya.

Cengkaman gigi tidak seperti zaman muda belia.

Yang terakhir tentulah bihun.

Kualiti bihun yang digunakan terbaik.

Tidak terlalu halus dan tidak terlalu besar.

Rasa bihun yang kenyal dan mengenyang itu menjadikan laksa Sarawak di King Laksa Sarawak Metrocity berbaloi untuk wang pelanggan.

Harga yang saya makan dalam RM10 semangkuk.

Itu sahaja dan semoga bermanfaat kepada pembaca semua.

Jika ingin menikmati keenakan dan kesedapan laksa Sarawak boleh pergi ke mana-mana cawangan restoren King Laksa Sarawak.

32 thoughts on “Menjamu selera di King Laksa Sarawak”

  1. Saya perhatikan makanannya, Mas.
    Itu namanya laksa ya?
    Disini juga ada makanan namanya laksa. Tapi sangat jauh berbeda dengan laksa pada postingan ini.
    Coba deh kapan-kapan saya makan laksa dan saya foto.

    Btw, selamat menikmati laksa, Mas

    Salam,

    Reply
  2. wahh thank you review detail rasa laksa sarawak ni, kak ana belum pernah makan tp teringin juga nak rasa cuma takut tak kena dengan selera, sebab ada orang bagitau ia ada rasa rempah2 sikit, kan..

    Reply
  3. laksa Sarawak, yang penting adalah jenis makanan sehat,sesuai niat menjaga pola makan dan diet…tapi sedap sepertinya,banyak makanan sehat kurang berasa ya

    Reply
  4. Kmk bab laksa & mee kolok mmg agak cerewet sikit.. bg kmk yg tersedap di tekak kmk.. laksa imah di coffee break & laksa dewi di fuyu cafe… laksa lain lebih rela x mkn dpd frust.. king laksa tok kan pernah viral dolok… selalunya kedei yg viral di medsos tok rasa jd x brp bila sampei tekak kmk… so-so jak.. hahaha… ya pengalaman & taste kmk lah… org lain mungkin lain kan?
    Kakmim recently posted…Minum Pagi di Aik Seng Cafe, SarikeiMy Profile

    Reply
    • Lain orang lain taste nya..biasa la ya.

      tapi bagi mereka yang baru nak mencuba Laksa Sarawak boleh test taste sidak..

      mun orang cerewet nang tauk ada komplennya

      Reply
  5. huiiiii sedapnyaaaaa laksaaaaa…penah try sekali je laksa sarawak ni… kalau ada rezeki ke kuching nnt bleh laa suggest kat sn resto2 yg jual laksa sarawak yg sedap eh

    Reply
  6. akhir may yg lalu saya jumpa dengan blogger kak Carneyz di KL, dan dia kasih saya pes laksa Serawak. tak sabar nak bikin esok lah. apalagi setelah baca tulisan Abang ttg laksa Serawak 😄👍. rasanya cocok untuk lidah saya. bahan2 macam udang, bihun dll dah saya beli. tinggal eksekusi besok 😄

    Reply
  7. wah mengancam laksa mr h tu, tapi ada udang la plak. takut mama nak makan allergy. terigat kawna sarawak mama dulu rajin buat dan bagi mama

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge